Friday, July 26, 2013

Zhon


“Rabbana atina fiddunia hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina ‘azabannar”

Saban waktu kita membaca doa tersebut. Setiap kali doa pasti kita akan meminta kebaikan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat. Dan juga supaya kita dijauhkan dari azab neraka.

Dalam kehidupan kita, apa yang kita inginkan hanyalah perkara-perkara yang baik. Kerja yang stabil pendapatannya, keputusan peperiksaan yang cemerlang, isteri atau suami yang soleh dan solehah, anak yang taat dan macam-macam lagi.

Kalau kita renungkan sejenak, pernahkah Allah tidak memakbulkan doa kita? Di saat apabila kita berdoa, pasti Allah akan dengar. Persoalannya, bilamana Allah sudahpun memenuhi kehendak kita, adakah kita bersyukur?

Nikmat-nikmat dan kecintaan-kecintaan manusia seperti yang ana sebutkan di atas sememangnya sesuai dengan fitrah manusia. Semua orang sayang anak-anaknya. Semua orang sayang hartanya. Dan semua orang pastinya menginginkan hidup yang senang. Tak salah untuk mencintainya asalkan tidak melebihi cinta kita kepada Allah. Persoalannya lagi, mampukah kita meletakkan cinta kita yang paling utama itu untuk Allah SWT?

“Aku bersama sangkaan hambaKu”  
(Hadith Qudsi)

Kita, manusia seringkali berdoa dan berdoa dan berdoa kepada Allah agar Allah menolong kita. Tetapi, apabila doa kita tidak dimakbulkan, kita pun mula berprasangka denganNya.

“Allah memang tak sayang aku kot.”

“Kenapa Allah bagi aku kesusahan sedangkan orang lain boleh je hidup senang. Ini tak adil.”

Naudzubillah. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang berprasangka dengan Allah. Bila mana kita berprasangka dengan Allah, samalah dengan kita berputus asa dengan rahmatNya.


Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir." 
(Yusuf, 12 : 87)

Kebaikan di dunia bukan sekadar kesenangan dan kemewahan dari segi materi sahaja. Terlalu banyak kebaikan yang Allah berikan kepada kita tanpa kita sedari. Udara yang nyaman dan percuma. Rasa sedih. Rasa gembira. Dan kebaikan yang paling agung yang Allah dah beri kepada kita, tanpa kita minta. Nikmat Islam dan iman itu sendiri.

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Allah beri kefahaman dalam agama.” 
(Hadis Sahih, riwayat Bukhari dan Muslim)

Cukuplah hidup kita dengan kita mengenal dan memahami agama kita sendiri. Kita mungkin lihat orang-orang yang Allah lebihkan nikmat dalam bentuk materi bahagia. Tapi, hakikatnya, hati dan fitrahnya meronta-ronta kerana tiada agama di dada.

Biar miskin manapun kita di dunia, percayalah, kalau kita faham agama kita, nescaya Allah akan membantu kehidupan kita di dunia. Tak perlulah kita hitung nikmat Allah kerana takkan dapat terhitung. Tetapi, hitunglah diri dan amal kita. Kerana amal kita yang akan membawa kita kepada redha dan rahmatNya.

Ada masanya, kita akan merasa gembira saat Allah memberikan kita kejayaan, kesenangan, bahkan ilmu yang mendalam tentang agama. Dan pada masa yang sama kita akan merasa seolah-olah disebabkan oleh usaha kita semata perkara itu kita Berjaya perolehi. Maka akan timbullah perasaan riak, takabbur, sum’ah, ‘ujub dan sebagainya. Moga Allah menghindarkan kita daripada perasaan-perasaan ini. Allah ajarkan kepada kita cara untuk menangani kegembiraan kita. Tatkala Rasulullah SAW dan para sahabat berjaya menawan semula kota Mekah, mereka merasa sangat gembira. Ramai manusia berbondong-bondong memeluk Islam dari segenap kaum di Tanah Arab.  Allah menurunkan surah An-Nasr yang bermaksud kemenangan.

“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” 
(An-Nasr,110 : 3)  

Haruslah kita bertasbih, bertahmid kemudian beristighfar. Kerana apa? Segala kebaikan dan kejayaan kita bukanlah kerana usaha kita. Allah yang berkehendak. Salahlah kita kalau kita menganggap kejayaan kita, mungkin dalam dakwah adalah jasa kita semata. Dengan beristighfar, kita akan sedar bahawa segalanya hanyalah atas jasa Allah SWT.

Hidup kita hanya untuk Allah. Dan hanya untuk mengecap rahmatNya. Kerana hanya dengan rahmatNya, kita dapat bertemu denganNya.







=.=
inshaAllah
ana akan post at least seminggu sekali
Moga Allah mempermudah
Yosh !

*sedih dan malu kat diri sendiri sebab tak dapat join himpunan aman mesir.
Moga Allah merahmati dan meredhai mereka-mereka di sana
Moga Allah memberikan kemenangan buat Islam dan Mesir
dan janji Allah itu pasti !


Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Oh Ramadhan

Huh hah huh hah Hela hela hela hey... warming up  =.=

Bismillahirrahmanirrahim. Phhiuuhh. Lama tak menulis. Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan ilmu dan kemampuannya kepadaku untuk menulis.

Ramadhan tiba lagi. Dan Allah telang pertemukan kita dengannya. Alangkah bahagianya menjadi tetamu Allah di bulanNya yang mulia ini. Hanya yang memahami dapat merasakan betapa indah dan mempesonakannya Ramadhan ini. Subhanallah.

Orang cakap bulan Ramadhan pesta ibadah. Tapi lebih ramai lagi yang menganggapnya bulan pesta makanan. Di mana segala tok nenek makanan boleh didapati di bazar-bazar Ramadhan berdekatan yang tumbuh bak cendawan butang. Hurmm.

Sejujurnya, dulu ana rasa begitu juga. Sebab itulah... Haha. Abaikan. Tapi, sekarang lain. Once ana faham betapa comelnya Ramadhan ini, rasa macam nak putar balik je Ramadhn-ramadhan yang dah lepas. Menangis tatkala mengenangkan betapa failnya Ramadhan sebelum-sebelum ni  T__T

Bilamana Allah memrintahkan umat manusia ini untuk berpuasa, tidaklah Allah sebut, "wahai orang-orang yang beriman, berlapar dan berdahagalah kamu selama sebulan." Tapi, Allah SWT berfirman dalam ayatNya yang feymes menjelang bulan Ramadhan,

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.[Al-Baqarah, 2:183]

Diwajibkan ke atas kita "As-siyam". And then, Allah cakap, "moga-moga kamu bertaqwa." Moga-moga means tak cofirm lagi, orang-orang yang berpuasa ini akan memperolehi taqwa. Oh silap. Tak confirm lagi, orang-orang 'yang beriman' yang berpuasa akan peroleh taqwa. Hohoh. Ini sungguh adalah tapisan yang sangat dahsyat dan mantap.

Ayat "moga-moga kamu bertaqwa" menunjukkan bahawa taqwa ini akan diraih sewaktu kita berpuasa dan berterusan setelah berlalunya Ramadhan. Sahlah dikatakan bahawa Ramadhan ini pesta ibadah or some might say 'madrasah tarbiyah' dan sebagainya. 

Yup. Inilah cara untuk kita memperoleh taqwa. Bukan senang. Stamina memang kena kuat. Pergi gym jom! Eheh.

Pakcik Taqwa takkan datang kalau kita tidur memanjang time puasa. Leceh. Nak kena kejut lagi. Pakcik Taqwa juga takkan datang sewaktu kita berbuka dengan makanan yang tahap gaban banyaknya bagai dunia tiada duanya. Pakcik Taqwa pun takkan tegur tatkala kita sumbatkan telinga kita dan tonyoh-tonyohkan mata kita dengan segala keturunan hiburan yang melaghakan.

Allah berfirman lagi,

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu...[Al-Hujurat, 49:13]

Senyum sikit. 

Orang yang lebihnya taqwa akan jadi semulia-mulia manusia di sisi Allah SWT. Allahu akbar. Rugilah kita kalau kita tak kejar taqwa itu. Tapi, hakikatnya orang-orang Islam sekarang lebih sibuk mengejar jualan-jualan murah, bubur lambuk Kg Baru, murtabak seringgit dan sebagainya. Ruuuuuuuuuugi...



Jadi, ayuh tingkatkan amal ibadah kita ! Lailatul Qadr inshaAllah akan jadi milik kita. Subhanallah. Hanya jika Allah berkehendak. Banyakkan baca Quran Banyakkan juga berdoa.  Sungguh doa orang yang berpuasa takkan ditolak. Janganlah kita menjadi hamba Ramadhan kerana sesungguhnya Ramadhan itu sementara cuma. Carilah keredhaanNya di bulan yang mulia ini. Moga Allah mengurniakan istiqamah kepada kita semua. InshaAllah. 

Allahumma barik lana fi shahri Ramadhan
dan moga Allah sampaikan kita hingga ke akhir Ramadhan
:')






=.=
plannya nak post yang tak berkaitan Ramadhan
tapi, there's no such thing as coincidence
moga Allah redha

Ramadhan hoyeah !

Friday, May 31, 2013

Lensa Hidupku



Perghh tajuk. Sila jangan tertipu dengan tajuk di atas. Hehe. Bila berbicara tentang cita-cita atau matlamat, ramai orang akan berfikir tentang pekerjaan yang bkal dilakukan klak semasa dewasa. Dan jikalau diajukan soalan ini kepada orang-orang yang telah bekerja, mereka akan menjawab, “Aku dah capai dah cita-cita aku.”

Jadi, apa guna lagi hidup jikalau cita-cita sudah dicapai? Sungguh sempit fikiran kita dan kebanyakan manusia di luar sana bila mendefinisikan cita-cita atau harapan dalam hidup. Cita-cita yang terbatas.

Secara jujur, ana pun begitu juga. Teringat lagi, semasa darjah satu, nak jadi arkitek. Sebab perasan pandai melukis. Ewah. Tapi, sekarang tidak lagi ye. Pernah juga terfikir hendak menjadi peguam, sebab ingin menegakkan keadilan. Pernah terfikir seketika saja. Haha. Atuk ana pula mengharapkan ana menjadi seorang ustaz. Hurmm. Last-last, ana nak jadi doctor. Sebab apa? Biarlah rahsia.

Tetapi hakikatnya, cita-cita sebegini hanya terhad di dunia ini sahaja dan boleh dikatakan mainstream. Sesiapa pun boleh jadi arkitek, doktor, peguam dan sebagainya. Betapa kecilnya visi manusia bilamana hanya memikirkan cita-cita yang hanya untuk kepentingan diri dan kesenangan dunia. Itulah penangan wahan. Cinta dunia dan takut mati. Pekerjaan dan pangkat yang so-called ‘cita-cita’ dan juga kesenangan ini dikejar seolah-olah hidup di dunia selama-lamanya.

Tarbiyah menyedarkan ana. Tentang hakikat sebenar kehidupan. Kehidupan yang ada duanya. Dunia dan akhirat. Dunia yang sementara dan akhirat yang kekal. Tarbiyah mengeluarkan ana dari pemikiran yang sempit kepada satu pemikiran yang besar dan luas. Tentang cita-cita. Cita-cita duniawi dan juga ukhrawi.

Bila kita tanya sesiapa, “Kau nak masuk syurga tak?”. Mereka akan dengan pantasnya berkata, “Eh, mestilah nak. Kau gila apa. Siapa yang nak masuk neraka. Panas woo.”.

Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.
Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan.
(Hud, 11:15-16)

Jadi, itulah cita-cita kita. Mengharapkan syurga Allah SWT. Okay. Itu tak cukup berfikiran jauh lagi. Haha. Kita haruslh target syurga tertinggi, iaitu syurga Firdaus. Tak jauh lagi. Yang paling ultimate ialah, berjumpa dan melihat wajah Allah SWT. Subhanallah. Menangis deras.

Kalau itu sudah menjadi cita-cita kita, kita akan buat apa-apa sahaja untuk mendapatkannya. Bagaimana? Dunia inilah pentas di mana kita beramal dan mengumpul bekalan sebanyak mungkin untuk mencapai tujuan ultimate kita, iaitu Allah. Allahu ghayatuna. Semata-mata untuk mendapat keredhaanNya, dipandang olehNya, dicintai olehNya.

Sekali lagi, bagaimana?


Mungkin satu cara untuk mencapai cita-cita yang gila ekstrem tersebut, kita kenalah jadi ekstrem  di dunia. Bukan extremist yang bom sana bom sini tu ye. Tapi, ekstrem dalam menjadi hamba Allah dan juga khalifahNya. Faham ke?

Cita-cita dakwah kita adalah Ustaziyatul Alam. Iaitu bilamana Islam menjadi the world order atau bahasa mudahnya, Islam menjadi ustaz kepada alam. Dr Hafidzi Mohd Noor pernah menyebut, “Petakan masa depan peribadi kita dengan masa depan Islam. Dan yakinlah bahawa dalam masa depan, Islam yang akan menang.”

Jadi, apa yang kita patut lakukan ialah, join sekaki lah. Hehe. Islam itu ana tahu dan anda-anda semua pun tahu, confirm akan menang. Allah dah sebut, “Innaddina ‘indAllahil Islam”. Sesungguhnya agama, cara hidup, perundangan dan sebagainya di sisi Allah ialah Islam. Siapa lagi yang lebih stylo dan hensem daripada orang-orang yang turut sama menaikkan Islam di mata dunia? Pastinya lagi stylo daripada orang yang hanya goyang kaki doing nothing. Lagi kacak daripada so-called ‘tok-tok sheikh’ yang 24 jam di masjid, mentopupkan ibadah dan berjubah dan berwangi-wangian dengan minyak wangi. Katanya ikut sunnah.

Kerana apa? Siapa manusia yang paling hensem? Rasulullah SAW. Rasulullah buat apa? Dakwah. So, itulah yang kita kena buat untuk jadi hensem. Dakwah ialah sunnah terbesar Rasulullah SAW. Seluruh hidup Rasulullah SAW ialah dakwah. Dan impian Rasulullah SAW ialah melihat Islam berkuasa di dunia ini. Dan baginda sangat optimis. Walaupun pada mulanya, baginda hanya seorang yang membawa satu agama yang baru. Betapa optimisnya Rasulullah SAW dan tingginya cita-cita baginda. Dan cita-cita ini diteruskan oleh para sahabat. Fikrah yang ditanam pada para sahabat melalui tarbiyah direct Rasulullah SAW dan seterusnya kepada tabi’ien, tabi’ tabi’ien sehingga sekarang. Dan risalah sudahpun sampai kepada kita. Zalimlah kita kepada manusia lain jika kita tidak menyampaikannya.


Fuh. Kesimpulannya, dengan dakwah dan tarbiyah lah, kita jelas tentang cita-cita sebenar. Cita-cita yang sama dengan Rasulullah SAW dan para sahabat. Cita-cita yang hakikatnya, Allah dah tetapkan  dengan perintahNya supaya manusia tegakkan agama.

Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, yaitu tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang-orang musyrik (untuk mengikuti) agama yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama-Nya) bagi orang yang kembali (kepada-Nya).
(Surah Asy-Syura, 42 : 13)

Maka bolehlah kalau ana nak kata, orang yang ada masa depan ialah orang Islam yang bekerja. Da'ie pastinya. Dr Hammam Said ada berkata, "Dakwah ilallah jalan berjaya di dunia dan di akhirat." Senyum.

Tegakkanlah agama dalam dirimu, maka akan tertegaklah agama di tempatmu. 





=.=
Sembilan kertas sudah melayang
Lapan kertas lagi bakal ditonyoh-tonyoh
Allahu yusahhil !
:)

Sunday, May 19, 2013

Sampai bila?



Hakim bersama-sama ikhwah-ikhwah yang lain bersiap-siap untuk tidur. Penat. Penat gelak. Penat dibakar. Dek pengisian oleh seorang akh super saiya.

Hakim menarik bantal dan selimut, mendekati murabbinya, Faiz. Manja. Faiz melihat gelagat Hakim dengan tersenyum. Murabbi mana yang tak suka tidur sama-sama dengan mutarabbi.

Mereka baring bersebelahan. Mencuba untuk tidur. Bisikan-bisikan zikir menemani suasana yang sunyi bertemankan bunyi-bunyi dengkuran yang harmonis. Ceh.

“Akhi. Ana nak tanya sikit boleh tak? Lama dah ana nak tanya ni.” Hakim memecah kesunyian.

“Ye, apa dia?”  Faiz tercelik matanya yang hampir melabuhkan tirainya.

“Nta dah berapa lama eh join usrah?”

“Alhamdulillah. Dah nak 2 tahun jugak rasenye. Haih. Cepatnya masa berlalu.”

“Oh. Lama jugak. Tapi kan akhi. Sampai bila eh kena join usrah ni?”

“Asal nta tanya camtu?”

“Entahlah. Ana kadang rasa penat pulak usrah ni. Ana tau bagus usrah ni. Tapi, itulah. Entahlah.”

“Hurmm. Kalau nta tanya ana, ana nak usrah sampai bila-bila. Even, kalau boleh, sampai ke syurga. Eheh.”

“Lamanya Akhi. Nanti dah kerja, kahwin, ada anak dan sebagainya. Ada ke masa?”

“Tak lama Hakim. Sampai bila-bila tu means sampai kita mati lah. Kita mana tahu bila kita akan mati. Betul tak?”

Hakim terkedu.

“Nak tau tak Hakim. Impian ana nak mati dalam keadaan ana tengah berusrah, atau dalam daurah. Dalam keadaan ana tengah berkhidmat untuk Islam. Dalam keadaan state iman ana tengah melambung-lambung tinggi.




Nta tau tak. Para salafussoleh dulu takut kalau duduk kat rumah. Mereka takut mereka akan mati kat rumah. Dalam keadaan diorang sedang berehat-rehat.”

Hakim berfikir sejenak.

“Ana tau perasaan nta. Ana pun pernah jugak rasa. Tanya la siapa pun. Confirm semua orang pernah rasa. Tapi. Apa yang menguatkan kami ialah, bantuan ikhwah-ikhwah yang lain. Ukhuwah itu menguatkan kita.

Orang cakap kalau dah rasa kemanisan ukhuwah itu, maknanya kita dah rasa penangan tarbiyah.

Percayalah akhi. Penat  yang kita rasa sekarang inshaAllah berbaloi untuk kita masuk ke syurga Allah dan lagi best, jumpa dengan Allah. Ramai dah orang-orang yang berpenat-penat di  jalan Allah. Allah dah janjikan balasan yang gila-gila best. Gilalah kita kalau kita tak sahut cabaran ni.

Satu lagi, ana rasa tarbiyah ni semakin best once dah bawak usrah lah. Once ana jumpa nta dengan yang lain-lain. Hee.”

Air mata diseka. Hakim peluk erat murabbinya.

"Jazakallahu khair akhi. Mungkin ana tengah futur ni. Kalau ana tak ikut tarbiyah ni, tak taulah ana jadi apa sekarang. Doakan ana tsabat ye akhi. Ana nak jugak mati macam Imam Hasan Al-Banna, Syed Qutb, Sheikh Ahmad Yasin. Jeles boh. Ana nak jugak jumpa akhi dan yang lain-lain kat syurga nanti.”

“InshaAllah akhi. Yang penting, ikhlaskan niat kita dalam tarbiyah ni. Bersyukurlah knowing the fact that Allah dah pilih kita. Allah nak kita rasa benda ni best.

Dah dah. Tidur jom. Esok kita nak kena balik sesudah subuh. Nanti bangun lambat pulak.”

"Ana tak risau. Akhi kan ada. Akhi confirm akan kejut ana. Akhi kan macam ayah ana. Selamat malam. Jumpa esok. Mimpi ana tau. Hehe.”

“Merepek je budak ni. Selamat malam. Jangan lupa baca doa, 3 qul, ayat kursi.”

“Baik, ayah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”


*******

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.
At-taubah, 9:111







=.=
Menghabiskan sisa-sisa masa yang ada
Menuai permata-permata tarbiyah di sini
Sebelum melepaskan diri ke gelanggang tarbiyah yang lain

Friday, May 3, 2013

Harapan pagi



Ya Allah, jadikan ikhlasku bagai susu. Tak campur kotoran, tak disusup darah. Murni, bergizi, menguati. Langit ridha, bumi terilhami. Ya Allah, jadikan dosa mendekatkanku kepada-Mu dengan taubat nashuha. Jadikan ibadah tak menjuhkanku dari-Mu gara-gara membangga. Ya Allah, untuk tanah yang gersang; jadikan aku embun pada paginya, awan teduh bagi siangnya, dan rembulan menghias malamnya.

Ya Allah, jika aku harus berteman khawatir, jadikan ia zikirku mengingat-Mu. Ya Allah, jika aku harus berteman rasa takut, jadikan ia penghalang dari mendurhakai-Mu. Ya Allah, jika aku harus berkawan gelisah, jadikan ia titik mula amal-amal shalih menjemput keajaiban menenangkan. Ya Allah, jadikan semua gejolak di dalam hatiku mengantarku mendekat kepada ridha dan surga-Mu.

Ya Allah, berkahi tiap kata yang mengalir dari ujung jemari ini; menebar kebaikan, mencantikkan kebenaran, menggerakkan perbaikan. Ya Allah, lempangkan lisanku dalam kebenaran, indahkan tuturku dengan kesantunan, jadikan yang mendengar terbimbingkan. Ya Allah, ilhamkan kebajikan di tiap huruf yang terucap, lahirkan amal untuk setiap kata yang terbicara, alirkan pahala tiada putusnya.

Ya Allah, jangan henti rinduku pada Nabi-Mu menyala syahdu, agar akhlak teladannya merembesi tingkahku. Ya Allah, jangan henti gelegak neraka menyergap menggiriskanku, di tiap hasrat nista dan goda kemaksiatan. Ya Allah, jangan henti baying surga-Mu melekati mataku, di tiap niat dan kesempatan amal shalih yang terbuka. Ya Allah, jangan henti keesaan-Mu terteguh di jiwaku, sebab kuasa dan rezeki-Mu juga tak sedetik pun berpisah dariku.

Ya Allah, jangan henti bimbing-Mu menuntunku, selama jantung berdenyut selalu, semasih Kau-hembuskan napas dalam paru. Ya Allah, jangan henti kasih-Mu mengguyuriku, hingga santun budiku menebar rasa saying, bahkan membalik penentang jadi pejuang. Ya Allah, jangan henti keagungan-Mu tertaut dalam nyaliku, hingga kuhadapi segala yang aniaya dengan gagah dan berani. Ya Allah, jangan henti kemuliaan-Mu menyusupi syaraf-syarafku, hingga tiap ilmu jadi amal, tiap hasrat baik jadi akhlak terlaku.

Ya Allah, jangan henti penjagaan-Mu mengarus dalam darahku, hingga syaitan tak beroleh tempat dalam alirannya yang menderu. Ya Allah, jangan henti rasa malu pada-Mu menyumsu di tulangku, mengurat di ototku, hingga semua gerak dalam ridha-Mu. Ya Allah, jangan hentikeindahan-Mu mengilhamkan senyum dan cerah di wajahku, agar pergaulanku semanis madu. Ya Allah, jangan henti kebenaran-Mu tertambat di akal dan lisanku; terpancar dalam sikap, terjuang di tiap kalimat. Ya Allah, jangan henti nama-Mu menyapa hati dan jiwaku dengan gigil takut, gerisik harap, dan getar cinta

Salim A Fillah
Menyimak Kicau Merajut Makna




=.=
busy busy busy
fuhh~