Tuesday, June 12, 2012

Nak buat tajuk ape ye =.= ??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bismillahirrahmanirrahim
Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
It starts in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Sesungguhnya Rasulullah memulakan segala perbuatan dengan basmalah
Eloklah kita amalkan. Bukan susah pun.


Lately, ana baca buku Hati Sebening Mata Air oleh Amru Khalid. Diberi oleh kakak ana. Matur nuwun. MashaAllah. Baru baca dalam satu bab lebih. Rasa tertusuk2, tertembak2, tertumbuk2 diri ini. Bab pertama yang disentuh ialah Ikhlas. Rasa macam nak cerita semua. Salin semula. Tapi, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh beli kot. Di toko2 buku di seluruh Malaysia. Okay. Jadi promoter sebentar.


Dalam buku ini ada kata2 oleh Al-Junaid 
"Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNya. Ia tidak diketahui malaikat, sehingga ia tiada kuasa untuk menuliskannya. Tiada pula diketahui syaitan, sehingga ia tiada kuasa merosaknya."
Sebegitu hebatnya ikhlas ini. Ikhlas ialah di mana perbuatan yang kita lakukan hanya untuk dipersembahkan kepada Allah sahaja. Niat murni hanya untukNya. Tidak boleh bercampur dengan benda2 lain seperti tanggapan orang dan sebagainya. Allah berfirman 
"Katakanlah : 'Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya'." 
(Az-Zumar : 11) 
Murninya niat yang kita perlu cari ialah semurni susu lembu sepertimana Allah telah umpamakan dalam Al-Quran sendiri


"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang2 yang meminumnya." 
 (An-Nahl : 66)

 Selama ini ana tak sedar dan mungkin sahabat2 tak sedar. Bagaimana susu boleh tidak tercemar dengan tahi dan darah walaupun hakikatnya tempat susu itu bercampur dengannya. Tapi, ada ke kita minum susu rasa tahi atau darah ? Subhanallah. Allah Maha Hebat. Maha Teliti. Jadi, dalam ayat ini, Allah mengatakan "Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar2 terdapat pelajaran bagi kamu.". Allah menyuruh kita merenung pada binatang2 ternakan ciptaanNya. Allah menjadikan susu yang keluar daripadanya bersih tanpa campuran apa pun. Begitulah seharusnya kita memurnikan atau membersihkan niat kita daripada bercampur dengan niat2 lain. Perumpamaan yang sungguh hoyyeah.


Baca punya baca, ana terfikir, ikhlaskah kita dalam beribadah selama ini. Contoh2 keikhlasan yang diberi dalam buku ini sangatlah osem. Sumpah *__*  (kagum~~) Ana rasa takut juga kerana syarat beribadah ialah menepati syarak dan niat IKHLAS kerana Allah. Betulkah selama ini kita ikhlas ? 


Kalau kita perasan la kan. Kita susah nak ikhlas dalam perkara yang kita biasa lakukan. Yang sudah menjadi rutin. Lalu mulalah rasa bosan dan mula main2. Contoh yang paling dekat dgn diri yang marhaen ini dan sahabat2 mungkin. Study. Hurmm
"Tak ada contoh lain ke?? Huh." kata semakhluk Allah sambil menarik muka bughukknye.
Shh. Senyap. Serius ni. Arghh. "Ketika ketaatan berubah menjadi sekadar kebiasaan, berkuranglah rasa ketaatan dalam beribadah tersebut." Hendakkah kita menjadi begini ? Therefore, di sinilah tajdid niat memainkan peranannya. Heh. Niat macam mana ? Niat kerana Allah. Niat untuk memperbaiki diri. 


Contoh 1. Setiap hari muslimah pakai tudung. Tapi, lama2 ada yang tukar stail. Ada yang semakin pendek. Semakin ntah apa2. Semakin labuh (bagus2~calon zaujah). Ini sebab apa? Niat mereka tak jelas dari hari ke hari. Jadi, tipsnya bolehlah niat begini. Ni dalam buku ni tulis. Tanya kepada diri sendiri, "Mengapakah aku memakai tudung?" Maka jawablah dengan tegas, "Taat kepada Allah, menjalankan perintah RasulNya, bertasyabuh dengan wanita mukmin, malu kepada Allah dan inginkan redhaNya. Maka, aku ingin sekali memakai tudung dan setiap hari aku perbaharui niat di hatiku."


Contoh 2. Niat belajar kerana apa ? Sebab mak suruhkah? Sebab tuntutan kerajaan kah ? Sebab makcik sebelah rumah duk mengata kita tak belajar kah ? Ke sebab apa ? Haa. Dalam buku ini ada dinyatakan cara membetulkan niat. Contoh2 niat, "Aku akan belajar kerana orang soleh tak layak gagal. Aku tak nak mencemarkan nama orang mukmin yang soleh." . "Aku akan belajar hingga aku memiliki kedudukan terhormat di masyarakat, lalu aku akan menyeru manusia kepada Allah SWT. Aku akan gunakan sihir aku itu semaksima mungkin untukMu ya Allah."


Rase macam nak salin semula semua yang dalam buku ini. Lain kali, ana cerita lagi. Sebab memang perghh. Memang osem. Ni tak masuk bab riya' lagi. Allahu Akbar. Sungguh menyentuh hati ini. Amru Khalid ini merupakan seorang ustaz dan da'ie muda yang berkecimpung dalam hal "management hati". Time ana tau ni ana rase macam "Patutlah. Hebatnya orang ni !" Beliau mampu menyentuh hati kerana apa ? Kerana beliau menulis dengan hatinya. 


yay ! ada pun gambar. Jzkk pakcik google  =.=





=.=
seronoknye esok
xgi lagi dh rase seronok
inshaAllah akan bersua kembali dgn ikhwah tercinta
sob2~
tentang tajuk di atas...itu niat semata2
heh :P

10 comments:

Muhammad PeacemakerIslam said...

Kenapa kita tulis blog?
"Taat kepada Allah, menjalankan perintah RasulNya, " harapan skema jawapan yang perlu dijawab sang hati.

Tajdid niat bersama..

dush dush..:)

AinNur Raudhah said...

Oouch3x..
Ikhlas umpama seekor semut Hitam,
Di atas batu yang Hitam,
Tika malam gelap gelita~

Ana Pengembara said...

Oucch di situ...

T_____T

Shukran atas perkonsian akhi AM yg cute.. Weeee

anamuzakkar =.= said...

nampaknye semua terouchh~
hee...so sebaiknya kita kene sentiasa perbaharui niat
Khalifah Umar Abdul Aziz berniat dalam setiap lgkh beliau ambil . mashaAllah
sucikan hatimu
~hatiku, hatimu~

Ninja Mesir said...

serius..tersentap...
memang payah unutk ikhlas sentiasa
tajdid niat itu penting..

Inspector Saahab said...

KENAPA TULIS BLOG
errr...kekadang terlintas mncari populariti wahahaah.
astaghfirullah....

anamuzakkar =.= said...

kenapa nak jadi popular ?
mungkin populariti boleh juga dijadikan target dlm menulis blog supaya dapat reach ramai org...
TAPI berbalik kepada niat utama juga..
redha Allah~

Ir Jinggo said...

inspektor saahab: populariti sbg alat, utk mencapai matlamat.. eheh.. semua dh nk kaitkan dgn alat n matlmat dh skrg ni :P

Inspector Saahab said...

ir jingo : hahak :P
now we get it. apa itu alat dan matlamat. tidak keliru. sebarkan bahagia :)

anamuzakkar =.= said...

jom kejar populariti
o.O