Thursday, December 26, 2013

Masuk air


Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menikmati keindahan alamnya pagi tadi. Pergi Sungai Tekala. Woohoo. Entah seru dari mana ana pun tak tahu. Jin sungai kot. Kekeke.

Menurut analisa ana selama ini, ikhwah akan tunjuk belang time masuk air. Not just literally masuk air, konfem masing-masing pun ‘masuk air’. Termasuk diri sendiri. Haha.

Ikhwah..ikhwah…



Ana terfikir sejenak. Perubahan itu adalah satu proses yang berterusan. Seseorang atau sesuatu makhluk itu pasti akan melalui siri-siri perubahan dalam diri masing-masing. Bukan hanya pada kadar setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, malah setiap minit.

Proses metabolisme dalam badan manusia berubah-ubah mengikut keadaan badan manusia itu sendiri. Dan pastinya keadaan manusia tidak selamanya sama. Mungkin boleh diibaratkan dengan bayang-bayang. Fakta yang menarik tentang bayang-bayang. Tak ada satupun bayang-bayang yang akan sama dengan bayang-bayang yang lain. Contoh, akan sama ke bayang-bayang kita sewaktu berdiri dengan bayang-bayang kita setelah kita bergerak sedikit sahaja ke kanan atau kiri? Tidak sama sekali.

Mungkin teori ana tentang manusia itu tak benar. Boleh buat research lagi. Tapi, point ana kat sini ialah, manusia akan melakukan peghijrahan pada setiap masa. Orang kata, hidup ini adalah membuat keputusan. Atau dalam englishnya, sedap sikit. Life is about making choices. Dan setiap keputusan ini akan menyebabkan manusia untuk berubah atau berhijrah.

Perubahan manusia boleh jadi dari buruk ke baik. Dari baik ke buruk. Dari baik biasa-biasa menjadi lebih-lebih baik dan sebaliknya. Ini semua akan terjadi setelah manusia membuat suatu pilihan. Dan hakikatnya, kuasa memilih ini Allah yang beri kepada kita, manusia. Di mana manusia dikurniakan akal untuk kita berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

So, nak dikaitkan dengan pengalaman ana di sungai, dan ikhwah masuk air. Ana teringat satu tazkirah dari seorang akh. Dia cakap pasal momentum. Okay masuk fizik pulak. Fizik? Apa tu? Hahah.

Momentum kita semasa di dalam air sama ke tak dengan semasa di luar air? Persoalan yang akh tu utarakan lebih kurang macam ni… adakah kita bermain air atau berenang atau berendam-rendam dalam air itu sebagai daie? Bermain dengan mindset kita sebagai daie? Ada tak mindset sebagai abid semasa kita bermain? Masih ingatkah kita dengan isu ummah sewaktu kita bermain?

Hangus

Perubahan manusia dari baik ke arah yang lebih baik sumpah mencabar. Sebaliknya, perubahan dari baik ke jahat tidaklah sesukar mana. Bahagian mana yang susah tu?

Istiqamah. Momentum!

Banyak faktor yang somehow mempengaruhi keupayaan kita untuk istiqamah. Atau mengekalkan momentum tarbiyah kita. Mungkin kerana waqi' berbeza. Orang-orang berbeza. Biah tidak solehah. Atau terlalu solehah sampai rasa tepu. Tapi, kita perlu cuba sedaya-upaya untuk kekalkan momentum tersebut. Bagaimana? Back to Allah of course. 

Senang sahaja untuk seseorang itu istiqamah dalam perkara-perkara jahiliyah. Tapi sangatlah sukar untuk istiqamah dalam perkara-perkara kebaikan. Perkara-perkara yang inshaAllah mendekatkan diri kita kepada Allah swt.

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
[Al-Isra’, 17 : 18-19]

Nah, Allah memang dah cakap. Kalau kita hendakkan akhirat, surely kita kena berusaha. Usaha di sini bukanlah sekadar kita buat sekali dua sahaja. Tapi, berkali-kali. Sampai kita benar-benar ikhlas.

Saat kita masuk  ke dalam kancah tarbiyah dan dakwah, banyak perkara yang kita kena tinggalkan. Aktiviti-aktiviti lama kita, masa lapang, perangai-perangai yang tak patut dan banyak lagi. Butuh kepada pengorbanan.











=.=
Dapat muayashah dengan mutarabbi
Berbunga hati rasa

Alhamdulillah, 
Allah bagi mutarabbi yang menyenangkan hati

:)

Sunday, December 8, 2013

Ma'rifatullah Ma'iyatullah


"Permulaan agama itu adalah Ma'rifatullah." 
- Rasulullah SAW 

Ma'rifatullah bermaksud 'mengenali Allah' 
ataupun bertaaruf dengan Allah. Inilah perkara asas bagi semua pengamal agama Islam. Sepatutnya kita, sebagai orang Islam mengenali Allah dengan sesungguhnya. Bukan hanya mengakui atau mengetahui bahawa Allah itu Tuhan kita malah lebih daripada itu

Perkataan "La ilaha illaLlah" membawa maksud "Tiada Ilah melainkan Allah swt". Saat Rasulullah SAW kita yang tercinta menyampaikan kalimah tauhid ini, para musyrikin Mekah sangat menentang keras apa yang dibawa baginda. Bagi mereka ianya suatu yang sangat besar. An-Naba' !

Sangat indahnya bahasa Arab sehingga susunan perkataan sangat mempengaruhi makna sesuatu ayat atau frasa. Kalimah "Tiada Ilah melainkan Allah SWT" bermula dengan kenyataan bahawa "Tiada Ilah..." iaitu tiada apa yang layak disembah, dicintai, dipuja, diobsesikan, dan sebagainya. Jadi, akan kosonglah hati dan hidup manusia daripada segala Ilah yang ada. Kosong. Tiada makna. Kemudian, kalimah itu disambung dengan "...melainkan Allah". Once hati manusia sudah kosong, hanya Allah sahaja yang akan diisi dalam hati manusia. 

Sepatutnya sebegitulah. Tapi, hakikatnya tidak. Para musyrikin Mekah yang sangat mengetahui bahawa Ilah mereka pada masa itu ialah kekayaan, hiburan, kuasa dan sebagainya. Mereka pun terasa terancam dan tidak mahu meninggalkan segala-galanya hanya untuk menyembah Allah Yang Satu. Samalah juga dengan umat Islam umumnya sekarang. Mereka mengakui bahawa tiada Ilah melainkan Allah tapi mereka tidak pun menunjukkan bahawa mereka menjadikan Allah sebagai satu-satunya Ilah mereka.


"Perkara pertama yang kita perlukan di jalan dakwah ialah Ma'iyatullah dalam setiap langkah, gerak-geri dan diam bahkan pada setiap detik." 

- Mustafa Masyhur, Bekalan di Sepanjang Jalan Da'wah

Ma'iyatullah pula bermaksud merasakan diri sentiasa bersama Allah SWT. Mustafa Masyhur menyambung lagi, "Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia tidak mendapati melainkan kehilangan dan kesesatan. Allah SWT menganugerahkan ma'iyatullah ini kepada mu'min yang bertaqwa dan ihsan."

Pastinya perasaan sentiasa bersama Allah akan hadir saat kita benar-benar mengenali Allah dan sentiasa berusaha ke arah itu.




Sebagai daie yang beramal, perlunya kita dalam memahami konsep ini. Tiada guna dakwah kita yang mengajak ke arah Allah tapi diri kita sendiri masih jauh daripada Allah. Apakah itu dakwah yang sebenar? Tidak sama sekali. Mungkin perasaan ini bukan mudah untuk kita dapati. Teruskan berdoa dan berusaha ke arah itu.

Usaha yang sebagaimana? Menjaga qudwah kita dalam dakwah dan juga menjaga amal fardi kita adalah formula yang tepat dalam kita hendak berdakwah. Kita sebagai daie perlu sanggup melakukan apa sahaja supaya kita sentiasa merasa dekat dengan Allah SWT. Supaya kita rasa sentiasa connected dengan Allah. Supaya kita sentiasa berada dalam landasan sunnah Rasulullah yang benar terutama dalam dakwah kita.


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
[At-Taubah, 9:111]

 Allah sebutkan di sini perlunya kepada pengorbanan jiwa dalam jualbeli kita dengan Allah. Ganjarannya syurga. Sangatlah berbaloi-baloi. Hakikatnya, kita bukan hanya berdakwah malah lebih besar lagi. Melaksanakan Syahadatul Haq kita. Segala kelakuan kita di mana sahaja dengan siapa sahaja akan menjadi hujah kita di akhirat nanti jika ada yang akan mempersoalkan kita adakah kita telah menyampaikan. Jadi, cukupkah dengan amalan kita yang ciput, akhlak yang ala kadar, semangat dakwah yang lembik menjadi hujah kita nanti? Dan juga cukupkah untuk menjauhkan diri kita daripada api neraka?


   Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
[At-Tahrim, 66:6]

Hakikatnya, kita menjadi daie dan berdakwah bukan hanya kepada anak usrah kita atau 
murid-murid kita sahaja. Mungkin ini adalah salah satu kesilapan yang kita selalu terlepas pandang. Setiap orang di muka bumi ini ialah objek dakwah kita. Baik mutarabbi, murabbi, mak ayah, kakak, abang, housemate, dan ramai lagi. Terutamanya yang rapat dengan kita. Dengan ahli usrah sendiri pun kita terlupa untuk menunjukkan qudwah yang baik. Sangatlah penting kerana setiap orang memainkan peranan. 

Jadi, renungkanlah. Sejauh mana usaha kita dalam dakwah ini. Sejauh mana kita menjaga qudwah kita. Sekuat mana tarbiyah dzatiyah kita. Yang paling penting sekali, sejauh mana kita merasa dekat dengan Allah SWT.

"Kita melakukan amalan untuk diri kita sendiri. Hikmahnya adalah qudwah." - quoted










=.=
Alhamdulillah
seronok berjaulah dengan usrahmate
jaulah yang sangat bermakna
bertambah sayang
bertambah rindu

Ya Allah
terima kasih kerana memberi nikmat tarbiyah ini

#ukhuwahfillah
[At





=.=