Sunday, April 15, 2012

BULAT


Assalamualaikum

Apa itu bulat ???
Trivia kan. Bulat itu satu cantuman titik yang bergerak pada jarak yang sama dari satu titik yang sama. (bantai je~ kisah ape)
Tak trivia langsung pun.Tadika dh belajar dah.

Abaikan perkara-perkara di atas. (kenapa aku mula mengarut ni   =.= ??... ni semua gara2 Inspektor dan Inche). Apa khabar iman anda semua ? Jangan tanya Iman. Tanya diri sendiri. Ingat balik apa yang anda lakukan tadi, semalam, kelmarin... semakin meningkat ke ? InshaAllah.

Ya Allah, tetapkanlah imanku dan tingkatkanlah imanku dari hari ke hari. Amin~

Ni graf iman yang sepatutnya...

haji google mari~

Iman seseorang memang naik turun, has ups and downs tetapi in increasing trend (masuk statistics pulak dah). Maaf bahasa pasemboq. Jap, nak cerita pasal ape ni ??

Merujuk perkara di atas, Bulat. Bulat itu penuh. Kalau tak penuh, tak bulat lah. Circumference penuh. Sama
jugak dengan Islam. Islam itu penuh. Kalau tak penuh, tak Islam lah. Cara hidup penuh. Compare2.

Bulat : Islam
Circumference : Cara hidup

Hoyeah. Maths. Equation ini rekaan semata2. Islam bulat dalam erti kata lain, syumul. Arab sikit~ Syumul bermaqsud menyeluruh (macam bulat). Tak boleh suku, tak boleh setengah, tak boleh enam per seratus tiga puluh empat. Kena whole number iaitu 1. Kalau 2 tu dah lain.


Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. (nampak tak ada satu je..sape cakap ade banyak~kasi hajaq sikit)

Islam perlulah dipraktikkan, diamalkan, diimplementasikan secara syumul . Bukan hanya ketika solat, puasa, dan amalan2 cliche yang lain2. Time kita buat assignment, drive, tengok TV, main bola, tulis blog (hmmm...), dll. Semua kerja kitalah senang cerita memang berkaitan dengan Islam. Tak boleh lari walaupun selaju Usain Bolt. Contoh, main bola. Time solat, segak berjubah, berminyak attar...memang perghh. Kalah Sheikh. Time main bola, tunjuk batang pisang berkurap (peha). Keliru ke ? Aurat vary ke untuk lain2 kerja ? Pelik2. Itu semua fitnah ! (nada suara Mr William) Semua itu hanya peraturan yang ditetapkan oleh manusia. Boleh je main pakai seluar panjang. Tak patah pun tulang. Heee. Perempuan pun same. Bukan time solat je tutup semua. Time luar solat tutup sikit2 je. Sebab apa ? Sebab kehendak orang. Semua nak ikut trend. Semua nak tiru orang. Ish. Tak pahamlah. Benci3.

Satu lagi contoh cheq nak biaq pi hang tau ni, selalu kat radio era, hot, cold dsb. Prasan tak lagu islamik (nasyeed~) pasang time sebelum dan selepas azan je. Pfftt~ ala2 'Berehat sebentar bersama Kit Kat'. Mane boleh 'Islamik sebentar bersama Solat'. Sangat tak cool.

Tak ingat ke masa kecik2, mak ayah selalu cakap, “Jangan mencuri! Allah nampak. Hayookk! Tak tayok~” (tergelak sebentar....zzzipp) Allah sentiasa memerhati kita. Bukan time solat je. Syukurlah Allah still nak tengok kita, bagi nikmat kesihatan kat kita, bagi baju kat kita. Allah kan sweet. Dia tak pernah offline dengan kita. Kita je manusia yang kadang2 lupa nak sentiasa online dengan Dia. Habis solat je log out. Pffftttt~ Tapi yang aku tak puas hati. Manusia selalu lupa. Bukan kadang2 dah. Semua gara2 Jahiliyyah. Arggghhh!! Dush3!~

Sekian daripada saya. Post mengarut pertama dan mungkin terakhir. Mungkin sebab kena chicken pox. Pok pok pok pok (bunyi ayam The Chicken Rice Shop~)
Assalamualaikum. Dakwah mode. Study mode. Rumah mode. Chicken mode. Hee
^____^

8 comments:

irawati ahmad said...

kita semua kena paham betul2 Islam dan praktikkan ia dalam setiap detik, setiap langkah seiring setiap hembusan nafas kita. Baru jadi Bulat insayAllah =)

Inspector Saahab said...

menarik.
terkesan.
dush3x
tingkatkan amal
kurangkan gula
eheh

Ana Pengembara said...

menarik3 ^^..

Sangat sempoi bahasanya, tapi tak sama ngan Insp. dan Inche. (harap maaf)

Terasa betul. Haiya..

Get well(telaga) soon... Pok pok pok pok pok pok pok pok....

Ana Pengembara said...

*igtkan Ana Muzakkar yang BULAT.. o^^o

Inspector Saahab said...

CHILL CHILL.
tak perlu la nk ikut inspector yg tah pape tu azra.
saya suka awak tulis cara awak.
saya mudah tersentuh. T___T

- Agunci - said...

Salam ziarah.

Sang kura-kura itu berjaya kerana konsistennya dia dalam berjalan.

Belajar dari kesungguhan sang kura-kura ! :D

- Agunci - said...

Suka tengok graf tu. Dulu penah bincang ramai-ramai. Hehe.
Terima kasih atas perkongsian.

azyulail azra samsuddin said...

jzkk . inshaAllah graf konsistensi tak flat tapi meningkat . hehe .