Monday, February 24, 2014

Daie Itu Sensitif


Alhamdulillah. Baru sahaja selesai berbulatan gembira dengan hadek2. Suasana liqa sejak minggu lepas muram dan semangatnya tak sampai threshold. Kecewa. Tapi ana muhasabah. Adakah ana tak sensitif dengan mutarabbi ana? Jawapannya, tepat sekali.

Terjun gaung

Ana tak pasti ana sudah cukup sensitif, atau sudahpun sensitif ataupun terkadang terlalu sensitif. Hmm. Tapi yang pastinya daie itu sifatnya sensitif.

Ayuh kita renung dan tadabbur ayat dari surah At-Taubah yang tidak asing lagi, cewah..

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
[At-taubah, 9:128]

Allah telah membuka hati adik usrah sorang ni untuk menceritakan tentang masalahnya. Masalahnya ialah study. Rasa seperti nak give up. Statement yang paling sentap ialah, "Rasa dah macam jadi hamba penaja dah. Tak ada kebebasan langsung."

Ana terdiam. Bagi ana, dia tak salah. Keadaan memaksanya. Wallahu a'lam, ana percaya bahawa dia cuba untuk ikhlas, belajar kerana Allah, belajar kerana dakwah dan tarbiyah. Tapi, keadaan memaksanya dan dia pun menjadi mangsa keadaan. Moga Allah mempermudah urusan adik usrah ana dan yang lain2 juga.

Menjadi murabbi bukanlah hanya datang usrah dan bentang segala bahan yang ada dalam kepala otak ditambah lagi dengan bahan-bahan di dalam PDF dan buku. Tidak sama sekali. Kita mentarbiyah orang. Apa yang mutarabbi nak, kita beri. Itulah peranan murabbi yang sebenar. Murabbi tidak boleh ego saat mutarabbinya seolah tidak menerima  apa yang disampaikan. Murabbi haruslah lebih sensitif dengan keadaan mutarabbi pada masa ke masa.

Sudah terang lagi bersuluh. Allah sebut dalam ayat di atas. Betapa Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan mad'unya. Para sahabat sangat dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan oleh Rasulullah SAW. Hasil daripada tarbiyah dari Allah SWT dan juga dakwah baginda yang tidak berbelah bagi. Yang ikhlas hanya kerana Allah.

yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu

Kesusahan mad'u menjadi kerisauan daie itu sendiri. Begitu juga sebaliknya. Boleh jadi, kerana kurangnya perhatian dari daie atau murabbi itu sendiri menyebabkan mad'u menjadi lemah, tak bersemangat, terzalimi. Kerana haknya tidak dipenuhi sebagai seorang mutarabbi.

yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu,

Daie itu konfirm bukanlah orang yang memikirkan tentang diri sendiri. Nak jadi baik sorang2. Pastinya bukan. Murabbi sepatutnya memahamkan mutarabbi dengan amal-amal yang boleh mendekatkan dia kepada Allah. Yang membawanya ke arah memahami fikrah dengan lebih jelas. Fikrah tarbiyah dan dakwah. Dan pada saat itu inshaAllah dia akan lebih memahami urgensi terhadap amal yang paling utama dan muntij untuk dia lakukan.

(dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

MashaAllah. Tarbiyah dan dakwah. Ditambah pula dengan kasih sayang. Mana lagi nikmat yang hendak kau dustakan ! Cewah. Hanya orang yang faham akan merasa bahawa dakwah kita ialah dakwah kasih sayang. Kita sayang mutarabbi kita so kita tak nak dia masuk neraka. Kita tak nak dia tidak beramal. Kita nak mereka mendapat hidayah sama seperti kita. Kita hendak melihat dia beramal seperti kita, bahkan lebih hebat lagi. Ada orang kata, "Kita sepatutnya mentarbiyah mutarabbi kita seolah-olah kita sedang membina the next mursyidul am". 

Jadi ikhwati fillah. Teruskan beramal. Teruskan menyantuni mutarabbi atau mad'u kita sehabis baik. Dengan kasih sayang pastinya. 

Dan jadilah daie yang sensitif !






=.=
Subhanallah
nikmatnya membawa usrah
diri sendiri ditarbiyah
nampak kelemahan diri sendiri

Ayuh perkemaskan langkah !

Allahu ghayatuna !!!

No comments: