Sunday, December 30, 2012

7 petala cinta


Uhuk. Tajuk yang agak kontroversi. Abaikan tajuk. 

Assalamualaikum. Haa. Nak cerita ni. Beberapa hari yang lepas, dalam surah pengassabiahan, ohoh, usrah kabilah, kitorang tadabbur surah Al-Muddatthir ayat 1 hingga 7. Ayat kedua yang turun kepada Rasulullah SAW. Fhiu.

“Wahai orang yang berkemul ! Bangunlah ! maka berilah peringatan ! Dan Tuhanmu, agungkanlah. Dan pakaianmu, bersihkanlah. Dan segala yang keji, tinggalkanlah. Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang banyak. Dan karena Tuhanmu, bersabarlah.”

Emosi hilang kestabilan.Jiwa gelisah. Badan berpeluh. Fikiran serabut. Hati bagai tertusuk-tusuk. Jantung bagai diperah-perah supaya darah mengalir laju bagai sungai yang deras. Adalah jugak rasa macam kena belasah bertubi-tubi. 

Bersedialah untuk sama-sama merasai apa yang ana rasai  T-T

“Wahai orang yang berkemul !"

Dalam ayat pertama, Allah memanggil Rasulullah SAW yang berselimut di rumahnya setelah mendapat wahyu yang pertama. Ayat ini seolah-olah untuk mendapatkan attention Nabi Muhammad SAW. Nampak tak kat atas. Tanda seru okay. Kalau kita fikirkan, berselimut atau berkemul best kan. Nak nak lagi, tidur bawah aircond. Pergh. Selesa gila la kan. So, orang yang berkemul bermaksud orang yang sedang selesa, bersenang-lenang, bermain-main konda kondi. Eheh. Dalam erti kata lain, tak buat apa-apa lah. Perkara yang tidak berfaedah. Selesa dengan kesenangan dunia. Selesa dengan harta. Selesa dengan gaya hidup yang kononnya bebas.

Tidak terkecuali, insan-insan yang telah dengan lembutnya disapa oleh pakcik ISK dan selow-selow bergaul mesra dengan seorang makcik yang fofular, Makcik Hidayah. Yang sudah rasa bergaya melepak-lepak dengan ikhwah yang kuat usrah. Yang tak lama lepas tu dihentam kuat dengan Syahadatul Haq. Ya, anda dan saya lah. Kita kata kita buat kerja dakwah. Tapi, hakikatnya, apa saja yang kita buat ? Dakwah fb ? Tulis blog ? o..O

Dakwah Rasulullah dan sahabat-sahabat dahsyat kan ? Depa bersenang-lenang ke ? Ada ke depa dakwah sambil goyang kaki depan laptop ? Sudah layakkah dikatakan tarbiyyah hanya dengan commit usrah. Sampai time cuti pun nak usrah jugak. Kata seorang akh, “Korang ni tarbiyah overdose lah”. Itu pun kalau dekat-dekat je. Ouch di situ. Penat sikit, tidur memanjang. Penat berdakwah, study malasnya ya ampun !

Sedar tak sedar, kita, eh, mungkin ana je kot, berdakwah bertarbiyyah hanya dalam comfort zone kita sahaja. Sepatutnya, kita haruslah merasakan ada something wrong somewhere lah kalau kita rasa senang je. Pergi usrah seminggu sekali settle. Ada yang seminggu dua kali settle jugak. Pergi daurah senang, ada kereta infaq yang besar. Ohoh. Kita masih di comfort zone kita ikhwah !

“Bangunlah ! Maka berilah peringatan !”

Ada dua tanda seru okay. Inilah perintah Allah kepada Rasulullah untuk keluar berdakwah. Bangun adalah satu action atau movement. Kata kerja. Means kerja lah. Perintah Allah supaya manusia bergerak. Bergerak untuk apa ? Memberi peringatan. Easy said, dakwah. Kata-kata Rasulullah yang feymes setelah baginda mendapat wahyu ini, Sudah berlalu masa tidurku”. Tanpa berlengah. Tanpa memberi alasan. Rasulullah terus start berdakwah. Kita ? Dush.

Rasulullah terus bergerak. Tanpa henti sampai baginda wafat. Seluruh hidupnya setelah itu hanyalah dakwah. Hidupnya untuk dakwah, wafatnya juga untuk dakwah. Teringat juga kisah Ghulam dalam hadith Rasulullah SAW, di mana ramai orang yang memeluk Islam setelah kematiannya. Dia syahid untuk dakwah bila mana dia meminta Si Raja untuk memanahnya dengan menyebut nama Tuhan Ghulam yakni Allah setelah beberapa siri cubaan yang tak menjadi untuk membunuhnya. Allahu akbar !

“Dan Tuhanmu, agungkanlah.”

Inilah tujuan dakwah kita. Membawa manusia ke arah Allah. Dakwah ilaLlah. Membawa manusia yang sedang lalai mengenal Allah. Mengesakan Allah. Mengagungkan Allah. Fullstop. Semua faham kot.

“Dan pakaianmu, bersihkanlah. Dan segala yang keji, tinggalkanlah.”

Ayat ini pula Allah sentuh tentang apa yang kita perlu buat pada diri kita. Bersihkan pakaianmu. Pakaian seseorang mencerminkan peribadi seseorang. Setuju ? mungkin orang kata, don’t judge a book by its cover. Tapi, realitinya, semua orang akan judge orang lain based on appearance no matter how. Pada zaman ayat ini diturunkan, jahiliyah sangatlah bermaharajalela dan menakutkan. Allah memerintahkan Rasulullah SAW supaya membersihkan diri daripada jahiliyah ini. Pakaian jahiliyah. Dan juga meninggalkan segala yang keji. Segalanya. Kerana apa? Dalam Islam tiada yang keji. Islam itu suci. Tidak boleh dikotori.

Kita mengaku kita seorang daie, so, jahiliyyah settle lah. Suci bersih lah kan. Okay. Memang susah. Tapi, kita kena cuba. Kadang jahiliyah ni tersembunyi. Dia ikut jugak pergi usrah. Dia ikut jugak pergi daurah. Banyak jahiliyah yang kita rasa kita sudah hapuskan dan kita ucapkan,  “Selamat tinggal, Sayonara !” Tapi...  Ok, tak nak cerita panjang. Yang penting kita kena bersihkan diri kita lah. Pakailah pakaian taqwa, sebenar-benar taqwa. Pakaian Islam, Islam yang syumul dan tutup litup.

Jelas di sini, Allah perintahkan kita untuk berdakwah dahulu, barulah kita bersihkan diri. Jadi, tak ada maknanya statement-statement seperti,  “Aku ni teruklah, mana layak buat dakwah.”. Tak layak ? Allah dah pilih kita kot untuk melaksanakan tugas khalifah ni. Allah kot ! Tak rasa hidung kembang kempis ke. Kerana dirimu begitu berharga. Ewah. Kbai.

“Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang banyak.”

Kita dakwah bukan untuk digelar ustaz. Kita dakwah bukan untuk digelar akh al-qawiy. Kita dakwah bukan untuk digelar Daie Super or whatsoever.

Sepatutnya, kita cuba jadi ustaz untuk dakwah. Kita cuba jadi akh al-qawiy untuk dakwah. Kita cuba jadi Daie Super untuk dakwah.

Kalau kita mengharap orang nak bagi hadiah atau duit sebab kita nak dakwah, memang berjanggut sampai menyapu tanah lah nak dapat. Allah kata jangan memberi dengan mengharapkan balasan. Mungkin, kita dakwah punya dakwah, DF punya DF sampai habis beribu-ribu. Hiperbola. Tapi, hasilnya yang kita dapat tarik seketul dua ketul je. Lepas tu kita futur. Lama-lama seketul dua ketul tu jadi ketui arang. Memang penatlah kalau kita berdakwah macam ni. Allah pun kan dah janjikan ganjaran kat syurga nanti. Tunggu jelah. Sepatutnya, kita merasa happy, sebab kita yakin dengan kita berdakwah ni, kita akan bersuka ria di syurgaNya yang indah di akhirat nanti. Air mata mengalir. Gembira.

“Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.”

Inilah kunci kejayaan. Sabar. Memang susah. Lagi susah kalau kita sabar untuk diri kita. Kita sabar dengan orang lain, sebab takut nanti buat kecoh. Kita sabar dalam jalan raya, ada orang pintas jalan kita. Kalau ikutkan nafsu, nak je langgar. Tapi, kita sabar sebab nanti kena repair kereta, kene bertekak dengan orang tu. Kalau kita sabar untuk sebab-sebab sebegitu, memang tak sabar lah. Orang cakap, sabar ada hadnya. Betul ke? Macam mana kita nak tahu tahap kesabaran kita sampai mana ? Ada meter kesabaran ke ? Just wondering.




Jalan dakwah kita masih panjang. Untuk itu, butuh perjuangan. Lalala.

Sabar itu susah. Istiqamah itu payah.  Sabar + istiqamah = susah payah
Sabar + istiqamah + dakwah dan tarbiyah = susah payahnya ya ampun !!!

Di sinilah kita harus mujahadah. Menangis. Mujahadah itu pahit seperti kopi. Tapi yakinlah bahawa ianya akan ditambah dengan gula ataupun susu manis. Dan akhirnya dapatlah kopi O dan kopi susu yang lazat enak berkrim. Eheh.

Tujuh ayat ni sangat cantik, Allah susun. Khas buat kita, para daie. Ada kata-kata seorang akh, “Jangan nak mengaku kita ni daie, kalau jadi hamba Allah pun kita fail. Tak sedar kita ni hamba Allah.”

Sentap.

Setkan minda kita dan kompaskan hati kita, segala apa yang kita buat semuanya kerana Allah. Semata-mata untuk mendapat redhaNya. Lillah-centered. Tarbiyah yang sebenar datang dari Allah. Allah murabbi agung kita. Sebab Allah-lah kita perlu berdakwah. Sebab Allah-lah kita perlu sabar dalam tarbiyyah.









=.=
Tak boleh duduk diam
Masa lapang + pemuda = permulaan maksiat
Masa lapang + daie = FUTUR !
:’(

Thursday, December 27, 2012

Tolong ! Tolong !



 Tolong ! Tolong !
 


Mikhail terjaga dari tidur. Terdengar orang mengetuk pintu rumahnya. Lalu, dia dengan segera membuka pintu.
 


Apa jadi ni bang !
 


Kebakaran dik ! Besar apinya tu. Jom tolong ! Cepat !
 


Apa yang terbakar? Kat mana ?
 


Rumah yang kat hujung kampung tu.
 


Mikhail pun bergegas bersama-sama orang kampung yang lain ke arah rumah yang terbakar itu. Mereka berulang-alik mengisi air dalam baldi untuk memadamkan api yang semakin marak.
 


Setelah sejam, barulah api reda.
 


Dah tak ada harapan dik. Orang-orang dalam rumah ni.”
 


Mikhail terduduk. Dipegangnya kayu-kayu sebahagian rumah yang sudah habus dijilat api. Menangis. Memikirkan keluarga yang di dalam rumah tersebut. Tiba-tiba, Mikhail pitam.
 


Gelap.
 


...
 


Mikhail terjaga. Dia melihat tangannya. Tiada kesan-kesan kayu hangus yang dipegangnya. Lega.


 Alhamdulillah. Mimpi rupanya.
 


Tiba-tiba...
 


Tolong ! Tolong !” suara orang meminta tolong sambil mengetuk pintu rumah Mikhail.
 


Mikhail bergegas ke arah pintu dan membukanya.


Ada apa ni bang !
 


Kebakaran dik ! Besar apinya tu. Jom tolong ! Cepat !
 


Mikhail merasa seram sejuk. Dejavu. Sama seperti dalam mimpinya. Dia bertanya soalan yang sama.
 


Apa yang terbakar ?
 


Ummah.

.....





Realitinya,
Ummah sedang terbakar dek jahiliyah,
Ummah sedang terbakar dek kecintaannya pada dunia,
Ummah sedang terbakar dek kesibukannya dengan hal dunia,
Ummah sedang terbakar dek ketidakpedulian mereka,
terhadap saudara-saudara mereka di luar sana,
Ummah sedang terbakar dek ketidaksatuan mereka dalam agama,
Ummah sedang terbakar dek sikap acuh tak acuh mereka dalam agama,
Ummah sedang terbakar dek pengaruh-pengaruh luar yang mengasyikkan,
Ummah sedang terbakar dek Ghazwul Fikr,
yang dicanang-canangkan oleh kuasa Barat,
Ummah sedang terbakar dek pengamalan Islam yang tidak menyeluruh.

Ummah Islam kini sekadar nama,
Hakikatnya,
Ummah sekarang sudah jauh dari Islam,
Ummah sekarang sudah jauh dari Al-Quran dan As-Sunnah.


Sedarlah wahai saudara saudari,
Menjadi tanggungjawab kita untuk meredakan api yang sedang marak,
Membakar ummah,
Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka,
Bahawa mereka sedang terbakar,
Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka,
Dari lena dibuai kehidupan dunia yang fana dan mengasyikkan,
Menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan Syahadul Haq,

Ramai saudara kita di luar sana memerlukan kita,
Kita juga pada hakikatnya memerlukan mereka,
Kita satu aqidah,
Kita satu fikrah,
Kita satu ummah.

Persoalannya,
Sanggupkah kita ?
Untuk mengorbankan segala,
Demi menyelamatkan ummah,
Demi menegakkan Islam,
Demi syurga,
Demi mendapat redhaNya.


....



Daripada Thauban رضي الله عـنه berkata, “Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”(Hadith riwayat Abu Daud)





=.=
...



Wednesday, December 26, 2012

Al-Quran...Kitab suci kalam Tuhan



Sila baca menggunakan loghat Perak ye. Ate...

Assalamualaikum ! 
Assalamualaikum ! 
Man, oh, Man ! 
Assalamualaikum !” Ustaz Darus memberi salam di hadapan rumah Leman. 
 Waalaikumussalam.” Jawab Leman dari dalam rumah dengan rasa curiousnya menyelak nyelak langsir menjenguk ke luar. 
 Oh, Ustaz D. Tunggu kejap ye.” 
 Leman pun menuju ke pintu untuk membukanya dengan rasa berat hati kerana sudah lama juga dia ponteng kelas agama dengan Ustaz Darus. 
 Haa. Ade orang ghopaenye. Ingatkan tak ade. Kot pergi pasor ke ape ke. Mike tak gi mane2 ke ?” 
 Oh, teman tak ade pergi mane2. Duk ghumoh je le. Ade ape pak Ostad ?” 
 Ustaz saje aje datang ziarah. Lame tak jumpe mike ni.  Kelas fardhu ain tak ade. Surau pun tak ade. Tak sihat ke ?" 
 Owh,  teman tak ade kt ghumoh. Duk outstation aje memanjang.” ini ayat cover Leman. 
 Oghang ghumoh ngan anak2 tak ade ke? Sape name nye. Temah. Mane?” 
 Si Temah pergi beli baghang kejap kat pekan Kuale.” 
 Owh. Jauh bebenor. Tak dapat lah ustaz minum kopi buatan si Temah tu.” 
 Ostad ni bisa aja. Haha.” 
 Suasana krik krik tiba-tiba menyelubungi rumah Leman yang kelihatan kusam dan sunyi sepi. Ustaz memandang Leman. Leman pula buat-buat pandang tempat lain sambil menjeling-jeling manja dengan Ustaz D. Ustaz Darus merasakan ada something wrong dalam rumah Leman. 
 Eh, saya nak pergi buat ayor ye ostad. Ayor bujang aje. Walaupun dah kawin. Hehe.” Kata Leman memecah tembelang kesunyian. 
 Sile le. Kejap-kejap. Bosan pulak nanti teman nunggu mike buat ayor. Hmm. Ade Quran tak? Boleh la ustaz belek-belek kejap.” pinta Ustaz Darus. 
 Erk. Kejap ye Ustaz.” dengan rasa resah gelisahnya Leman pun mencari senaskhah Al-Quran. 

Haa. Ini die ni.” Leman mencapai senaskhah Al-Quran kuning yang bercorak flora yang timbul berwarna emas yang masih berbau kedai. 
 Wah, ini Quran yang mike slalu pakai dulu kan. Masih cantik ye.” 
 Aah, teman jage bagai menatang air zam zam yang penuh. Hari-hari teman jage.” 
 Lalu, Ustaz D meniup habuk di atas Al-Quran itu. Leman ternganga sambil menelan beberapa tegukan air liur. 
Ustaz senyum sinis. 
 Gulp.




Izinkan patik berpantun ye

AMARAN : Pembayang langsung tak ada kaitan dengan maksud.

Cluck. Uhuk.
*testing microphone

Al-Quran,
Kitab suci kalam Tuhan.

Ewah, cilok lirik lagu.

Ku lihat semut ditetak,
Ku lihat semut mati,
Al-Quran tempatnya bukan di rak-rak,
Al-Quran tempatnya di hati.

Ok, pelik. Try lagi.

Burung pipit hinggap di jendela,
Kanak-kanak teruja memberinya makan,
Ubat hati ada lima perkaranya,
Salah satunya membaca Al-Quran.

Plus, faham maknanya ye.

Si kecil jatuh terduduk,
Air mata mengair hilang tawa,
Petunjuk bagi yang mencari petunjuk,
Petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.

Semakin best ni.

Matahari pagi dilindungi awan,
Gelap langit redup bumi,
Al-Quran itu boleh jadi kawan,
Kawan kita ke syurga abadi.

Ada lagi, bersabar ye.
Line ketiga sila baca laju ye.

Burung berterbangan di langit tanah Mekah,
Semua jemaah kagum gembira,
Aqidah, ibadah, akhlak, fiqah, perubatan, kawin, jenayah ?
Nah, semua Quran ada !

Diingatkan semula, 
baca dua line yang bawah je ye.

Jalan-jalan di Pulau Tioman,
Jumpa ramai orang tua,
Jangan malu jangan segan,
Al-Quran ini untuk semmmuaa.


Ini last, in sha Allah.

Kura-kura berjalan raya beriang ria,
Biar lambat asalkan dapat duit raya,
Al-Quran comel beraneka jenis dan warna teman setia,
Mewarnakan lagi bulatan gembira.



Aman !
^.^ Y







=.=
No comment
Eh, ada2.
Al-Quran konfem2 lah best seller kat dunia ni kan
Kan kan  o_O
Oh, satu lagi, kalau nak sambung berpantun, sila2 lah ye..

Thursday, December 20, 2012

Baru dan Lama

Ketika Aman hendak pergi ke tempat tuisyennya dengan membawa kereta,


"Aman, hati-hati bawak kegheta tu. Sat agi ang terlanggaq apa-apa, naya je. Dah lah kereta baru" jerit Makcik Mah dari dapur nun jauh di belakang rumah. "Lagi satu, jangan bawak laju-laju. Jaga leklok kegheta baghu tu."


"Baik mak !"  jawab Aman dengan pasrahnya.


"Hish, ghisau pulak aku ngan budak nih. Tunggu mak sat. Mak pi hantaq hang lah. Kegheta baghu ni haa. Tak mau lah hang bawak. Sat agi ntah apa jadi ngan kegheta baghu mak."


=.=  <--- Aman buat muka macam ini

............................

Mula2 beli iPhone...


"Woosh, gile lah iPhone kot. iPhone 6 ke 7 nih ?"


"Eh2, jangan pegang, ni henset mahal kot. Bukan sembarangan org boleh pegang."
kata Ji dengan poyo dan kembang semangkuknya.


=.=

Sesudah setahun pakai iPhone...


"Eh, asal teghuk sgt ni iPong kau. Calar balar habes lah."


"Haha. Ni dah berapa kali jatuh dah ni." kata Ji sambil mencampak dan melambung-lambung henset dengan suka hati.
"Alah, kesah ape. Sat agi aku tukaq la. iPhone 10 kan dah ade."


=..=

.............................



Sedar tidak sedar, perkara ini mungkin berlaku kepada segelintir anda2 yang di luar sana. Bukanlah kereta dan handphone sahaja. Tapi, macam-macam lagi harta benda yang kita ada. Kita sangat-sangat menghargai benda yang baru. Tapi, once dah lama, kita mula rasa bosan dan buat tak endah je. 

Kalau nak difikir-fikirkan, Allah bagi kita nikmat setiap masa kan. Dari satu nikmat ke nikmat yang lain. Dari hari ke hari. Jadi, kita dapat nikmat yang baru lah setiap hari. Nampak tak permainannya di situ. Hurmm  *garu janggut

Persoalannya, setiap masakah kita menjaga nikmat yang Allah dah bagi kepada kita tu ? Manusia ni takkan pernah puas. Dah dapat satu, nak satu lagi. Rakus. Haha. Itulah kita. Saya manusia. Anda ? =.=

Siapa tahu nikmat apa yang paling best, yang setiap masa baru je yang Allah bagi ? Angkat dua tangan ! (pengaruh Adik & Al-Quran, which is interesting sebab ala2 usrah gitu. Eh)

Nikmat bersahabat dengan Akhi Taufiq dan Ukhti Hidayah lah. Kenal ke? Ok lah. Pakcik Taufiq dan Makcik Hidayah. Kenal ? Haa. Baru kenal. Yang tadi tu anak die, muda lagi  *otak weng merepek repek

Rasulullah SAW pernah berdoa kepada Allah, 

" Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayah, ketaqwaan, diri yang terjaga, dan kekayaan."
(HR Muslim)

Doa ini menjadi amalan Nabi Muhammad SAW ye. Sambil menangis. Believe it or not, seorang arRasul yang ma'sum, kekasih Allah, yang konfem2 Allah janjikan sorga, murabbi agung kita, qudwah kita memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan kepada baginda hidayah, 'huda' dan ketaqwaan 'tuqa'. Bukan sekali dua kali ye. When we say amalan, Rasulullah seringkali berdoa kepada Allah dengan doa ni. MashaAllah.

Kita pula bagaimana?   T--T

Inilah erti bersyukurnya seorang hamba. Rasulullah SAW sangat bergantung kepada Allah kerana baginda tahu bahawa dirinya hamba dan Allah lah Tuhannya. Bersyukur bererti bertambahnya ketaatan kita setelah Allah beri kepada kita ujian susah mahupun senang. Tidak cukup hanya dengan mengucapkan Alhamdulillah. 

Jadi, macam mana kita nak sentiasa bersyukur dengan Makcik Hidayah yang kita dah rasa masakan karinya? Hehe. 




Ini bermakna kita perlulah beristiqamah dalam amal kita, penghijrahan kita dari dulunya jahiliyyah yang erkk kepada sekarang. Penghijrahan ke dalam gerabak dakwah yang kacak dan bergaya ini. Orang-orangnye pun. Haha. Perasan.

Memang payah nak istiqamah ye tuan-tuan dan puan-puan. Tanyalah ustaz atau ustazah mana, takde nye yang senang lenang dengan gembiranya menanda borang mutabaah amal dengan penuh. Susah. Sebab apa kita rasa susah? Sebab Allah sedang menguji kita. Sila senyum lebar2 sebelum baca ayat di bawah.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  
(Al-Ankabut, 29:2)

Eh, sedih pun boleh gak. Haha. Tapi, sedar tak sedar, kita diuji oleh Allah. Maknanya kita berimanlah. Yeke ? Tepuk dada tanya iman ye. 

Kesimpulannya di sini, uhuk2, hargailah Makcik atau Datin atau Akak Hidayah tu ye. Jangan sampai kita melepas. Sebab apa? Sebab kita tidak tahu yang hidayah ni akan datang ketuk pintu hati kita lagi ke tidak. Jadi, peluk ketat2 dan sayangilah nikmat taufik hidayah yang Allah dah beri kepada kita. 


perkara baru memang kita suka jaga over2
kotor sikit pun terus basuh2 lap2
calar sikit pun dah merana sepanjang hidup

setelah kita kembali kepada fitrah,
hati kita dah jadi baru,
so jagalah hati kita jangan sampai ternoda
sebab susah jugak nak hilangkan kotor tu
kalau calar sikit, carilah ubatnya


Selamat mengamalkan doa di atas. Moga Allah terus memberi hidayah kepada kita dan moga kita terus thabat dalam gerabak D&T ni sampai kita syahid ! In sha Allah. Moga kita dapat duduk sama2 dalam syurga sambil2 menatap wajah Allah.

Allah 
Terasa di awangan
:')
,
,
,
,










=.=

kagum tengok akak2 dan abg2 retis yang dah berhijrah
mereka sudah kembali kepada fitrah
yang akak2, dari x pakai tudung, pakai tudung labuh terus
yang abg2, mmg nampaklah perubahan diorang 360 darjah

mereka tak kesah pun apa orang cakap
sebab diorang yakin 
bahawa fitrah mereka adalah hamba
yang HANYA mengharap redhaNya

*sangat mengagumi

p/s : tajuk sumpah pelik. xde idea 
   

Friday, December 14, 2012

Empat kelopak


Pada suatu pagi yang hening, burung-burung pun berkicauan. (oh, klisye giler)


“Ab, satu round lagi jom!”


Kata Umair kepada Mus’ab ketika mereka berjogging di taman berdekatan kolej mereka.


“Weh, tak larat weh. Sumpah. Sanggup kau tengok aku menderita?” keluh Mus’ab.


“Aku lagi lah tak sanggup tengok kau makan je keje. Kata daie. Kenalah qawiyyul jismi. Ingat kan ayat 2 ngan 3 surah As-Saff. Tak boleh cakap lebat je. Kena amal.” sindir Umair sambil tersenyum melihat Mus’ab.


“Aku tau. Kita rehat jap eh. Lima minit. Pleaseee !” jawab Mus’ab dengan membuat muka comelnya yang gebu.


“Okay boss besar. Hehe.”


Mus’ab dan Umair pun duduk sebentar sambil merehatkan badan di sebatang pohon yang rendang nan mengasyikkan.


“Fuh, pancit weh. Cane la kau boleh jogging tiap-tiap hari. Tapi best jugak. Lain kali ajak lagi.”


“Alhamdulillah. Aku dah dibiasakan dari kecik lagi. Tak mustahil lepas ni kau rajin jugak. Nak kurus kan. Oopss.”


“Haruslah !”


Suasana sunyi seketika. Umair melihat sekeliling menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Mus’ab pula termangu sebentar.


“Eh, asal tiba-tiba termenung ni ? Ingat mak ke ?” kata Umair memecah kesunyian.


“Tak ada apa-apa lah. Aku ternampak sekelompok bunga klover lah. Aku tengah try cari yang ada empat kelopak.”


“Oh, buang masa je cari.”


“Haa ! Aku dah jumpa satu.” jerit Mus’ab dengan kuat bagai taman tersebut dia yang punya.


Umair hanya mampu tersengih melihat gelagat sahabatnya.


Tiba-tiba, mata Mus’ab mula berkaca-kaca.


“Asal kau nangis ni ? Orang suka.” Umair bertanya kehairanan.


“Umair. Bunga klover ni macam kau lah.”


“Huh? Tak faham.”


“Ye lah. Kau kan satu dalam seribu. Bersyukur sangat Allah pertemukan aku dengan kawan macam kau.” Mus’ab pun mengusap air mata yang mula mengalir.  “Ah ! Asal tiba-tiba jiwang ni !”


“Kau nak tahu tak Ab. Kau tak macam bunga klover empat kelopak ni.”


“Aku tahu aku tak special sangat pun kan kat kau. Haha.”


“Eh, tak. Kau macam bunga klover empat kelopak tapi kat syurga yang penuh bunga klover yang aku harap aku dapat peluang untuk mencarinya kat sana nanti. Lagi susah nak cari.”


Mus’ab pun memeluk Umair dengan seerat-eratnya. Sungai air mata pun mengiringi suasana yang penuh ukhuwah.


“Ah, jom lah jogging lagi. Aku malu lah nak jiwang-jiwang lagi ngan kau. Blushing aku.”


“Eleleh. Makin comel kalau kau blushing. Ni buat aku sayang ni.”


"Ok, sudah cukup cukup sudah ! Ukhuwah overdose. Nanti pengsan aku. Nak jogging lagi kan."







subhanallah (._. )







=.=
Ukhuwah fillah abadan abada,
Dah lama tak jumpa ikhwah yang lain-lain daa.

Cerita ini rekaan semata-mata,
bab-bab buat cerita ana tak star.

rhymes are fun, but i have none :P

Rindu antum !
:’)

Saturday, December 8, 2012

ah, geram !


cubit cubit cubit
cium cium cium
tembam tembam
tayang die
tomey tomey

Dialog di atas hanya sesuai dipakai ke atas baby sahaja. Harap maklum. Eheh

Bayi ataupun lebih glamour lagi, baby, adalah suatu makhluk yang menarik kan ? Comel, gebu, tembam... ish, rase cam nak cubit2, sepak2 je ! Ok. Child abuse namenye tu. Biarlah dia buat apa2 pun. Pukul kita ke, berak ke, kentut ke.. konfem kita tak marah kan. Disebabkan ke'innocent'annya. Ewah. 

ok. jom cubit ramai2. geram !

Baby ni innocent. Tak ada dosa. Suci dalam debu. Semua baby ye. Tak kiralah baby muslim ke, yahudi ke, nasrani. Semuanya suci dari dosa. Fresh dari alam rahim. So, hapuskanlah kepercayaan2 anda berkaitan 'original sin' bagai. Merepek kerepek ikan Ganu. Ohoi. (mengidam kepok)

Saat kita baby dulu lah saat kita dalam fitrah. Fitrah islamiyyah. Semua orang di dunia ini, fitrahnya Islam. Once kita lahir je di dunia ini, kita sudahpun digalaskan dengan tugas sebagai hamba Allah dan khalifahNya. Inilah fitrah kita, bekerja untuk Allah.

Tapi, kita lihat sekarang, manusia kebanyakannya sudah jauh dari fitrah. Dalam erti kata lain, sudah jauh dari Islam. Jauh dari cara hidup mengikut syariat Allah. Jauh dari Allah. *menangis bergolek2*

Jadi, apa kita perlu buat sekarang ?

Kita kena jadi baby balik lah. Yay ! Terasa diri comel sebentar. Uhuk. Siapa tak nak kan jadi baby semula. Suci, comel, gebu, orang nak cubit2, lempang2. Hohoh. Kembali kepada fitrah kita lah. Suci dari dosa, suci dari jahiliyah. Faham ke ?

Tidak mahukah anda jika ada seseorang akak jual2 ni offer sejenis supplement kesihatan yang awet baby ? Mantap tak mantap tu. Mestilah nak kan ? So, Allah dah offer kat kita dah produk ni. Jenama produk, Hijrah. Tapi bukan senang nak cari. Selalunya kalau tersepak batu dan tergolek dan terlanggar Datin Hidayah baru jumpa produk ni.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. 
(Al-Baqarah, 2:218)

Sila teruja ! Yay ! Terasa comel kali kedua.

So, sebelum kita ambik lah kan produk Hijrah tu, kita kena percayalah yang dengannya kita boleh menjadi baby. Eheh. Once kita dah beli, kita boleh lah teruskan bergolek2 bersama Datin Hidayah ni dan teruskan usaha menjual produk ni kat orang lain. Faham ke ? Sila faham ye. Kalau tak faham, kita setel kt bawah (komen).

Iman. Hijrah. Jihad.
Maka rahmat Allah lah yang kita harapkan,
Syurga Allah lah yang kita dambakan,
Yakinlah bahawa Allah Maha Pengampun dosa-dosa lalu hamba-hambaNya,
Yakinlah bahawa Allah Maha Penyayang terhadap semua hambaNya yang beriman.

Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa.  
Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik,  
agar Allah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan. 
(Az-Zumar, 39:33-35) 





=.=
Tarbiyah dzatiyah. Huh. Mencabar
Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana ‘ala dinika wa’ala tho’atik

Saturday, December 1, 2012

heyy, pemuda !

Ku lihat di luar jendela
hujan
kadang deras, kadang renyai-renyai
terdengar kicauan burung
girang bermain-main berterbangan
tenang hatiku, tenteram
merenung ciptaan Ilahi
Sang Pencipta segala

Ana akui, ana tak pandai nak berpuisi. Hurmm. Terasa diri ini perlu terus menulis. Harus istiqamah. Entah kenapa, tapi harus terus menulis. Amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang berterusan kan. Eheh.

Oh ombak ilham, hempaslah pantai fikiran ku yang tenang ini.

Merepek kerepek rempeyek. Ahha. Di kala musim cuti melanda seiring musim durian, berkumandanglah soalan-soalan yang sudahpun teradaptasi di telinga ini menanyakan "Cuti buat apa?". Kerap juga bibir ini gatal-gatal menanyakan perkara yang sama kepada orang lain =.= 

Masa lapang. Apa itu masa lapang ? Daie tak seharusnya tahu apa itu masa lapang. Kalau anda tahu, jangan terjun gaung ye akhi-akhi yang dicintai. Huh. Masa lapang itulah musuh kita ikhwah. Musuh orang muda. Ada orang kata 'masa lapang + pemuda = maksiat'. Hurmm. Setuju setuju setuju. 

Rasulullah SAW kita yang terchenta pun pernah cakap bahawa nikmat yang sering memperdayakan manusia ialah masa lapang dan kesihatan tubuh badan. Ini satu lagi, sihat tubuh badan. Rasanya sihat-sihat je orang muda sekarang. Malah ramai. So, ramailah yang berisiko terpedaya. Oh tidak :O  Sila tutup mulut anda. 


Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.


Gulp. Jom muhasabah. Kita samakah dengan pemuda yang Akhi Fathi Yakan cakap ? "Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula.Sila menangis bergelen-gelen sambil berguling-guling. 


Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar.
Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera;
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang;
Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan;
Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;


Pemuda memakmurkan alam. Apa maksudnya itu ? Khalifah lerr. Daa. Kita ni khalifah ! Lupa ke ? Inilah function kita yang Allah dah setkan. Dari awal penciptaan lagi. Tapi sedarkah anda ? Tin-tin kosong je yang ramai kat dunia ni. Pemuda ramai tetapi seperti kucing-kucing yang banyak berjalan-jalan tapi tak diendahkan. Sama ada takut dengan orang ataupun mengganas cakar orang. Syish kebab punya kucing. Eheh. Pemuda zaman sekarang, i mean bukan zaman moden dan era pencakar langit ni sahaja. Pemuda-pemuda 40-an hingga 80-an pun lebih kurang dua darab lima je. Heh. Abang Fathi Yakan cakap, pemuda ialah sumber tenaga Islam, tapi mereka sendiri telah dipergunakan oleh pihak lain. Untuk apa? Untuk selain Islam lah. Jelaslah kelihatan sekarang, apakah yang orang-orang muda sekarang berjuang dan berkorban untuk apa. Untuk hiburan, untuk teknologi, untuk pelajaran sekular, untuk pangkat, untuk populariti. Hampagas. Konklusi, untuk dunia.


Orang-orang yang beriman berperang dijalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang dijalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (An Nisaa':76) 

Food for thoughts. Apa yang kita perjuangkan or perangkan sekarang di dunia ni di jalan siapa wahai pemuda-pemuda ? Kita claim kita beriman tapi kita tak sanggup untuk berkorban di jalan Allah. Bukan nak cakap jihad, ramai je pemuda-pemuda sekarang tidak sedar pun mereka Islam. Oh. Mungkin sedar ketika mengisi borang dan hari raya aidilfitri dan aidiladha. Yang ok sikit, ketika solat jumaat. So berimankah kita ?

fuhh...bergaya =.=


Wahai pemuda ! Eh, syabab cam best jugak. 
Wahai syabab ! Ayuhlah kita sama-sama berpatah balik kepada asal tujuan kejadian kita. 
Janganlah jadi seperti tin-tin biskut yang sudahpun dibelasah isinya. 
Janganlah jadi syabab yang hensem kacak bergaya di luar dan di mata wanita tapi hambar di mata Allah. 
Janganlah jadi syabab yang jumud yang fikir bahawa dakwah ni untuk pakcik2 dan ostad2 je.
Janganlah jadi syabab yang hebat dan bersinar-sinar di gelanggang-gelanggang sukan tapi tak nampak batang hidung langsung di gelanggang-gelanggang ibadah.
Janganlah jadi syabab yang statik 

Jadi, apa kita perlu buat wahai syabab? Kalau kita tak buat kerja-kerja ni, siapa yang nak buat? Okay, ustaz pun boleh kan. Berapa ramai sangatlah ustaz nak dibandingkan dengan doktor dan ahli muzik. Ewah. Cukupkah ustaz-ustaz sahaja yang berjuang di jalan Allah. Allah dah janjikan ganjarannya wahai syabab. Malah Allah dah janjikan kemenangan pun. Tinggal kita nak join ke tak je. Just that. Lagi bergaya player-player bola yang beraksi di padang daripada orang-orang yang menonton match bola di kedai-kedai mamak. Eheh.









=.=
Alhamdulillah
Allah takdirkan ana solat sebelah pakcik bilal
Allah gerakkan hati beliau untuk menegur ana
Allah gerakkan hati ana untuk bertaaruf dgn pakcik tu
Hidayah Allah dtg dari mana2 je
Awesome !