Sesetengah orang dengan mudah berkata,
“Kita seharusnya bersyukur kerana kita dapat hidup dengan
aman dan damai di Malaysia
ini. Kita tak perlu berperang seperti orang-orang di Palestin tu. Kita sudahpun
mencapai kemerdekaan.”
Errk, makcik pakcik ooii. Fahamkah maksud bersyukur tu apa ?
‘Orang-orang’ di Palestin ? Kemerdekaan ? Please lah makcik pakcik. You don’t
understand ! You don’t understand !
Kita mula dengan kenyataan ‘orang-orang’ di Palestin. Tak
bermakna sangatkah mereka di Gaza sampai hanya dikatakan ‘orang-orang’ ?
Sedarkah anda mereka bukanlah orang lain ? Mereka saudara dan saudari kita.
Kita mengaku kita Islam. Mereka pun Islam lah. Bayangkan saudara kita, ambil
yang paling dekatlah . Bayangkan mak kita disepak diterajang dek zionis yang
kejam. Apa perasaan kita ketika itu ? Rasa cam nak bunuh pun ada kan ? Bayangkan anak
kita ditemui mati di bawah timbunan bangunan yang roboh dek terkena peluru Israel
laknatullah. Tak ke perit ? Bayangkan abang-abang kita berjihad membaling batu
ke arah tentera zionis. Takkanlah kita duduk goyang kaki je ? Sedarlah bahawa
mereka saudara kita. Saudara se’aqidah. Ikatan ‘aqidah lebih kuat daripada
ikatan darah. Maka peribahasa air dicincang takkan putus layaknya untuk ikatan
‘aqidah, ikatan Islam, ikatan iman. Kerana apa ? Takkan putus walaupun di
akhirat sana
sedangkan ikatan darah hanya di dunia sahaja kawan . tapi kan , kenapa ada saja orang yang tak rasa ye
? tengok sekadar tengok lah . ada lah rasa hiba sedikit tengok berita, lepas tu
tukar channel, tengok jugak hiburan. Macam tengok iklan ‘bersedih sebentar
bersama Gaza ’.
Eh, macam KitKat ! Kena semak semula iman kita lah. Berimankah kita sebab Allah
ada sebut dalam Al-Quran,
Sesungguhnya mu’min itu bersaudara (Al-Hujurat, 49:10)
Kemerdekaan Malaysia. Betulkah kita sudah merdeka ? Ana rasa
rakyat Palestin lebih merdeka. Mereka mungkin tidak merdeka fizikalnya, tapi
dari segi pemikirannya, mereka merdeka.
Malaysia ? We can say Malaysia is free from colonisation
physically. Mentally ? Dari segi pemikiran ? Orang Malaysia dah merdeka kan ?
Orang Malaysia kini berfikiran luas dan terbuka. Orang Jawa kata, open minded.
Huh. Tidak sama sekali ! Kita ni masih dijajah wahai pakcik makcik ooii. Memang
lah orang Malaysia semakin open minded. Tapi ke arah apa ? Mungkin lebih kepada
liberal minded. Pemikiran liberal dan sekular. Sedar tak kita ni masih
berperang ? Kita diserang oleh Barat sekarang. Ini dinamakan Ghazwul Fikr.
Mantap tak bunyi ? Eheh. Mungkin tak semantap penangannya. Pemikiran orang Malaysia
sekarang telah dikotori oleh anasir2 dari Barat yang masuk sedikit demi
sedikit. Para muda-mudi pun dah semakin jauh dengan surau, mula terikut2 gaya
Barat, perlakuan tak ubah seperti omputih, Al-Quran apatah lagi. Rasulullah dah
cakap dah, tapi tak nak dengar. Degil !
Aku tinggalkan kepadamu dua perkara tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya, Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya (HR Imam Malik)
Al-Quran sudah semakin jauh dari hati2 muslim sekarang.
Sebab itulah ramai orang tak terasa sedih pun tengok saudara-saudara di Gaza
sekarang. Mereka tak faham. Malah mereka sudah jauh terpesong. Perkara basic
dalam Islam pun buat endah tak endah, apatah lagi masalah ummat.
Soal syukur. Apa maksud syukur ye ? syukur bermaksud terima
kasih dan ucap ‘Alhamdulillah’. Sekian. Bukan sama sekali ! Syukur bermaksud
menggunakan nikmat yang Allah berikan untuk menambah ketaatan kepadaNya. Nampak
tak konsepnya ? Baik buruk dalam kehidupan ini semuanya taqdir Allah. Semuanya
nikmat daripadaNya. Tak kiralah baik buruk. So apabila kita kata kita perlu
bersyukur dengan keamanan negara kita, apa yang perlu kita buat sebenarnya ?
Duk lepak kat kedai mamak tengok bolakah ? Membuta 3 hari 3 malamkah ? Late
night moviekah ? Ni namanya kufur nikmat. Ramai orang yang claim mereka sayang
dan prihatin terhadap saudara-saudara mereka di Palestin. Mereka bersemangat
berdemo untuk Gaza dan melontarkan kata-kata solidariti di mukabuku dengan
lantangnya. Tapi, action tarak. Hampagas. Tak cukup akak ooii dengan hanya
berdemo, berhujah, bersajak untuk Palestin bagai.
Mungkin tindakan yang lebih efektif dan tak poyo ialah kita
berdoa untuk mereka, mendermakan harta kita, dan sentiasa update tentang
perkembangan di sana plus boikot ! Jadi, kalau kita kata kita bersyukur, maka
kita perlulah sebarkan nikmat itu kepada saudara-saudara kita yang ditindas di
Palestin dan juga seluruh dunia. Takkan lah kita nak aman sorang2 kan. Tapi,
kita kena koreksi diri kita terlebih dahulu. Kita doakan untuk orang lain, tapi
diri kita sendiri tak betul. Ibadah rongak, iman nipis, fikrah lemah. Kalau
macam itulah kita, mereka di sana lebih kuat daripada kita sebenarnya.
Kesimpulannya, saya memang tidak bersetuju dengan kenyataan
yang diberikan oleh pihak ‘sesetengah orang’ di atas yang dipertua. Ewah. Dah
jelaskah apa yang kita perlu buat sahabat-sahabat ? Tak jelasa sangat kan ?
Banyakkanlah membaca dan update perkembangan di sana. Tak salah menyertai
aktiviti-aktiviti solidariti untuk Gaza. Sangat bagus. Impaknya agak besar.
Tapi ana ingatkan sekali lagi, koreksi diri juga. Saudara-saudara kita di sana
mati dengan mati syahid kerana Allah. Mereka sangat faham dengan tujuan hidup
mereka sebagai hamba Allah. Syahid memang dambaan mereka. Kerana mereka sangat
merindui Allah dan berharap dapat bertemu denganNya di syurga kelak. Tidak
mahukah kita ?
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa..Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"
:,),,,,
=.=
Ahad ni ada program untuk Gaza di KLCC
Duduk Diam Untuk Gaza
Pukul 5.30
Macam best , JOM !
No comments:
Post a Comment