Wednesday, June 20, 2012

baru ku sadari

Assalamualaikum wbt
^__^Y


Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar
Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar
Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar


Bersyukur ke hadrat Allah SWT sebab memberikan ana kesempatan untuk menulis blog ini setelah sekian lamanya. Fuhh. MashaAllah brader~ (pengaruh seorang akh...hurmm  =.=  )


Setelah seminggu berpergian dari rumah. Tak sampai seminggu pun. 5 hari demi D&T yang dicintai dan redha Allah yang diharapkan. InshaAllah brader~ Ingin ana nak berkongsi satu perkara yang ana pelajari dari konferens riang yang osem, hoyyeah, dan pastinya smart nih  ^^


Seronok sangat dapat berukhuwah dengan akh2 kolper sekalian. Manis sungguh gula2 ukhuwah ini. Barulah terasa bahawa dakwah ana dan sahabat2 lain adalah dakwah SS  (syok sendiri~). Semua ikhwah bercakap dalam bahasa yang sama. Kerana apa ? Pastinya kerana fikrah yang sama dan peranan yang sama. 


Ana jadi driver sementara pada konferens tersebut. Alhamdulillah. Abg2 osem obersi cakap kalau pandai bawak kereta ni adalah satu kelebihan yang hoyyeah sangat2 kalau kat luar negara nanti. Perghh~ (okay..hidung kembang kempis sebentar...dah2 hidung ! Berhenti !  )


Dalam perjalanan pulang setelah sesi tadabbur 'alam ciptaan Allah yang sememangnya mencelikkan mata akan kebesaran Allah SWT, sedang ana asyik menjadi driver bersama mata dan badan yang kelelahan, seorang akh yang berada dalam kereta tersebut dan telah berBM (uuu~) pun mengeluarkan satu statement setelah melihat sebuah kereta yang membawa dua buah basikal di atas keretanya. Berikut adalah perbualan yang telah dirakam oleh minda ana atau lebih tepat hati ana  ^^


"Akhi, perasan tak orang Selangor ni suka cycle kan?" 
"Err. Ye kot. Eh. Aah lah. Betul2." 
"Rakyat Malaysia sekarang ni dah sedar untuk menjaga kesihatan. Kalau kita tengok dulu2. Persepsi orang. Kalau orang bawak basikal je dikatakan miskin. Bawak kereta kaya. Tapi sekarang ni ada jugak orang yang sanggup berhabisan duit beribu-ribu untuk memenuhi kehendak mereka berbasikal sebagai hobi." 
"Aah lah. Betul2."
(anamuzakkar ooii...xde jawapan lain kah  *___*  ) 
Akhi tersebut menyambung, "Sebab apa? Sedar tak yang orang2 ni kalau dah faham sesuatu, dia akan buat ? Contohnya basikal ni lah. Bila diorang dah faham yang berbasikal ni menyihatkan badan, baru diorang buat. Malah ramai pulak yang berbasikal nowadays." 
"Ni mesti nak kaitkan dengan D&T ni. Mesti punya. Ikhwah ni. Mestilah pasal tu." monolog dalaman ana ketika itu.  
"Macam itu jugalah dakwah dan tarbiyyah ni. Kalaulah orang faham akan makna sebenar D&T ni, pasti diorang akan terus buat. Dan akan ramailah orang yang faham dan buat dakwah. Tapi bilalah kan ? " 
"Hoyyeah..bullseye" monolog dalaman lagi. Hakikatnya apa yang ana cakap, "Betul2"  (~hampagas~)


Situasi sebegini banyak lagi. Cumanya kita tak sedar2. Fenomena2 besar yang berlaku di dunia ni terjadi kerana orang2 faham tentang sesuatu hal itu. Contohnya fenomena bola. (Amboi~GF nye contoh) . Ah. Abaikan. Permainan bola sangat disebut2. Ana ulang semula. SANGAT disebut2 di mana2. Kan perkataan "GOAL !" difahami oleh SEMUA orang dalam dunia ini. Nampak tak ? Kalau orang FAHAM, orang akan SUKA dan BUAT. Itu fitrah manusia. Manusia takkan buat kalau dia tak faham dan suka benda itu. Lainlah kalau terpaksa. 


Sesungguhnya semua ikhwah hebat bila mana mereka dah betul2 komited pada D&T nih. Fuh. Peluh deras. Banyak lagi cerita2 yang ana dapat daripada akh yang seorang ni. Tapi, rahsia. Hehe. 


"Anamuzakkar zalim ! Menyembunyikan kebenaran ~" kata orang yang nak kena pukul.


InshaAllah brader ~ kalau ana berkesempatan lagi, ana cerita ye. Eii. Nak kena pukul orang nih. Haih. Wassalam. Kbaitengs (okay bye thanks)












=.=
Masih merindukan suasana tarbawi yang osem
Ya Allah, kuatkanlah ana menempuhi fasa TZ ni semula
A'uzubi rabbinnas !

3 comments:

Inspector Saahab said...

banyak kerja nk buat ni t.t

Muhammad PeacemakerIslam said...

Roger out...
will take not about it..

p/s : hee..jelesnya dapat bawak kereta..

AinNur Raudhah said...

Mulakan gerak kerja dari sekarang, InsyaAllah perjuangan yang ikhlas akan istiqomah dengan D&T akh ^^