Thursday, December 20, 2012

Baru dan Lama

Ketika Aman hendak pergi ke tempat tuisyennya dengan membawa kereta,


"Aman, hati-hati bawak kegheta tu. Sat agi ang terlanggaq apa-apa, naya je. Dah lah kereta baru" jerit Makcik Mah dari dapur nun jauh di belakang rumah. "Lagi satu, jangan bawak laju-laju. Jaga leklok kegheta baghu tu."


"Baik mak !"  jawab Aman dengan pasrahnya.


"Hish, ghisau pulak aku ngan budak nih. Tunggu mak sat. Mak pi hantaq hang lah. Kegheta baghu ni haa. Tak mau lah hang bawak. Sat agi ntah apa jadi ngan kegheta baghu mak."


=.=  <--- Aman buat muka macam ini

............................

Mula2 beli iPhone...


"Woosh, gile lah iPhone kot. iPhone 6 ke 7 nih ?"


"Eh2, jangan pegang, ni henset mahal kot. Bukan sembarangan org boleh pegang."
kata Ji dengan poyo dan kembang semangkuknya.


=.=

Sesudah setahun pakai iPhone...


"Eh, asal teghuk sgt ni iPong kau. Calar balar habes lah."


"Haha. Ni dah berapa kali jatuh dah ni." kata Ji sambil mencampak dan melambung-lambung henset dengan suka hati.
"Alah, kesah ape. Sat agi aku tukaq la. iPhone 10 kan dah ade."


=..=

.............................



Sedar tidak sedar, perkara ini mungkin berlaku kepada segelintir anda2 yang di luar sana. Bukanlah kereta dan handphone sahaja. Tapi, macam-macam lagi harta benda yang kita ada. Kita sangat-sangat menghargai benda yang baru. Tapi, once dah lama, kita mula rasa bosan dan buat tak endah je. 

Kalau nak difikir-fikirkan, Allah bagi kita nikmat setiap masa kan. Dari satu nikmat ke nikmat yang lain. Dari hari ke hari. Jadi, kita dapat nikmat yang baru lah setiap hari. Nampak tak permainannya di situ. Hurmm  *garu janggut

Persoalannya, setiap masakah kita menjaga nikmat yang Allah dah bagi kepada kita tu ? Manusia ni takkan pernah puas. Dah dapat satu, nak satu lagi. Rakus. Haha. Itulah kita. Saya manusia. Anda ? =.=

Siapa tahu nikmat apa yang paling best, yang setiap masa baru je yang Allah bagi ? Angkat dua tangan ! (pengaruh Adik & Al-Quran, which is interesting sebab ala2 usrah gitu. Eh)

Nikmat bersahabat dengan Akhi Taufiq dan Ukhti Hidayah lah. Kenal ke? Ok lah. Pakcik Taufiq dan Makcik Hidayah. Kenal ? Haa. Baru kenal. Yang tadi tu anak die, muda lagi  *otak weng merepek repek

Rasulullah SAW pernah berdoa kepada Allah, 

" Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayah, ketaqwaan, diri yang terjaga, dan kekayaan."
(HR Muslim)

Doa ini menjadi amalan Nabi Muhammad SAW ye. Sambil menangis. Believe it or not, seorang arRasul yang ma'sum, kekasih Allah, yang konfem2 Allah janjikan sorga, murabbi agung kita, qudwah kita memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan kepada baginda hidayah, 'huda' dan ketaqwaan 'tuqa'. Bukan sekali dua kali ye. When we say amalan, Rasulullah seringkali berdoa kepada Allah dengan doa ni. MashaAllah.

Kita pula bagaimana?   T--T

Inilah erti bersyukurnya seorang hamba. Rasulullah SAW sangat bergantung kepada Allah kerana baginda tahu bahawa dirinya hamba dan Allah lah Tuhannya. Bersyukur bererti bertambahnya ketaatan kita setelah Allah beri kepada kita ujian susah mahupun senang. Tidak cukup hanya dengan mengucapkan Alhamdulillah. 

Jadi, macam mana kita nak sentiasa bersyukur dengan Makcik Hidayah yang kita dah rasa masakan karinya? Hehe. 




Ini bermakna kita perlulah beristiqamah dalam amal kita, penghijrahan kita dari dulunya jahiliyyah yang erkk kepada sekarang. Penghijrahan ke dalam gerabak dakwah yang kacak dan bergaya ini. Orang-orangnye pun. Haha. Perasan.

Memang payah nak istiqamah ye tuan-tuan dan puan-puan. Tanyalah ustaz atau ustazah mana, takde nye yang senang lenang dengan gembiranya menanda borang mutabaah amal dengan penuh. Susah. Sebab apa kita rasa susah? Sebab Allah sedang menguji kita. Sila senyum lebar2 sebelum baca ayat di bawah.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  
(Al-Ankabut, 29:2)

Eh, sedih pun boleh gak. Haha. Tapi, sedar tak sedar, kita diuji oleh Allah. Maknanya kita berimanlah. Yeke ? Tepuk dada tanya iman ye. 

Kesimpulannya di sini, uhuk2, hargailah Makcik atau Datin atau Akak Hidayah tu ye. Jangan sampai kita melepas. Sebab apa? Sebab kita tidak tahu yang hidayah ni akan datang ketuk pintu hati kita lagi ke tidak. Jadi, peluk ketat2 dan sayangilah nikmat taufik hidayah yang Allah dah beri kepada kita. 


perkara baru memang kita suka jaga over2
kotor sikit pun terus basuh2 lap2
calar sikit pun dah merana sepanjang hidup

setelah kita kembali kepada fitrah,
hati kita dah jadi baru,
so jagalah hati kita jangan sampai ternoda
sebab susah jugak nak hilangkan kotor tu
kalau calar sikit, carilah ubatnya


Selamat mengamalkan doa di atas. Moga Allah terus memberi hidayah kepada kita dan moga kita terus thabat dalam gerabak D&T ni sampai kita syahid ! In sha Allah. Moga kita dapat duduk sama2 dalam syurga sambil2 menatap wajah Allah.

Allah 
Terasa di awangan
:')
,
,
,
,










=.=

kagum tengok akak2 dan abg2 retis yang dah berhijrah
mereka sudah kembali kepada fitrah
yang akak2, dari x pakai tudung, pakai tudung labuh terus
yang abg2, mmg nampaklah perubahan diorang 360 darjah

mereka tak kesah pun apa orang cakap
sebab diorang yakin 
bahawa fitrah mereka adalah hamba
yang HANYA mengharap redhaNya

*sangat mengagumi

p/s : tajuk sumpah pelik. xde idea 
   

2 comments:

Muhammad PeacemakerIslam said...

Oh phone Dan laptopku.
*kof kof.

Muhasabah diri bersama.
T_T

Inspector Saahab said...

menggugah jiwa !