Monday, April 2, 2012

mama & papa



Assalamualaikum sahabat2 sedunia
apa khabar iman anda ? (soalan cliche)
ooppss... how are you and your iman ?
for this post, i want to talk about the importance of us, as children to do good deeds to our mama and papa...
mama and papa is the most righteous to be loved after Allah and Rasulullah
like in the song 'My Mother' 


who should i give my love to
my respect, and my honour to
who should i give the most to
after Allah and Rasulullah
comes your mother
who next ?
your mother
who next ? 
your mother
and then your father


the post below is in malay because it is copied from my CTIS assignment
also written by me
inshaAllah we can take all the possible ibrah that we can get
and muhasabah yourself and me myself
what have we done to our mama and papa ?
are we rightful to be in the jannah ?
assignment for you and for me !!



1.     Diredhai oleh Allah SWT


Menghormati ibu bapa pastinya membawa kepada banyak kelebihan terutamanya kepada anak-anak itu sendiri. Rasulullah telah bersabda dalam hadithnya :



Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah telah menerangkan bahawa redha Allah dapat dicapai dengan kita berbuat baik kepada ibu bapa untuk mendapat redha mereka. Redha di sini membawa maksud disukai dan disayangi. Jika kita mencintai ibu bapa kita sepenuh hati kerana Allah, kita akan memperoleh cinta Yang Maha Mencintai. 




2.     Mendapat ganjaran syurga


Kasih ibu membawa ke syurga dan syurga terletak di bawah kaki ibu. Itulah kata-kata yang sering diungkap untuk menunjukkan betapa pentingnya ibu dalam hidup seseorang. Tanpa ibu dan ayah, kita tidak akan wujud di dunia ini. Allah telah melahirkan kita di dunia ini tanpa memberikan kita pilihan untuk memilih ibu bapa. Jadi, ibu dan bapa memang tiada gantinya di dunia ini. Birrulwalidain atau berbuat baik kepada ibu bapa menjanjikan syurga buat seseorang. Tanpa redha ibu bapa, seseorang itu akan diharamkan untuk mencium bau syurga apatah lagi memasukinya. Ini kerana seperti yang telah diterangkan di atas, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda




“Barangsiapa ketika paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika pada pagi lagi telah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.”


3.     Mendapat keampunan daripada Allah SWT


Ingatlah pesanan Nabi SAW :



“Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa : Buatlah apa sahaja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkanlah berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu bapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.”


Diterangkan di dalam hadith ini, sebanyak manapun amalan kita, jikalau kita tidak menghormati ibu bapa, amalannya akan menjadi sia-sia. Allah memurkai golongan ini dan tidak akan mengampunkan mereka selagi mana mereka tidak berbaik-baik dengan ibu bapa mereka.

“Tersebut satu riwayat yang mengisahkan seorang abid yang dimasukkan ke syurga kerana redha Allah tetapi abid ini meminta agar dihisab supaya dimasukkan ke syurga kerana amalannya. Setelah dihisab, ternyata amalannya tidak mengatasi rahmat dan kurniaan Allah.


ps : mula2 bajet bri 'silent t' ish... sebab nak test IELTS . rabbi yassir wala tu'assir...~Amin

1 comment:

Inspector Saahab said...

bri'silent'ish ? serius tak faham