Sunday, August 18, 2013

Allahu Musta3an !

Fuh. Penat balik dari kampung. Entry ni ana hajat nak tulis sebelum balik lagi. Tak berkesempatan. Allah tak izinkan. Jadi inilah masanya.

Mood raya masih tak habis lagi. Alhamdulillah. Dah sedikit tenang bile dah dapat result hekzem. InshaAllah kerjaya pilihan - kononnya - dapat dikecapi. Masih jauh perjalanan. Fuh. Rasa bahagia bercampur sedih. Di saat berdebar2 menanti result, seluruh dunia digemparkan dengan krisis di Mesir. Mood terus hilang nak ambil result. Mulalah mencari segala update tentang ikhwah akhowat di sana. Segala post tentang result buat tak tahu saja. Tak berhenti memikirkan tentang mereka yang berjuang di sana. Tetapi diri sendiri masih lena dan leka diulit selimut yang lembut dan toto yang empuk. Jahiliyah keliling pinggang. Berangan lebih. Semangat cakap nak tegakkan Islam sampai UA. Tapi amal macam biskut. Kejap ada kejap tak ada. Lembik.

Angka syahid sudah melebihi 2000. Seorang akh kata, "Kuota syurga semakin berkurang". Wallahu a'lam syurga ada kuota atau tidak. Tapi yang pastinya syurga itu eksklusif. Dan hanya orang2 yang hebat saja yang layak. Ikhwah akhowat Mesir adalah benchmark yang nyata yang kita boleh lihat sebagai requirement nak masuk syurga. Ala2 grade boundaries pulak. Eheh.

Ujian demi ujian menimpa mereka. Semestinya ada sebab mereka diuji sebegini. Mari kita tadabbur dua ayat berikut.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(Al-ankabut : 2) 

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.(Al-Ahzab : 11)

Mereka diuji kerana mantapnya aqidah mereka yang seteguh karang. Kerana melangit tingginya keimanan mereka. Kerana kekhusyukan ibadah mereka. Dan pastinya ujian Allah ke atas mereka tidak lain tidak bukan untuk meninggikan lagi martabat mereka. Ujian Allah bak goncangan yang dahsyat dalam hati2 mereka untuk menguji keteguhan iman mereka. Peristiwa ini juga kalau kita lihat sepertimana keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu Perang Al-ahzab. Mereka diuji dengan ujian yang bukan calang2. Hati2 sahabat semuanya bagai digoncang kuat. Timbullah keraguan di hati mereka. Namun dgn iman mereka pada janji2 Allah dan Rasulullah, mereka teguhkan hati dan tidak berputus asa. Dan Allah memberikan pertolongan dari tentera2 malaikat. Subhanallah.

Hidup mulia atau mati syahid. Itulah cita2 seorang muslim. Yang sebenar. Dengan cita2 ini pastinya tiada lagi ketakutan di dalam diri menentang musuh2 Allah. Dgn cita2 ini, segala cita2 lain yang bersifat materi seperti tiada makna sama sekali. Percayalah bahawa musuh akan gerun kepada kita bilamana perjuangan kita berasaskan kepercayaan ini. Siapa tak takut nak berlawan dengan orang yang nak mati. Allahu akbar!

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.(Al-baqarah : 154)

ketahuilah bahawa mereka tak mati. Tapi hidup di sisi Allah. Tiada yang lebih indah kan daripada dapat berjumpa Allah. Kerana ghoyah kita hanya Allah. Bukan dunia. Bukan manusia. Bukan syurga.





Ayuh kita muhasabah diri. Sudah di tahap manakah kita dalam tarbiyah dan dakwah ini. Banyak mana komitmen dan kesungguhan kita dalam jalan ini? Bersediakah kita untuk menghadapi situasi seperti ini? Kerana percayalah jika kita masih kekal di jalan ini, bakal ada ujian yang sangat dahsyat menanti kita. Wallahu a'lam dalam bentuk apa yang Allah nak bagi. So kita kena bersedia dari sekarang lagi.

Silalah cakna terhadap masalah ummat. Krisis Mesir ini bukan masalah Mesir semata-mata. Bukan hanya perjuangan rakyat Mesir. Barangsiapa yang tidak ambil peduli nasib saudara mereka di mana-mana pun, mereka tak perlu nak mengaku saudara. Pergilah dirimu dengan dirimu sendiri. Memang hidup ini untuk hibur diri sendiri je. Uhuk. Emo jap.

Ayuh... teguhkan hati ! Kuatkan diri untuk mengorak langkah. Menuju Allah. Di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Moga kita bersama para syuhada' di syurga nanti. Boleh sembang2 kat sana. Ewah. InshaAllah.

Moga Allah memberikan kemenangan kepada para mujahidin di Mesir. Moga Allah tempatkan mereka di kalangan para syuhada'. Moga Allah teguhkan hati mereka dan memberi istiqamah kepada mereka untuk terus bertahan. 







=.=
untuk hapdet tentang Mesir
silalah usha page 'Mesir Kini'
InshaAllah ini sumber yg paling istiqamah dan sahih
Kalau nak cari kat BH dgn Utusan je ...
memang sampai ke tua lah takkan tahu

Jom ramai2 tukar profile picture fb dgn gambar ni ~(=.= ~)



Jom kita doa untuk mereka di sana !
Jom qunut nazilah ! (boleh Google~)
Allahu musta3an !

Wednesday, August 7, 2013

Sungguh indah malam itu...


Selesai Azlan solat Maghrib berjemaah bersama keluarganya, telefon berdering. Lagu raya. Ironi. Dilihatnya skrin handphone pemberian abang. Mustaqim. Lalu, Lan angkat.

"Assalamualaikum Lan. Jom pergi minum2 lepas terawih."

"Eh, Aqim. Kat mana?"

"Tempat biasa dulu dulu. Bistro. Aku belanja."

Dengan pantas Lan mengenakan jubah Al-Haramainnya. Minyak wangi Habibi pemberian usrahmate dicalit sana-sini. Sunnah. Kopiah putih yang sudah tak berapa putih dipakai di kepala. Kunci kereta Harrier dicapainya sambil meminta diri dengan ibunya.

Kereta dipacu dengan laju. Hati penuh dengan curiousity. Mustaqim, nama manja Aqim, senior sekolahnya. Tapi, dah macam sebaya. Tak kisah dah umur berbeza. Lama tak jumpa sejak masing2 mengambil haluan masing2. Kolej yang berbeza. Aqim mengambil bidang kejuruteraan di Manchester, UK. Lan masih di Kolej Maha Busy ambik IB.

***

Subhanal malikil ma'bud....Subhanal malikil maujud...

Selesai sahaja membaca doa. Lan terus mencari-cari Mustaqim. Kelihatan Mustaqim sedang membaca Al-Quran. Khusyuk tadabbur. Lan mendekatinya dengan bajet comel dari belakang.

"Cak ! Aqim !"

"Sadaqallhul 'adzim... Eh, Lan. Aku dah agak dah kau nak buat camtu."

"Hampagas. Anti klimaks betul. Haa. Sihat? Lama tak jumpa. Rambut pun dah panjang ni. Ingatkan awek mana tadi. Huhu."

"Standard lah bro. Overseas student. Nanti kau fly camni jugak nanti."

"Eh, jomlah gi minum. Aku haus ni."

"Jom!"

Lan dan Aqim bingkas bangun.

***

Sampai di bistro. Bistro kegemaran zaman sekolah. Tempat melepak lepas main basketball.

"Anney ! Order !"

Lan order roti naan cheese double bersama sky juice kegemaran. Aqim minum teh tarik gelas besar.

"Lan . Ingat lagi kan dulu-dulu kita selalu lepak sini. Dengan pelloh-pellohnyee. Haha."

"Haha. Mestilah  ingat. Those times. Dulu kita sembang apa je ek?"

"Pasal apa lagi? Pasal awek. Mengumpat orang. Mengarut2. Buang masa je."

Order sampai. Laju. Kepantasan mamak di situ menjadi-jadi sejak dulu lagi.

"Alhamdulillah. Teh tarik dah sampai. Tekak aku pun sakit ni. Asyik minum ais je. Hehe."

Azlan senyap seketika. Belum mula makan.

"Asal kau nak jumpa aku ni Aqim? Tiba-tiba je. Dah lah aku sorang je."

Mustaqim pun menghabiskan tegukan terakhirnya. Haus sangat. Senyum sinis.

"Owh. Hampir lupa. Eh, taklah. Orang kata apa? Hidup ini ada tujuan. Kan? So konfem lah ade tujuan aku nak jumpa kau ni. Haha.

Masa tu kau ada cerita kat aku yang kau join usrah. Kan? Direct gile. Haha."

"Oh. Hmm. Dah agak dah kau nak tanya pasal benda ni. Aku segan lah."

"Buat apa nak segannya. Macamlah aku tak ikut usrah."

"Kau dah lama join. Aku ni mentah lagi. Entahlah  Qim. Aku rasa macam tak sesuai je aku masuk usrah."

"Merepek. Ada kelayakan ke nak masuk usrah ni? Usrah mana kau ikut ni? Haha."

Lan menyuap beberapa suapan roti naan cheesenya ke dalam mulut. Suasana senyap seketika.

"Aku sebenarnya bukan rasa tak layak join usrah. Tapi.."

"Tapi apa? Cakap lah terus. Ni bukan drama indon."

"Yelah. Masalahnya sekarang. Naqib aku suruh aku bawak budak2 baru usrah pulak bukak sem ni. Manalah boleh. Aku? Jadi naqib? Hancurlah budak-budak tu."

"Aku dulu rasa camtu jugak lah. Tapi kan..."

Mata mereka bertentang.

"Haha. Lupa. Ni bukan cerita indon. Tapi kan, yang penting sekarang kau bawak je."

"Kau lainlah Qim. Kau memang lagi alim dari aku. Aku ni? Solat jemaah berterabur. Sekarang okay sikitlah. Dah insaf. Tajwid tunggang-langgang."

"Dah tu. Kau ingat aku ni perfect sangat? Mana kau tau aku solat jemaah full dulu. Tajwid aku pun haywire jugaklah."

Lan terdiam.

"Kita ni lebih kurang je Lan. Ingat lagi dulu kat sekolah. Nauzubillah. Bila aku ingat balik. Jahat giler kot kite dulu."

"Bukan jahatlah. Nakal je."

"Kalau dah perangai macam anak setan tu tak jahat ke. Haha. Alhamdulillah sekarang Allah dah bagi hidayah kat kita. Kena bersyukurlah."

"Memanglah aku bersyukur."

"Then, kenalah bawak usrah. Tarbiyah ni bukan untuk kita sahaja tau. Zalimlah kita kalau kita tak bagi peluang kat orang lain yang belum dapat tarbiyah. Dalam erti kata lain usrahlah."

"Tapi. Ilmu tak cukup lagi."

"Hah. Tak yah nak gedik cakap camtu. Aku ni duk Manchester pun alhamdulillah dapat je ilmu. Kau yang duk kolej ala2 sekolah agama tu lagilah. Buat apa ilmu banyak2 tapi tak membuahkan amal?

Dalam usrah kita bukan nak muntahkan ilmu je Azlan ooii. Ar-Rasul sendiri pun diutuskan bukannya untuk menurunkan ilmu. Bukan untuk jadi pereka fesyen jubah. Bukan pakar pemakanan. Makan kurma, susu dan sebagainya. Tapi, Baginda diutuskan untuk menyentuh dan mentarbiyah hati-hati para sahabat. Kalau nak cerita pasal sahabat, banyak gila contohnya. Kang sampai ke tengah malam aku cerita."

"Tapi, aku tak ready lagi lah aku rasa."

"Tapi..tapi... Haish budak ni. Hurmm. Ekceli normal je perasaan ni. Aku dulu lagilah first time nak bawak usrah. Aku ponteng usrah kejap2 sebab tak nak jumpa naqib aku. Haha. Lagi teruk.

Tapi, time tu tiba2 terdetik dalam hati aku. Sampai bila aku nak lari? Sampai bila aku nak betul2 sedia? Usrahmate aku yang lain pun terbang-terbang dah bersama anak2 usrah masing. Aku, entah ke mana.

Aku suka kata2 ni. Al-akh as-sodiq, la budda an yakuna murabbiyan. Seorang akh yang benar, mesti jadi murabbi. Jadi naqiblah. Bilamana kita percaya kita ni bawak benda yang benar, kita wajib bagitahu orang lain. Kalau kita rasa tarbiyah ini jadi sebab kita dapat hidayah, kita kena ada rasa yang kita nak orang lain pun dapat hidayah tu. And paling best sekali kalau orang yang kita tarbiyah pun akan bersemangat nak tarbiyah orang lain pulak. Adik2 junior, contohnya.

Memang junior kita lah sasaran dakwah kita. Medan amal kita. Tak boleh lari mana dah."

"Amboi. Banyknya kau cakap. Tapi, betul jugak kau cakap ni. Tak tahu kenapa, naqib aku selalu je cakap benda yang lebih kurang sama tapi tak pernah nak terasa pulak. Aku selalu persoalkan. Kenapa aku?"

"Haha. Allah nak bagi hidayah kat kau thru aku. Alhamdulillah. Dapat unta merah satu. InshaAllah."

Mustaqim memanggil mamak meminta segelas air suam. Cuci tekak.





"Kau tau tak Lan apa aku rasa bila tahu kau masuk usrah? And nak mula bawak usrah."

"Rasa apa? Aku rasa biasa je."

"Aku rasa terharu kot. Aku selalu terfikir. Aku sorang je ke yang dapat tarbiyah ni. Korang, kawan2 aku time sekolah dulu berhak jugak dapat tarbiyah macam aku."

Mata berkaca-kaca.

"Tapi aku yakin. As long as aku buat kerja dakwah ni. Pasti Allah akan kabulkan doa aku. Kalau tak aku yang tarbiyah direct pun, mesti Allah akan sediakan orang lain untuk tarbiyah mereka. Family aku, kawan2 aku, cikgu2 kita. Inilah misi kita Lan. Allah dah pilih kita kot Lan. Ni bukan macam terpilih masuk AF atau jadi wakil rakyat ke. Tapi, Allah dah pilih kita jadi da'ie kat tempat kita ni. Tak ada yang lagi best dan sweet daripada apa yang aku ngan kau dah dapat ni."

"Sweetlah kau ni. Sejak masuk usrah ni jiwang habes. Haha."

"Nak sweet lagi tak? Lan, aku sayang kau fillah."

"Erk. Anney ! Kira !"

Mustaqim gelak hampa. Tapi dia pasti Azlan mesti rasa yang sama. Segan mungkin.

"Qim. Janganlah camtu ngan aku. Aku tak boleh lah. Simpan dalam hati dah lah. Buat kat anak usrah kau pun cukuplah. Pinky swear?"

"Aku tak janji Lan. Even sahabat pun cakap camni kat sahabat yang lain. Mestilah aku nak buat. Haha. Bab ni tak apa kalau tak ready lagi."

"Jom lah balik. Esok nak qiam lagi. Ada can lagi ni nak jumpa dengan Miss Lailatul."

"Betul betul. Eh, jangan lupa baca buku yang naqib kau suruh baca. Aku dah bagi PDF kat kau kan. Jangan malas. Kena baca. Barulah ready. Aku dulu menyesal jugak baca nak tak nak je. Haha. Serius ni. Baca tau."

"Baiklah Abang Mustaqim..."

Lan buat gaya tabik dengan muka bajet comelnya.

"Hish. Nak je aku cubit budak ni."

Perpisahan mereka ditemani gelak tawa. Sungguh indah malam itu. Lailatul qadar, mungkin. Senyum.








=.=
Okay, post ini panjang
Tak tahu kenapa

Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya
Syawal datang untuk dirayakan

Taqabbalallahu minna wa minkum
Allahumma ballighna Ramadhan fil mustaqbal

Ramadhan ya habib pasti akan dirindui
Moga Allah kurniakan istiqamah buat kita
Setelah keluar madrasah tarbiyah ni

yosh !

Sunday, August 4, 2013

Sepatah Dua Kata

Bismillahirrahmanirrahim

Jari jemari kaku
Fikiran bercelaru dan baku
Lama sudah tidak bergetar keyboard laptopku
Bukanlah futur penemanku
Namun
Alhamdulillah
Tarbiyah dan ukhuwah yang dahsyat menggegarkan hari-hariku.

Kusangkakan hujan di tengah hari
Namun, panas hingga ke petang
Bukan kupinta berada di jalan ini
Jalan yang penuh dengan onak dan duri tersembunyi
Tapi Yang Maha Kuasa menghendaki
Yang Maha Mengasihi mencintai ku di jalan ini

Allah tujuanku
Ar-Rasul contoh dan teladanku
Al-Quran pedoman, petunjuk hidupku
Jihad jalan juang dan pengorbananku
Syahid di jalan Allah, cita-cita dan impianku

Tatkala syiar berkumandang
Darah mengalir deras bagai dipam laju
Seluruh tubuh menggeletar tidak senang duduk
Bagai dikejutkan dengan listrik
Bagai didorong
Melakukan sesuatu
Demi Allah


Sujud tanda syukur
Tapi cukupkah ?


Ilmu tanpa amal
Bak pohon yang tidak berbuah
Allah tidak ciptakan kita sia-sia
Allah tidak mengutuskan Muhammad SAW
Kecuali untuk menyampaikan kebenaran
Allah tidak mengucapkan kalamNya
yakni Al-Quran
untuk tatapan dan bacaan waktu senggang semata

Aku naik saksi
Tiada Ilah melainkan Allah
Aku naik saksi
Muhammad pesuruh Allah

Kenyataan saksi sematakah ?
Kosong tanpa makna
Hanya sebagai penanda bangsa Muslim ?
Hanya sebagai tiket untuk selamat di akhirat kelak ?
Persoalannya
Cukupkah ?






=.=
Ya Allah, permudahkanlah jangan susahkan
Ya Allah, bantulah aku agar sentiasa mengingatiMu
agar sentiasa mensyukuri segala nikmatMu
agar sentiasa beribadah dengan sepenuh hati
dan takwa kepadaMu

Amin.