Thursday, June 21, 2012

alhamdulillah :)

Bismillahirrahmanirraheem
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini hari jumaat
Penghulu segala hari
Tatkala ana mengenangkan Ramadhan yang bakal tiba
Ana terasa sayu
Sebelum ini ana tak pernah pun rasa tertunggu-tunggu bulan Ramadhan
Kini, ana faham kenapa ramai yang merinduinya
Terdetik di hati ana
Sempatkah ana merasai Ramadhan pada tahun ini ?
Sempatkah ana menikmati kemanisan ibadah pada bulan Ramadhan pada tahun ini ?
Kerana apa ?
Kerana maut boleh datang bila-bila masa sahaja
Persoalannya sekarang
Cukupkah 'amal ibadat ku ?
Adakah 'amal aku selama ini maqbulan min 'indiLlah ?
Sudahkah aku menjalankan tugas sebagai hamba Allah dengan sebaiknya ?
InshaAllah, hanya Allah SWT sahaja yang tahu
Tapi di sudut hati ana
Ana merasa sangat bertuah dan gembira
Kerana apa ?
Kerana ana sempat merasai dan memahami seronoknya
Dakwah dan Tarbiyyah
Kerana ana sempat merasai kemanisan
Ukhuwah
Kerana ana sempat merasai
Dikelilingi dan disayangi oleh hamba-hamba Allah
Yang sentiasa mencari dan mengharapkan redhaNya
Yang memahami tujuan hidup mereka
Yang mahu menyebarkan kefahaman Islam kepada orang lain
Yang berjuang demi Islam
Jadi, ana yakin
Jika maut menjemput ana
Pasti ramai yang akan mendoakan ana
InshaAllah
Mak
Ayah
Kakak
Abang
Saudara-mara
Ikhwati fillah
Moga kita semua berjumpa di syurga nanti
Moga usaha yang kita lakukan diberkati Allah
Moga segala usaha kita menjadi saksi pada hari kemudian
Moga ilmu yang kita kongsikan dapat dimanfaatkan dan dijadikan bekalan di akhirat kelak
Moga segala yang kita infaqkan pada jalan ini dapat menjadi bekalan di akhirat kelak
Kemenangan Islam itu memang pasti
Jadi, janganlah berhenti
Untuk tetap thabat pada jalan ini





 =.=
terharu sebab terpilih di jalan ini
Ya Allah, thabatkanlah hatiku ini untuk terus tabah
menjalankan misi dakwah warisan Rasulullah SAW ini

9 comments:

Inspector Saahab said...

Dikelilingi dan disayangi oleh hamba-hamba Allah
Yang sentiasa mencari dan mengharapkan redhaNya
Yang memahami tujuan hidup mereka
Yang mahu menyebarkan kefahaman Islam kepada orang lain
Yang berjuang demi Islam

T-T

anamuzakkar =.= said...
This comment has been removed by the author.
anamuzakkar =.= said...

:')

Ana Pengembara said...

serius, tertunggu2 :')

musheh said...

sy pun baru dalam punya perasaan utk tertunggu-tunggu ramadan. sobs sobs

anamuzakkar =.= said...

ana pengembara & musheh: ana pun tertunggu2 *___*

ReSaH said...

Azra..! =)

Alhamdulillah sampai jugak kat blog anta.. hehe

Nabi ada cakap, kalau sayang seseorang tu, cakap kat dia:

"Uhibbuka Fillah Akhi"

Jaga diri baik2 ye Azra. Ada rezki kita jumpa lagi iA.
;')

anamuzakkar =.= said...

uhibbuka fillah jiddan aidhon :)
kata org rezeki perlu dicari..hehe..so kene usaha ni utk jumpe~inshaAllah brother

Ir Jinggo said...

Salam ukhuwwah dari Jinggo.. :)
moga kita sama-sama doakan untuk sama-sama terus kekal di jalan ini