Friday, December 14, 2012

Empat kelopak


Pada suatu pagi yang hening, burung-burung pun berkicauan. (oh, klisye giler)


“Ab, satu round lagi jom!”


Kata Umair kepada Mus’ab ketika mereka berjogging di taman berdekatan kolej mereka.


“Weh, tak larat weh. Sumpah. Sanggup kau tengok aku menderita?” keluh Mus’ab.


“Aku lagi lah tak sanggup tengok kau makan je keje. Kata daie. Kenalah qawiyyul jismi. Ingat kan ayat 2 ngan 3 surah As-Saff. Tak boleh cakap lebat je. Kena amal.” sindir Umair sambil tersenyum melihat Mus’ab.


“Aku tau. Kita rehat jap eh. Lima minit. Pleaseee !” jawab Mus’ab dengan membuat muka comelnya yang gebu.


“Okay boss besar. Hehe.”


Mus’ab dan Umair pun duduk sebentar sambil merehatkan badan di sebatang pohon yang rendang nan mengasyikkan.


“Fuh, pancit weh. Cane la kau boleh jogging tiap-tiap hari. Tapi best jugak. Lain kali ajak lagi.”


“Alhamdulillah. Aku dah dibiasakan dari kecik lagi. Tak mustahil lepas ni kau rajin jugak. Nak kurus kan. Oopss.”


“Haruslah !”


Suasana sunyi seketika. Umair melihat sekeliling menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Mus’ab pula termangu sebentar.


“Eh, asal tiba-tiba termenung ni ? Ingat mak ke ?” kata Umair memecah kesunyian.


“Tak ada apa-apa lah. Aku ternampak sekelompok bunga klover lah. Aku tengah try cari yang ada empat kelopak.”


“Oh, buang masa je cari.”


“Haa ! Aku dah jumpa satu.” jerit Mus’ab dengan kuat bagai taman tersebut dia yang punya.


Umair hanya mampu tersengih melihat gelagat sahabatnya.


Tiba-tiba, mata Mus’ab mula berkaca-kaca.


“Asal kau nangis ni ? Orang suka.” Umair bertanya kehairanan.


“Umair. Bunga klover ni macam kau lah.”


“Huh? Tak faham.”


“Ye lah. Kau kan satu dalam seribu. Bersyukur sangat Allah pertemukan aku dengan kawan macam kau.” Mus’ab pun mengusap air mata yang mula mengalir.  “Ah ! Asal tiba-tiba jiwang ni !”


“Kau nak tahu tak Ab. Kau tak macam bunga klover empat kelopak ni.”


“Aku tahu aku tak special sangat pun kan kat kau. Haha.”


“Eh, tak. Kau macam bunga klover empat kelopak tapi kat syurga yang penuh bunga klover yang aku harap aku dapat peluang untuk mencarinya kat sana nanti. Lagi susah nak cari.”


Mus’ab pun memeluk Umair dengan seerat-eratnya. Sungai air mata pun mengiringi suasana yang penuh ukhuwah.


“Ah, jom lah jogging lagi. Aku malu lah nak jiwang-jiwang lagi ngan kau. Blushing aku.”


“Eleleh. Makin comel kalau kau blushing. Ni buat aku sayang ni.”


"Ok, sudah cukup cukup sudah ! Ukhuwah overdose. Nanti pengsan aku. Nak jogging lagi kan."







subhanallah (._. )







=.=
Ukhuwah fillah abadan abada,
Dah lama tak jumpa ikhwah yang lain-lain daa.

Cerita ini rekaan semata-mata,
bab-bab buat cerita ana tak star.

rhymes are fun, but i have none :P

Rindu antum !
:’)

7 comments:

Inspector Saahab said...

:')

silap


T_____________T

anamuzakkar =.= said...

oowh

T._______.T

PEMBURUMASA said...

ok aku pon fail qawiyul jismi =.=''

'rhymes are fun, but i have none'
tolong aplikasikan penggunaan citation haha

p/s:tak perlu star buat cerita. yang penting hadaf dan ibrah yang bakal pembaca ambik ^.^

Ir Jinggo said...

uuuu~~

Akhi. said...

Weeehoooooo,

"ok aku pon fail qawiyul jismi =.='"

Kena bertaburan lagi la gini!
Hahaha

Habiburrahim said...

uhukk uhukkk...

:']
'
'
'
'

Tolong tadahkan
#Bising bising kat sini!

anamuzakkar =.= said...

betulkah anda fail qawiyul jismi ?
bukan hanya dengan bersukan ye akhi2 sekalian
banyak lagi cara kita nak kuatkan badan kita
jaga makan, tidak bermalas2, tidur cukup, itu semua cara2 kita utk dptkan qawiyul jismi itu

walaupun perit utk ditulis,
lebih perit untuk diamalkan

selamat beramal ikhwati fillah
:)