Saturday, August 18, 2012

JOM Raya !

Assalamu3alaikum
Hurmm...dah raya rupenye..pantasnya masa berlalu. Bak kata omputeh, 'Time flies like an arrow'. Tapi actually like a lightning. Sangat pantas. Dan setiap saat yang berlalu tu tak semua yg kita ingat. Maka muhasabahlah.

"Post pasal ramadhan xde, nak post pasal raya. Cett ~" kata Mat Ramadhan.

Huih. Marah nampak. Fuhh. Ana tak sempat nak post time Ramadhan. Tak ada masa nak mencari masa untuk meluangkan masa untuk menulis post. Hectic betul bulan Ramadhan tahun ni. 

Ana nak share perasaan ana. (perghh~ opennye..) Bukan lah perasaan sangat. Apa yang ana rasa. Ana rasa Ramadhan kali ni sangat berbeza dengan Ramadhan2 yg lepas. Sebanyak 18 or 17 kali yg lepas. Tak terkata bestnya Ramadhan kali ni. Tak terkata tapi inshaAllah tertulis. Hehe

Ramadhan berlalu dengan pantas. 29 hari bilangannya. Kalau dulu masuk Ramadhan je pikir nak raya. Tapi kali ni lain. Malam2 Ramadhan sering dinanti2. Tarawih. Tadarus. Tilawah. Tazkirah. Macam2 lagi. Rasa sangat hidup. Bulan Ramadhan ialah bulan yang hidup dan sungguh ajaib. Masjid penuh time tarawih. Surau pun penuh. Lafaz kalimah2 Kalamullah berkumandang di sana sini. Tak kira waktu. Tak kira usia. Yang muda mahupun yang tua. 

Paling best ana rasa, iktikaf kat masjid. Iftar bersama keluarga. Iftar bersama adik2. Iftar bersama ikhwah. Allah. Nikmatnya Ramadhan. Sampaikanlah aku pada Ramadhan yang akan datang ya Allah. 

Rasa sedih bertamu di hati tatkala memikirkan Ramadhan kali ini sudah berakhir. Moga Allah menerima segala amalan yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan kali ini. Taqabbalallahu minna wa minkum~

Sahabat. Janganlah jadikan Ramadhan sebagai penjara ibadah di mana pada masa itu sahaja kita beribadah bagai nak rak. Dah habis Ramadhan, terus meliar semula dan melakukan maksiat. Ramadhan bukanlah persinggahan bodoh dalam kerangka masa hidup manusia. Ramadhan ialah bulan yang suci dan menyucikan. Ramadhan ialah madrasah tarbiyyah yang terbaik yang Allah sediakan untuk hamba2Nya. 


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"                                                                                                                               
(Al-Baqarah : 183)

Allah syariatkan puasa di bulan Ramadhan ini supaya kita bertakwa.  Supaya kita dapat siapkan pakaian takwa untuk dipakai selepas bulan Ramadhan. Dan perkataan bertakwa dalam ayat ini adalah dalam fi'il mudhori' yang membawa maksud sedang berlaku atau berterusan berlaku. Faham ke ? 'Agar kamu bertakwa'. Bermaksud bukan hanya time puasa takwa itu. Malah selepas itu. Hurmm... =.=

Aidilfitri menjelang lagi. Fitri bermaksud fitrah. Fitrah pula bermaksud asal. Aidilfitri adalah saat di mana manusia berada dalam keadaan fitrah setelah memasuki madrasah tarbiyyah Ramadhan. 3 fasa dalam Ramadhan cukup untuk menyucikan seseorang dan menembalikannya ke dalam fitrah. Tetapi persoalannya, adakah kita sudah suci dan dalam fitrah ? InshaAllah. 

Bye2 Ramadhan. May we meet again. InshaAllah.
Hello Syawal. May we have a great time together  =.=








=.=
SHRMZDB
kosong-kosong ye
asif. gambar di atas ni je lah kad raya yg mampu ana buat..
hehe~AMAN !