Thursday, November 22, 2012

Alienated


We’ve been alienated ! Ana alien. Antum alien. Ana percaya ramai yang sudah dialienkan.

“Why alien ? weirdo !” kata seorang mat sally.

Ana yakin mostly yang akan baca post ni orang-orang yang sudah ditegur oleh Dr. Tarbiyah kan. Kalau tak, tak ada masa la kan nak baca-baca blog islamik bagai. Uhuk2. Islamikkah blog ini. Wallahu a’lam. Orang lain on fb main fb, twitter, update status memanjang, main game online, tengok2 video kat KauTiub. Kita ? Post mesej2 dakwah kat fb, baca berita semasa saudara di Gaza, baca blog2 dakwah.

“Hish. Ni dah salah guna tenet ni bro. Tenet ni kan untuk kita berhibur. Janganlah kufur nikmat. Haha. Dakwah kat surau lah. Apa kat fb pulak !” kata mat2 bikers kat CC.

Pelikkah kita ? Berbezakah kita dengan orang lain ? Alienkah kita ? Oh tidak !! Aku sudah dialienisasikan ! Ya akhi, kita memang berbeza dan seperti alien or orang asing. Jadi, bersyukurlah ! Live with it ! Rasulullah SAW, heartthrobe kita ada bersabda,

Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)



Dr. Tarbiyah telah menyuntik kita dengan ubat-ubatan yang telah menyebabkan ruh kita termutasi dan menjadi ruh yang lain. Tarbiyah’s symptoms pun dah mula kelihatan pada sifat dan perlakuan seharian kita. Antaranya ialah, mata sakit kalau tengok TV, tak boleh duduk diam, indakwahnia (penyakit baru tak boleh tidur malam memikirkan masalah ummah. Dahsyat !), terlebih riang, suka dengan bulatan, ketagih baca Al-Quran, telinga bengkak dengar perkara lagha, dan banyak lagi. Penat den nak sobut ni ha. Sangatlah dahsyat penangan ubat Dr. Tarbiyah nih.

Tamayyuz. Ya ! Itulah kita. Bermaksud berbeza. Ibarat batu kerikil yang dimasukkan ke dalam air. Ataupun ibarat laici dalam air laici. Eheh. Tak larut lah maksudnya. Ruh-ruh yang belum disentuh di luar sana kita katakan sebagai tamayyu’. Maksudnya dissolve. Kenapa kita tamayyuz dan mereka ni tamayyu’ ? Hang pikiaq la naa.


 layan~


=.=
Post ni pendek sebab tak ada idea
Yang penting, kita ni edisi spesial !
Allah dah pilih kita... bangga kan~

Tuesday, November 20, 2012

Gaza Oh Gaza


Sesetengah orang dengan mudah berkata,

“Kita seharusnya bersyukur kerana kita dapat hidup dengan aman dan damai di Malaysia ini. Kita tak perlu berperang seperti orang-orang di Palestin tu. Kita sudahpun mencapai kemerdekaan.”

Errk, makcik pakcik ooii. Fahamkah maksud bersyukur tu apa ? ‘Orang-orang’ di Palestin ? Kemerdekaan ? Please lah makcik pakcik. You don’t understand ! You don’t understand !


Kita mula dengan kenyataan ‘orang-orang’ di Palestin. Tak bermakna sangatkah mereka di Gaza sampai hanya dikatakan ‘orang-orang’ ? Sedarkah anda mereka bukanlah orang lain ? Mereka saudara dan saudari kita. Kita mengaku kita Islam. Mereka pun Islam lah. Bayangkan saudara kita, ambil yang paling dekatlah . Bayangkan mak kita disepak diterajang dek zionis yang kejam. Apa perasaan kita ketika itu ? Rasa cam nak bunuh pun ada kan ? Bayangkan anak kita ditemui mati di bawah timbunan bangunan yang roboh dek terkena peluru Israel laknatullah. Tak ke perit ? Bayangkan abang-abang kita berjihad membaling batu ke arah tentera zionis. Takkanlah kita duduk goyang kaki je ? Sedarlah bahawa mereka saudara kita. Saudara se’aqidah. Ikatan ‘aqidah lebih kuat daripada ikatan darah. Maka peribahasa air dicincang takkan putus layaknya untuk ikatan ‘aqidah, ikatan Islam, ikatan iman. Kerana apa ? Takkan putus walaupun di akhirat sana sedangkan ikatan darah hanya di dunia sahaja kawan . tapi kan, kenapa ada saja orang yang tak rasa ye ? tengok sekadar tengok lah . ada lah rasa hiba sedikit tengok berita, lepas tu tukar channel, tengok jugak hiburan. Macam tengok iklan ‘bersedih sebentar bersama Gaza’. Eh, macam KitKat ! Kena semak semula iman kita lah. Berimankah kita sebab Allah ada sebut dalam Al-Quran,

Sesungguhnya mu’min itu bersaudara (Al-Hujurat, 49:10)

Kemerdekaan Malaysia. Betulkah kita sudah merdeka ? Ana rasa rakyat Palestin lebih merdeka. Mereka mungkin tidak merdeka fizikalnya, tapi dari segi pemikirannya, mereka merdeka.

Malaysia ? We can say Malaysia is free from colonisation physically. Mentally ? Dari segi pemikiran ? Orang Malaysia dah merdeka kan ? Orang Malaysia kini berfikiran luas dan terbuka. Orang Jawa kata, open minded. Huh. Tidak sama sekali ! Kita ni masih dijajah wahai pakcik makcik ooii. Memang lah orang Malaysia semakin open minded. Tapi ke arah apa ? Mungkin lebih kepada liberal minded. Pemikiran liberal dan sekular. Sedar tak kita ni masih berperang ? Kita diserang oleh Barat sekarang. Ini dinamakan Ghazwul Fikr. Mantap tak bunyi ? Eheh. Mungkin tak semantap penangannya. Pemikiran orang Malaysia sekarang telah dikotori oleh anasir2 dari Barat yang masuk sedikit demi sedikit. Para muda-mudi pun dah semakin jauh dengan surau, mula terikut2 gaya Barat, perlakuan tak ubah seperti omputih, Al-Quran apatah lagi. Rasulullah dah cakap dah, tapi tak nak dengar. Degil !

Aku tinggalkan kepadamu dua perkara tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya, Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya  (HR Imam Malik)

Al-Quran sudah semakin jauh dari hati2 muslim sekarang. Sebab itulah ramai orang tak terasa sedih pun tengok saudara-saudara di Gaza sekarang. Mereka tak faham. Malah mereka sudah jauh terpesong. Perkara basic dalam Islam pun buat endah tak endah, apatah lagi masalah ummat.

Soal syukur. Apa maksud syukur ye ? syukur bermaksud terima kasih dan ucap ‘Alhamdulillah’. Sekian. Bukan sama sekali ! Syukur bermaksud menggunakan nikmat yang Allah berikan untuk menambah ketaatan kepadaNya. Nampak tak konsepnya ? Baik buruk dalam kehidupan ini semuanya taqdir Allah. Semuanya nikmat daripadaNya. Tak kiralah baik buruk. So apabila kita kata kita perlu bersyukur dengan keamanan negara kita, apa yang perlu kita buat sebenarnya ? Duk lepak kat kedai mamak tengok bolakah ? Membuta 3 hari 3 malamkah ? Late night moviekah ? Ni namanya kufur nikmat. Ramai orang yang claim mereka sayang dan prihatin terhadap saudara-saudara mereka di Palestin. Mereka bersemangat berdemo untuk Gaza dan melontarkan kata-kata solidariti di mukabuku dengan lantangnya. Tapi, action tarak. Hampagas. Tak cukup akak ooii dengan hanya berdemo, berhujah, bersajak untuk Palestin bagai.

Mungkin tindakan yang lebih efektif dan tak poyo ialah kita berdoa untuk mereka, mendermakan harta kita, dan sentiasa update tentang perkembangan di sana plus boikot ! Jadi, kalau kita kata kita bersyukur, maka kita perlulah sebarkan nikmat itu kepada saudara-saudara kita yang ditindas di Palestin dan juga seluruh dunia. Takkan lah kita nak aman sorang2 kan. Tapi, kita kena koreksi diri kita terlebih dahulu. Kita doakan untuk orang lain, tapi diri kita sendiri tak betul. Ibadah rongak, iman nipis, fikrah lemah. Kalau macam itulah kita, mereka di sana lebih kuat daripada kita sebenarnya.

Kesimpulannya, saya memang tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pihak ‘sesetengah orang’ di atas yang dipertua. Ewah. Dah jelaskah apa yang kita perlu buat sahabat-sahabat ? Tak jelasa sangat kan ? Banyakkanlah membaca dan update perkembangan di sana. Tak salah menyertai aktiviti-aktiviti solidariti untuk Gaza. Sangat bagus. Impaknya agak besar. Tapi ana ingatkan sekali lagi, koreksi diri juga. Saudara-saudara kita di sana mati dengan mati syahid kerana Allah. Mereka sangat faham dengan tujuan hidup mereka sebagai hamba Allah. Syahid memang dambaan mereka. Kerana mereka sangat merindui Allah dan berharap dapat bertemu denganNya di syurga kelak. Tidak mahukah kita ?


"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa..Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"


:,)
,
,
,









=.=
Ahad ni ada program untuk Gaza di KLCC
Duduk Diam Untuk Gaza
Pukul 5.30
Macam best , JOM !

Wednesday, November 7, 2012

Panas Udara Belon


Assalamualaikum
Amaran !
Cerita ni macam tak best tapi baca je lah. InshaAllah bermanfaat
Kalau tak dapat point yang hendak di sampaikan, tanya ye. Heh

Pada suatu hari....

“Eh, eh korang. Jom kita pergi jalan-jalan naik belon udara panas ni. Kita pergi Paris jom. Aku dah lama nak gi sane.” kata Ahmad kepada sahabat-sahabatnya sambil menunjukkan belon udara panas yang dicipta olehnya kepada Aman, Syaz, dan Azri.

 “Biar betik kau ni Mad. Tak logik !” kata Azri dengan membuat muka peliknya sambil tertawa kecil.

“Kau tak percaya  kat aku ? Aku dah estimate lah. Boleh muat empat orang plus beg enam kilo sorang satu. InshaAllah belon ni cukup mantap dan kacak untuk membawa kita ke sana.”

“Wah, menariknya ! Aku nak ikut. Weh, Azri. Kau tahu kan Mad ni kan bijak buat bende-bende camni.” kata Aman dengan girangnya.

“Tapi kan kita boleh bawak ape je enam kilo ?” sampuk Syaz.

“Kita kan nak pergi Paris. Kenalah bawak makanan-makanan dari sini.  Kat sana susah kot nak cari makanan halal.”

“Betul, betul, betul. Aku ni dah lah lidah melayu. Kat sane dah lah makanan omputih je memanjang.” Aman akur dengan apa yang Syaz katakan.

“Hurmm... boleh je kot. Aku rasa tak salah kan. Aku pun nak bawak jugak.” jawab Ahmad.

“Eh, korang ni. Ramai orang Melayu lah kat sane. Bawak baju2 dah lah. Tak sampai enam kilo pun.” celah Azri.

“Ah, takde, takde. Aku nak bawak jugak !” kata Syaz.

Ahmad dan Aman pun mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata Syaz.

“Okay fine. Yang penting sampai Paris tu kan.”

Mereka pun dengan girangnya pulang ke rumah dan mula mem’packing’ barang untuk ke Paris. Masing-masing dengan bawaan dan bekalan sendiri. Pada minggu hadapannya, mereka pun berkumpul di puncak Bukit Broga, iaitu tempat mereka berlepas akan berlepas.

Ternyata pada hari tersebut, mereka masing-masing membawa bekalan yang berlebihan kecuali Azri yang bawak barang tepat2 enam kilo. Yang si Aman bawak bekal serunding tiga kilo. Syaz bawak belacan lima kilo. Almaklumlah, lidah melayu la katakan. Sorang lagi, Ahmad bawak bekalan ikan bilis plus udang kering. Adalah dalam dua guni. Ahmad dalam rasa penuh yakin dan tanpa segan silu menyumbatkan semua barang tersebut ke dalam belon udaranya.

“Weh, Mad. Bukan kau cakap ke sorang enam kilo je ? Ni dah lebeyh dah nih.” Azri berbicara menyatakan kerisauannya.

“Ala, tahan punyalah. Benda-benda ni memang mesti bawak. Percayalah. InshaAllah boleh tahan belon ni.”

“Tapi, err. Takpelah. Baiklah engineer.”




 Mereka pun berlepas setelah selesai memunggah barang-barang ke dalam belon udara dengan perasaan yang bercampur-baur. Sesi air mata mengiringi pemergian mereka tatkala harus meninggalkan kaum keluarga selama sebulan perjalanan. Dengan mata yang bersinar-sinar dan muka penuh harapan dengan ditiup angin yang kuat, mereka memulakan perajalanan jauh tak ku rasa mereka ke Paris. Selang beberapa jam setelah bertolak, tiba-tiba mereka sudahpun mencecah daratan.

“Aik ? Dah sampai Paris ke ?” kata Syaz.

“Paris amendenya. Ni pekan Semenyih lagi. Asal ni Mad?”

“Hurmm. Aku tak pastilah.”

“Sebab beratlah Mad. Aku kan dah cakap. Even kau pun pernah cakap belon ni ada had berat.”

“Tak, tak. Aku yakin boleh je ni. Kita start balik eh.”

Mereka pun mencuba menaikkan semula belon tersebut dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, berjaya naik juga. Perasaan lega, bahagia, suka, girang, happy go lucky terpancar pada wajah mereka. Beberapa jam telah berlalu. Lebih kurang enam jam. Ramailah yang tertidur dibuai mimpi yang indah kecuali Ahmad yang menjaga pergerakan belon tersebut. Azri juga sedang asyik membaca novel laman sesawang blog kesukaannya di dalam hensetnya dengan menggunakan application Pulse. Tiba-tiba, belon tersebut semakin menurun. Ahmad cuba sedaya-upaya memaintainkan ketinggian belon tersebut tetapi malangnya tak berhasil. Akhirnya mereka landing di Kajang. Kecewa, sedih, hiba, rasa nak bunuh diri. Itulah yang dirasakan oleh Mad.

“Aku rasa betul lah apa yang Azri cakap. Kita bawak banyak benda-benda yang tak perlu pun.”

“Tapi, kitorang rasa perlu.” Sampuk Syaz dan Aman.”

“Eh, sedar tak ? Kita nak pergi jauh kot. Paris. Sangat jauh. In fact, jauh gile kot. Macam mane nak sampai Paris. Benda ni dah terlebih muatan. Tengok sekarang. Dah berapa jam dah. Baru sampai Kajang kot. Lambat gila kot. Kita kan expect dalam 20 jam dah lepas Selangor. Ni Hulu Langat pun tak lepas lagi. Kalau camni, tiga bulan baru sampai. Entah sampai entah tidak.”

Aman, Syaz dan Mad mula memproses kata-kata Azri dan menyedari akan kebenarannya.

“So, sekarang ni kita kena buanglah ? Sayangnya. Tapi aku tak kisah sangat kot. Kat sane mesti ada punya bilis ngan udang kering.” kata Ahmad.

“Aku tak boleh makan kalau tak ada belacan. Huu. Kita bawak dua kilo je eh. Tiga kilo campak luar.” rintih Syaz.

“Aku pun sayang lah nak buang serunding ni. Mak aku buat tiga hari tiga malam kot.” sambung Aman.

“Korang nak gi Paris ke nak gi Alor Setar je ni. Aku nak gi Paris. Nanti kalau kita dah sampai Alor Setar, aku ngan Mad drop korang kat sana. Sekali ngan barang-barang korang sekali. Baru ringan belon ni. Lagi satu, kalau nak aku buang baju-baju aku pun boleh je. Memang aku tak ‘suka’ pun pakai baju. Boleh lah muat korang punya ke’suka’an tu.” sindir Azri.

Mereka bagai ditusuk-tusuk keris taming sari Hang Tuah dan di’headshot’ menggunakan sniper besar mendengar sindiran Azri tersebut.

“Okay fine thanks. Aku buang. Bye bye serunding sedap hingga menjilat jari !” Aman makan sedikit serunding-serundingnya sambil sedikit demi sedikit membuangnya.

“Selamat tinggal belacan sayang. I’m gonna miss you.” kata Syaz sambil pipinya dibasahi sungai air mata yang mengalir deras.

“Ha. Macam ni lah sahabat-sahabat aku. Barulah kita boleh pergi ke Paris. Kota idaman kita. Cayang korang ketat-ketat.”

“Ayuh kita ke Paris ! Kita dah buang segala benda yang tak perlu. Inilah masanya untuk kita mengejar impian kita ke Paris. Yosh !!”







=.=
first time tulis cerita2 ni
mungkin masih noob sikit
akan diimprovekan
yosh !!

Sunday, November 4, 2012

Tak boleh jadi ni akhi !


Assalamualaikum wbt

Kali ni kita sentuh pasal biologi sikit. Dalam lac-operon system. Iaitu dalam nucleus of cell. Dalam sistem ni, apabila lactose ada, repressor protein tak boleh bind dengan gene operator  kat DNA. Oleh itu, RNA polymerase boleh teruskan men’transcribe’ DNA dengan suka hatinya dan membentuk protein yang dinafsukan (desired protein~)

Tapi, kalau lactose tak ada, repressor protein akan ‘melukut di tepi gantang’ gene operator. Dia akan menjadi aral melintang kepada RNA polymerase untuk meneruskan pengembaraan dia men’transcribe’ DNA. So tak dapatlah protein yang diidam-idamkan. Sedih2.

Woi, aku nk post yg islamic please. Apa bio2 ni. Dunia2.” kata seorang pelajar ekonomi.

Sabar2. Allah cakap kan dalam surat2 cintaNya supaya kita banyakkan bersabar. Hehe. Perkara yg bakal ana ceritakan mungkin akan menyebabkan anda tidur mata terbukak, makan tercekik tulang walaupun tak ada tulang, mandi beberapa kali tapi still berbau dan simptom2 lain yang sewaktu dengannya.





Dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah, cuba kita fikir. Kita berdakwah dan bertarbiyyah memanjang ni sebab apa ? Pastinya D&T menuju Allah kan. Kita dakwah2 orang nak ajak orang mendekati Allah. Kita mentarbiyah orang, kita mentarbiyah hati2 mereka mencintai Allah dan Rasulullah. Malah supaya semakin bertambah hari demi hari. Dan juga menjalankan tanggungjawab saksi yang digalas dan dipersetujui, dah sain kontrak di alam roh lagi. Kita menyentuh dan menghidupkan hati2 orang dengan harapan mereka dapat menyentuh ramai lagi hati2 di luar sana yang masih mati. Meramaikan lagi arruhul jadid fi jasadil ummah bak kata Syed Qutb.

Sedar tak ya akhi ? Betapa sucinya apa yang kita lakukan ni. Allah dah janji yang Allah akan lihat usaha kita ni. Dah memang tugas kita sebagai khalifah kan. Ya, ana tahu, hati2 ni milik Allah sahaja. Tapi, Rasulullah dah sebut kan dalam sabdanya,

Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui engkau (dakwah engkau) maka itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah.(HR Muslim)

Allah juga sebut dalam kalamNya yakni dalam Al-Quran,

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."(Yusuf, 12:108)


Kita menyeru mereka kepada Allah. Dakwah ilaLlah. Tapi kan akhi. Kita ni dekat tak dengan Allah ? Amal kita hebat sangat kah ? Cukupkah amalan kita nak mentarbiyah orang ni ? Persoalan yang menarik kan ?
Ayuh kita lihat para sahabat. Para sahabat amalnya bagaimana ? Hebat kan. Qiam setiap hari. Sebab itulah dakwah mereka sampai sekarang. Rasulullah tidak risau apa akan jadi pada Islam selepas baginda wafat kerana baginda percaya dengan kemampuan sahabat-sahabat. Rasulullah, murabbi agung kita. Amalan baginda bagaimana pula ? Jauh lebih hebat dari siapa2 pun. Bukankah Rasulullah ma’sum ? Tapi Rasulullah tetap qiam setiap hari, bertaubat sepanjang masa, berdoa dalam segala perkara yang baginda lakukan dan banyak lagi.

Kita pula macam mana akhi ? Errkk.

Tidak gunalah kan kalau dalam liqa’ kita pum pam pum pam cakap itu, cakap ini, tapi diri sendiri tak amalkan. Tidak gunalah kalau kita buat liqa’ sampai lewat malam, tapi tidur lepas subuh sampai ke tengah hari. Tak gunalah kita mengorbankan masa kita sampai masa study kita pun terbakar sebegitu sahaja. Tak gunalah kalau jadi qudwah dalam liqa’ kepada adik2, tapi dengan orang lain jadi hantu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"(As-Saff, 61:1)


Al-‘ilmu bila ‘amal kasshajari bila thamarin. Ilmu tanpa amal, seperti pokok tidak berbuah. Jadi, walau banyak mana pun kita menDF adik2, bagi pengisian dan hentaman time liqa’ kepada mereka, kalau kita sendiri tak dekat dengan Allah, memang tak tembuslah hati mereka. Sesungguhnya hati2 mereka milik Allah dan mengapakah kita tidak meminta izin kepada Penjaga hati2 mereka at first dan bagaiman kita nak minta izin sedangkan kita pun tidak menjaga hubungan denganNya. Dush2.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai;"(Ali Imran, 3:103)


Hablun minallah wa hablun minannas. Kita kenalah couple dengan Allah dulu, barulah kita boleh membina ikatan hati dengan mereka2 di luar sana.

Wallahu a’lam







=.=
Ar-ruh qabladda’wah
There’s no such thing as ‘not enough time for that’
Kita daie kot, haruslah !
Oh lupa ! Perkara bilogi di atas mungkin boleh fikir sendiri kot. 
Hint : RNA polymerase itu kita !