Tuesday, May 29, 2012

Galaxy S V +___+

Assalamualaikum.


Hari ni anamuzakkar nak cerita pasal handphone. Biasalah kan. Anak muda. Handphone lah yang menentukan keremajaan dan kemanusiaan seseorang pada zaman sekarang. Tak gitu. Bukan semua oranglah tapi 'mostly'.


"No way. S five ?? I want it !" kata seorang omputeh.


Hee. Ana nak cerita satu cerita ni. It is more to analogy. Ana dapat analogi ni daripada senior ana yang ana respek. Uhibbuhu fiLlah. Dia cerita...


Katakanlah kau ada awek. Dah lama korang bercinta. Bercinta bagai nak rak (laci tak nak ke =.= ?). Pastu tiba2 awek kau ni mintak putus sebab die ade balak lain. (Amboi bahasa~ KL nye). So, pada saat ni, mesti kau sedih kan. Sedih sangat2. Mandi tak wangi. Makan tak sendawa. Tidur tak berdengkur. Ish3. (Buruk benor~). Tapi, pada suatu hari tak lama selepas tragedi tu, ade seorang hamba Allah ni datang kat kau. Pastu die bagi handphone Galaxy S III sebijik  :O (wooiiii~ana nak jugak). Mestilah kau rasa seronok gile2 kan. Boleh call mak, ayah, member2, online setiap masa. Awek tadi mesti ko dah tak kisah dah. Yang penting kau dah dapat S III. S III tu. (mmm~lazatnya S III...uhuk2..dunia2~). Nampak tak. Dapat hadiah handphone terus bahagia bagai dunia engkau yang punya. 


Okay. Time ni ana dah pelik dah die cter pasal ni. Time usrah kot  o.O  Pastu die sambung...


Kalau kita tengok balik sirah Rasulullah SAW. Ketika 'tahun bersedih' Rasulullah SAW. Saidatina Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib meninggal dunia. Time tu Nabi Muhammad sedih sangat2  :'(
Tapi, time tu, Allah yang amat sayangkan Rasulullah SAW bawak baginda pergi jalan2. Pastu Allah bagi Galaxy S V.  Allah bagi perintah solat. Rasulullah gembira sebab Allah dah bagi kepada baginda handphone untuk sentiasa berhubung langsung dengan Allah SWT yaitu solat.


Lepas die cerita ni. Ana rase macam "Aah lah...Subhanallah". Ana rase sangat terkesan dan terharu  :')
Allah bagi kite hadiah dan anugerah yang sangat berharga yaitu solat. MashaAllah. Alhamdulillah. Satu handphone yang mendekatkan kita kepada Allah SWT. Bukan handphone buatan manusia yang segelintir manusia guna untuk kepentingan diri dan semakin jauh daripada Allah. Jadi, sahabat2, jagalah solat kita. Allah dah janji kita akan terjaga daripada melakukan perkara2 mungkar.


"Sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
(Al-Ankabut : 45)
"Sesungguhnya ada seorang hamba yang solat pada waktu malam. Apabila waktu pagi, dia mencuri." Baginda menjawab "Sesungguhnya apa yang dibaca (solat) itu akan mencegahnya."
(HR Imam Ahmad)


Usahalah untuk khusyu' dalam solat. Macam mana ?


Set in your mind that you are performing your solah right in front of Allah. Allah is watching you. Perform your solah as if this is the last solah you will be performing. Understand the meaning of your Fatihah and Dua Iftitah with your heart. 














=.=
Selamat menunaikan solat dengan sebaik2nya 
Doakan ana juga dapat solat yang maqbulan min 'indiLlah (diterima oleh Allah).
Hayya 'alassolah~
Hayya 'alalfalah~





14 comments:

Inspector Saahab said...

penuh analogi

:')

sweetttnyaaaa !!!
bole kena kencing manis

Inspector Saahab said...

lupa. style header enta :)

anamuzakkar =.= said...

analogi - anamuzakkar . haa . kan lebih kurang tu .
ana tahu header ana style . hehe .
gambar curi dari orang . muahaha .
sumber : pelangibonda.com
singgah2lah di situ...

Ana Pengembara said...

pergh. ana muzakkar

Abi Noah said...

mashaallah. orang2 yg dihighway ni walaupun lengang sungguh kreatif...

Abi Noah said...

mashaallah. orang2 yg dihighway ni walaupun lengang sungguh kreatif...

Inspector Saahab said...

Abi Noah
kot ye pun sampai double tu. HAHAH

anamuzakkar =.= said...

ana pengembara : Hee . tak perlulah pergh2 sangat . alhamdulillah~

abi noah : org2 di highway =.= ?? jzkk

inspektor : biarlah...

Abi Noah said...

entah. ni salah blogger la ni. pelik je. org sent satu je. haha.

L's said...

subhanallah....

comel pulak rasa cerita tu.
jzkk sebab kongsi wahai encik blogger ^^

anamuzakkar =.= said...

hehe . moga kecomelan itu membawa manfaat kpd enti :)

NURUL AIN TAY said...

I love it...
Teruskan dgn penulisan kreatif mu...
Mudah2an ramai umat islam dpt manafaatnya....

NURUL AIN TAY said...

I love it...
Teruskan dgn penulisan kreatif mu...
Mudah2an ramai umat islam dpt manafaatnya....

anamuzakkar =.= said...

thank you teacher . inshaAllah i will never give up and keep on writing . hee ~