Thursday, December 26, 2013

Masuk air


Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menikmati keindahan alamnya pagi tadi. Pergi Sungai Tekala. Woohoo. Entah seru dari mana ana pun tak tahu. Jin sungai kot. Kekeke.

Menurut analisa ana selama ini, ikhwah akan tunjuk belang time masuk air. Not just literally masuk air, konfem masing-masing pun ‘masuk air’. Termasuk diri sendiri. Haha.

Ikhwah..ikhwah…



Ana terfikir sejenak. Perubahan itu adalah satu proses yang berterusan. Seseorang atau sesuatu makhluk itu pasti akan melalui siri-siri perubahan dalam diri masing-masing. Bukan hanya pada kadar setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, malah setiap minit.

Proses metabolisme dalam badan manusia berubah-ubah mengikut keadaan badan manusia itu sendiri. Dan pastinya keadaan manusia tidak selamanya sama. Mungkin boleh diibaratkan dengan bayang-bayang. Fakta yang menarik tentang bayang-bayang. Tak ada satupun bayang-bayang yang akan sama dengan bayang-bayang yang lain. Contoh, akan sama ke bayang-bayang kita sewaktu berdiri dengan bayang-bayang kita setelah kita bergerak sedikit sahaja ke kanan atau kiri? Tidak sama sekali.

Mungkin teori ana tentang manusia itu tak benar. Boleh buat research lagi. Tapi, point ana kat sini ialah, manusia akan melakukan peghijrahan pada setiap masa. Orang kata, hidup ini adalah membuat keputusan. Atau dalam englishnya, sedap sikit. Life is about making choices. Dan setiap keputusan ini akan menyebabkan manusia untuk berubah atau berhijrah.

Perubahan manusia boleh jadi dari buruk ke baik. Dari baik ke buruk. Dari baik biasa-biasa menjadi lebih-lebih baik dan sebaliknya. Ini semua akan terjadi setelah manusia membuat suatu pilihan. Dan hakikatnya, kuasa memilih ini Allah yang beri kepada kita, manusia. Di mana manusia dikurniakan akal untuk kita berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

So, nak dikaitkan dengan pengalaman ana di sungai, dan ikhwah masuk air. Ana teringat satu tazkirah dari seorang akh. Dia cakap pasal momentum. Okay masuk fizik pulak. Fizik? Apa tu? Hahah.

Momentum kita semasa di dalam air sama ke tak dengan semasa di luar air? Persoalan yang akh tu utarakan lebih kurang macam ni… adakah kita bermain air atau berenang atau berendam-rendam dalam air itu sebagai daie? Bermain dengan mindset kita sebagai daie? Ada tak mindset sebagai abid semasa kita bermain? Masih ingatkah kita dengan isu ummah sewaktu kita bermain?

Hangus

Perubahan manusia dari baik ke arah yang lebih baik sumpah mencabar. Sebaliknya, perubahan dari baik ke jahat tidaklah sesukar mana. Bahagian mana yang susah tu?

Istiqamah. Momentum!

Banyak faktor yang somehow mempengaruhi keupayaan kita untuk istiqamah. Atau mengekalkan momentum tarbiyah kita. Mungkin kerana waqi' berbeza. Orang-orang berbeza. Biah tidak solehah. Atau terlalu solehah sampai rasa tepu. Tapi, kita perlu cuba sedaya-upaya untuk kekalkan momentum tersebut. Bagaimana? Back to Allah of course. 

Senang sahaja untuk seseorang itu istiqamah dalam perkara-perkara jahiliyah. Tapi sangatlah sukar untuk istiqamah dalam perkara-perkara kebaikan. Perkara-perkara yang inshaAllah mendekatkan diri kita kepada Allah swt.

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
[Al-Isra’, 17 : 18-19]

Nah, Allah memang dah cakap. Kalau kita hendakkan akhirat, surely kita kena berusaha. Usaha di sini bukanlah sekadar kita buat sekali dua sahaja. Tapi, berkali-kali. Sampai kita benar-benar ikhlas.

Saat kita masuk  ke dalam kancah tarbiyah dan dakwah, banyak perkara yang kita kena tinggalkan. Aktiviti-aktiviti lama kita, masa lapang, perangai-perangai yang tak patut dan banyak lagi. Butuh kepada pengorbanan.











=.=
Dapat muayashah dengan mutarabbi
Berbunga hati rasa

Alhamdulillah, 
Allah bagi mutarabbi yang menyenangkan hati

:)

Sunday, December 8, 2013

Ma'rifatullah Ma'iyatullah


"Permulaan agama itu adalah Ma'rifatullah." 
- Rasulullah SAW 

Ma'rifatullah bermaksud 'mengenali Allah' 
ataupun bertaaruf dengan Allah. Inilah perkara asas bagi semua pengamal agama Islam. Sepatutnya kita, sebagai orang Islam mengenali Allah dengan sesungguhnya. Bukan hanya mengakui atau mengetahui bahawa Allah itu Tuhan kita malah lebih daripada itu

Perkataan "La ilaha illaLlah" membawa maksud "Tiada Ilah melainkan Allah swt". Saat Rasulullah SAW kita yang tercinta menyampaikan kalimah tauhid ini, para musyrikin Mekah sangat menentang keras apa yang dibawa baginda. Bagi mereka ianya suatu yang sangat besar. An-Naba' !

Sangat indahnya bahasa Arab sehingga susunan perkataan sangat mempengaruhi makna sesuatu ayat atau frasa. Kalimah "Tiada Ilah melainkan Allah SWT" bermula dengan kenyataan bahawa "Tiada Ilah..." iaitu tiada apa yang layak disembah, dicintai, dipuja, diobsesikan, dan sebagainya. Jadi, akan kosonglah hati dan hidup manusia daripada segala Ilah yang ada. Kosong. Tiada makna. Kemudian, kalimah itu disambung dengan "...melainkan Allah". Once hati manusia sudah kosong, hanya Allah sahaja yang akan diisi dalam hati manusia. 

Sepatutnya sebegitulah. Tapi, hakikatnya tidak. Para musyrikin Mekah yang sangat mengetahui bahawa Ilah mereka pada masa itu ialah kekayaan, hiburan, kuasa dan sebagainya. Mereka pun terasa terancam dan tidak mahu meninggalkan segala-galanya hanya untuk menyembah Allah Yang Satu. Samalah juga dengan umat Islam umumnya sekarang. Mereka mengakui bahawa tiada Ilah melainkan Allah tapi mereka tidak pun menunjukkan bahawa mereka menjadikan Allah sebagai satu-satunya Ilah mereka.


"Perkara pertama yang kita perlukan di jalan dakwah ialah Ma'iyatullah dalam setiap langkah, gerak-geri dan diam bahkan pada setiap detik." 

- Mustafa Masyhur, Bekalan di Sepanjang Jalan Da'wah

Ma'iyatullah pula bermaksud merasakan diri sentiasa bersama Allah SWT. Mustafa Masyhur menyambung lagi, "Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia tidak mendapati melainkan kehilangan dan kesesatan. Allah SWT menganugerahkan ma'iyatullah ini kepada mu'min yang bertaqwa dan ihsan."

Pastinya perasaan sentiasa bersama Allah akan hadir saat kita benar-benar mengenali Allah dan sentiasa berusaha ke arah itu.




Sebagai daie yang beramal, perlunya kita dalam memahami konsep ini. Tiada guna dakwah kita yang mengajak ke arah Allah tapi diri kita sendiri masih jauh daripada Allah. Apakah itu dakwah yang sebenar? Tidak sama sekali. Mungkin perasaan ini bukan mudah untuk kita dapati. Teruskan berdoa dan berusaha ke arah itu.

Usaha yang sebagaimana? Menjaga qudwah kita dalam dakwah dan juga menjaga amal fardi kita adalah formula yang tepat dalam kita hendak berdakwah. Kita sebagai daie perlu sanggup melakukan apa sahaja supaya kita sentiasa merasa dekat dengan Allah SWT. Supaya kita rasa sentiasa connected dengan Allah. Supaya kita sentiasa berada dalam landasan sunnah Rasulullah yang benar terutama dalam dakwah kita.


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
[At-Taubah, 9:111]

 Allah sebutkan di sini perlunya kepada pengorbanan jiwa dalam jualbeli kita dengan Allah. Ganjarannya syurga. Sangatlah berbaloi-baloi. Hakikatnya, kita bukan hanya berdakwah malah lebih besar lagi. Melaksanakan Syahadatul Haq kita. Segala kelakuan kita di mana sahaja dengan siapa sahaja akan menjadi hujah kita di akhirat nanti jika ada yang akan mempersoalkan kita adakah kita telah menyampaikan. Jadi, cukupkah dengan amalan kita yang ciput, akhlak yang ala kadar, semangat dakwah yang lembik menjadi hujah kita nanti? Dan juga cukupkah untuk menjauhkan diri kita daripada api neraka?


   Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
[At-Tahrim, 66:6]

Hakikatnya, kita menjadi daie dan berdakwah bukan hanya kepada anak usrah kita atau 
murid-murid kita sahaja. Mungkin ini adalah salah satu kesilapan yang kita selalu terlepas pandang. Setiap orang di muka bumi ini ialah objek dakwah kita. Baik mutarabbi, murabbi, mak ayah, kakak, abang, housemate, dan ramai lagi. Terutamanya yang rapat dengan kita. Dengan ahli usrah sendiri pun kita terlupa untuk menunjukkan qudwah yang baik. Sangatlah penting kerana setiap orang memainkan peranan. 

Jadi, renungkanlah. Sejauh mana usaha kita dalam dakwah ini. Sejauh mana kita menjaga qudwah kita. Sekuat mana tarbiyah dzatiyah kita. Yang paling penting sekali, sejauh mana kita merasa dekat dengan Allah SWT.

"Kita melakukan amalan untuk diri kita sendiri. Hikmahnya adalah qudwah." - quoted










=.=
Alhamdulillah
seronok berjaulah dengan usrahmate
jaulah yang sangat bermakna
bertambah sayang
bertambah rindu

Ya Allah
terima kasih kerana memberi nikmat tarbiyah ini

#ukhuwahfillah
[At





=.=

Saturday, November 30, 2013

Pelik tapi benar

Setelah agak lama berkecimpung dalam dunia dakwah dan tarbiyah. Eh, tak lah lama sangat tapi boleh lah. I've found many interesting personas. Dari dulu sehingga sekarang, orang yang digelar ikhwah tak pernah gagal mengejutkan dan mengagumkan ana. 

Pelik tapi benar

Mungkin itu lah phrase yang tepat. Perangai pelik itu wajib bagi seseorang ikhwah. Ana rasa pasti ramai yang akan bersetuju dengan ana *gelak keji* Pelik tapi hakikatnya indah. Bukan sekadar pelik bermain-main bersenda gurau. Walaupun ada sikit-sikit. Boleh dimaafkan. Tapi tahap pelik mereka-mereka ini semua sampai kehebatan mereka pun tidak boleh disangkal lagi kepelikannya. Hahah.

Uhuk uhuk

Ana kagum dengan beberapa ikhwah yang apabila mereka berkata-kata, nescaya terbakarlah semangat, baju dan hati semua orang. Terpancar di wajah mereka dan dapat didengar daripada kata-kata mereka himmah yang tinggi dan irodah yang kuat dalam melaksanakan tugas Syahadatul Haq mereka. Dan mereka tak pernah kedekut dan kering daripada membasahkan hati-hati kami. 

Golongan kedua yang Allah takdirkan ana bertemu dengan mereka ialah keyboardwarriors yang tak pernah gagal menyedarkan diri ini tatkala hampir futur atau rasa kecewa. Sungguh tiada kebetulan. Tulisan mereka yang ana baca selalunya tepat dengan situasi ana masa tu. Fuhh *pengsan* Dan yang paling ana jeles, bukan pandai tulis je. Cakap pun mantap. Nak jadi macam antum !



Tambahan pula. Ceyh. Ramai juga ikhwah yang ana tengok mereka punya titik tolak lambat tapi hammasahnya melebihi orang lain. Ini memang salute habis. Malu rasa. Tapi, alhamdulillah, sedikit sebanyak bagi push kat diri yang gemuk ni. Malas 

T_T

Banyak lagi ikhwah yang ana dah jumpa. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan ana percaya ana dan antum pun ada kelebihan itu. Dan benarlah kata Rasulullah SAW dalam hadithnya yang fofular...


 Manusia adalah seperti logam. Baiknya sewaktu jahiliyah, bailah juga sewaktu Islam. Sekiranya mereka faham.
Logam-logam ini melengkapkan antara satu sama lain. 
Dan ana pasti orang-orang yang ana jumpa tak lain hanyalah mereka yang faham. Faham tugas mereka. Tak pernah berhenti dan menyerah untuk menyentuh hati-hati di luar sana. Dan juga hati ini yang sering dahagakan tarbiyah dari Allah. Dan mereka Allah turunkan untuk mentarbiyah ana kerana setiap logam melengkapi antara satu sama lain :)















=.=

betapa powernya muayashah

ianya menghangatkan ukhuwah
menambah kesefahaman fikrah
dan juga benda-benda tambahan
yang hanya boleh didapati time muayashah

belum cuba belum tahu..hehe
(~ =.=)~


-Ruh Baru-

Saturday, November 23, 2013

Tadabbur Zilzal

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihatnya.
Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihatnya.
 
[Az-Zalzalah, 99 : 7-8]

Amal itu buah kepada iman
Itu yang sering disebut oleh murabbi ana
Tiada guna segala amal dan juga tarbiyah yang kita peroleh dalam liqa' 
ilmu yang kita dapat dari ceramah-ceramah live dan youtube
recording-recording daurah yang mengasyikkan
tapi tak berlaku pun amal yang di'sembang'kan

Allah melihat kepada sekecil-kecil amal
Even amal yang kita rasa bukan kita yang patut buat
Inilah masalah kita sekarang
Terlalu memilih dalam beramal dan juga merendah-rendahkan amal




Berkata tentang memilih amal
kita seringkali berfikir berpuluh kali dalam beramal
selalunya amal-amal yang kecil seperti bersedekah, kutip sampah, siram tandas dan yang sewaktu dengannya
Sedangkan boleh jadi, dengan amal itulah kita akan layak masuk syurga
Dan seringkali kita sibuk memilih amal
dan eventually kita tak buat apa pun
we end up to do nothing
Jadi sia-sialah masa kita di dunia


Kalau dari segi merendah-rendahkan amal
Sungguhlah bahaya sifat ini
kepada kita dan hati kita terutamanya
kita akan rasa amal kita sekaranglah yang paling baik
kita akan rasa ini sahajalah amal yang patut kita lakukan
tetapi hakikatnya, amal yang kita sedang lakukan akan tak lengkap
tanpa adanya perasaan perlu dalam diri kita
kepada amal-amal yang lain

Dua ayat terakhir Az-zalzalah ini juga adalah bukti 
bahawa Allah tidak melihat pun pada hasil perbuatan atau pekerjaan kit
Allah melihat kepada amal atau usaha kita
Walau sekecil mana pun
Amal tetap amal
Dan amal yang diterima di sisinya pastilah yang ikhlas keranaNya
Dosa juga tetap dosa

Kurang benarlah kata pepatah
"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"
Ana rasa tak perlu berpada-pada dalam berbuat baik
Kerana itulah peranan orang yang beriman
bukan hanya menjadi baik dan berbuat kebaikan
malah mengajak orang lain untuk sama-sama merasai nikmatnya

Akhir sekali
Bagi pendapat ana
segala amal yang kita lakukan adalah tarbiyah buat diri kita
dan juga indikator kepada sejauh mana tarbiyah kita membekas dalam diri kita
we'll never know amal kita yang mana satu yang akan melajukan lagi dakwah kita
amal kita yang mana satu melayakkan kita ke syurga
amal kita yang mana satu mendapat keredhaan Allah swt
The Love of our life





=.=
amal down
qudwah zero
for the meantime
teruk...teruk...

doakan ana tsabat dan istiqamah
(^^)Y

Tuesday, November 19, 2013

Tadabbur Al-A'raf


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. 

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." 

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina". 

[Al-A'raf : 11-13]


janganlah kita menjadi seperti syaitan
yang sombong di hadapan Allah

seharusnya kita sebagai hamba
tak perlu persoalkan atau meragui dengan perintah Allah
tak perlulah kita nak mencari faedah solat dan puasa baru kita nak solat
tak perlulah kita nak mengetahui keburukan sesuatu yang diharamkan
seperti babi dan arak baru kita nak tinggalkan

kerana hakikatnya kita ni hanyalah hambaNya
pasti ada hikmahnya
tak perlulah kita mencarinya
kerana yang pasti Allah akan bagi yang bagi yang terbaik buat hambaNya
especially yang beriman dan bertakwa

first and foremost
kita kena didik hati kita untuk dengan lapang dadanya
menerima dan melaksanakan segala perintahNya
dan juga meninggalkan segala laranganNya

sekadar renungan bersama
kalau kita jadi seperti Iblis yang sombong,
manakah tempat yang paling layak bagi kita?



Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; 

[Al-A'raf : 18]









=.=
Alhamdulillah
sedang menikmati kehangatan ukhuwah
kelazatan tarbiyah
dan keoseman dakwah

jom like page ni...

pengisian dari ana dan akh yg tersayang
selamat beramal
;)

Friday, November 1, 2013

Ada apa dengan tarbiyah

Orang kata, 
Pengalaman mematangkan kita.

Benarlah kata-kata itu. Tak boleh setuju lebih (baca : couldn't agree more). Fuh. Cek-cek blog. Dah lama juga tak menulis. Mungkin disebabkan aturan masa yang masih tidak stabil. Almaklumlah. Ana dah pun masuk ke fasa hidup yang baru. Fasa degree. Hmm. Moga Allah mempermudah. Amin.

Bercerita tentang pengalaman. Banyak pengalaman kita, sebagai manusia telah lalui. Sejak lahir hingga sekarang. Eh, mungkin pengalaman yang kita ingat bermula dari umur kita lebih kurang 5 tahun. Setuju? Hehe. Pengalaman mematangkan. Hmm. Sejauh mana ianya mematangkan? Pengalaman yang sebagaimana?

Tak ada kebetulan dalam hidup ini. Ya, sangat setuju. Yakinlah semua yang terjadi terhadap kita adalah ketetapan dari Allah. Dan ianya mungkin antara jalan yang Allah beri untuk lebih dekat kepadaNya. Sweet tak sweetnya Allah ni. Kita pernah jatuh basikal. Kita pernah bergaduh dengan kawan kat sekolah. Kalau nak lebih jahiliyah lagi, kita pernah couple. Kita pernah merokok. Kita selalu lawan cakap mak ayah. Mungkin pernah terjadi antara kita. Percayalah, semuanya itu hanyalah kitaran hidup yang Allah dah tentukan untuk menyedarkan kita dan juga mematangkan kita.

Jujur. Bagi ana, tarbiyahlah yang mengubah persepsi dan cara hidup ana selama ini. Kalau tak kerana tarbiyah, wallahu a'lam, ana jadi ape pun tak tahu. Alhamdulillah.

I should say, tarbiyah mematangkan kita. Fuhh.

Pengalaman selama dua tahun berkecimpung dalam medan dakwah dan tarbiyah ini cukup mematangkan ana. Wallahu a'lam sematang mana. Banyak yang ana dah belajar. Hmm. Macam dah jadi diari je ni. Haih. 

Point yang ana nak terangkan di sini ialah dengan tarbiyah sahaja seseorang itu akan faham erti sebenar hidup ini. Tanpa tarbiyah, manusia tidak akan berjaya menghadapi pelbagai ujian di dunia. Dan kadang mereka even tak nampak pun ujian yang Allah bagi seperti ujian kesenangan dan kemewahan. Dan eventually hanyut. 

Selain itu, bagi ana personally, tarbiyah adalah cara yang paling berkesan untuk kita mengenal Allah. Apa guna hidup kita kalau kita tak mengenal Allah. Bukan mengenal dengan sekadar tahu dan mengakui Allah sebagai Pencipta kita. Malah jauh lebih daripada itu. Huh. Like seriously. Menyedari hakikat Allah sebagai Ilah kita. Menyedari bahawa banyak kerja yang kita kena buat sebagai hambaNya. Semuanya untuk apa? Untuk Allah semata. Tiada lain.

Tarbiyah membawa ana dekat dengan Al-Quran. Kalau dulu, tersangatlah jauh. Mungkin dekat dalam konteks distance dan displacement di rumah. Antara katil yang empuk dan rak buku yang berhabuk. Eheh. Tapi, jauh dari hati. Manusia kalau memahami Al-Quran, takkan dapat mengenal Allah. Takkan dapat merasai nikmatnya hidup. Takkan dapat belajar dari sejarah. Dan banyak lagilah. Konklusinya, rugilah orang yang sebegini. Dengan memahami Al-Quran, kita akan bertambah yakin dengan Allah melalui janji-janjiNya. Secara tidak langsung menguatkan kita menghadapi hidup ini. Kita akan rasa dunia ini hanya ujian yang  sementara. 

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."
(Ali Imran, 3:146) 

Mungkin ramai yang mengenali Syed Qutb rahimahullah. Sangat menarik kisah tokoh dakwah ini. Dalam muqaddimah kepada kitabnya, Tafsir Fi Zilalil Quran, beliau berulang-ulang kali berkata tentang betapa nikmatnya dapat memahami Al-Quran. Hidup di bawah bayangan Al-Quran. Beliau merasa sangat menyesal walaupun sudahpun menghafal Al-Quran sejak kecil, tapi tidak memahaminya dan jauh sekali dari mengamalkannya. 

" Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang."

Kita pula bagaimana? Tidak mahukah kita untuk merasai nikmat tersebut? Jadi, kenalah ikut tarbiyah. Hehe.



Yang paling penting bagi ana, tarbiyah juga mengajar kita supaya memperbaiki hubungan bukan sahaja dengan Allah, tapi dengan seluruh makhluk terutamanya manusia. Menyedari hakikat bahawa hidup kita bukan untuk diri sendiri. Tak ada masa untuk kita hanya memikirkan makan pakai diri kita sendiri semata-mata. Di saat kita menyedari realiti umat pada masa kini yang tenat. Bukan sahaja tenat, tapi hampir mati. Ana sangat terkesan dengan banyak jenis orang yang turut berada dalam tarbiyah ini yang bernama Ikhwah. Heheh. It's just so amazing and wonderful to actually get the chance meeting and knowing these kind of people. Orang-orang yang hidupnya pure untuk dakwah dan tarbiyah. 

Moga Allah sentiasa memberikan hidayah supaya kita sentiasa berada dalam gerabak ini. Dengan kapasiti dakwah yang semakin tinggi dari masa ke masa. Dengan tarbiyah yang merendahkan lagi diri kita di hadapanNya. InshaAllah.









=.=
tengah brainstorm 
macam mana nak fully utilise masa
untuk mantapkan dakwah dan tarbiyah
plus ilmu sihir

hurmmm
doakan ana !

Wednesday, September 25, 2013

Sudah takdir

Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Masa berlalu dengan pantas. Masa itu adalah kehidupan. Bagaimana kita manfaatkan masa kita, begitu jualah kehidupan kita.

Pejam celik pejam celik. Umur ana dah mencecah seperlima abad. Alhamdulillah. Bertambah syukur kerana diberi oleh Allah nikmat tarbiyah. Dua tahun. Masih mentah. Tapi entah. Ana rasa sudah lama ikut tarbiyah. Mungkin sebab inilah fitrah manusia. Berada di dalam kancah dakwah dan tarbiyah. Tidak syak lagi. Takdir Allah mengenepikan segala.

Tidak timbullah persoalan, "Kenapa aku yang Allah pilih? Ramai lagi yg lagi baik dari aku." Istighfar. Syukur. Allah berfirman, 

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim, 14:7)

Allah pasti akan menambah nikmat tarbiyah. Kemanisannya pasti akan semakin terasa. Manisnya hakikat bahawa kitalah umat yang terpilih. Dan dalam kalangan yang terpilih itu, kitalah yang dipilih oleh Allah.

Keberadaan ana di universiti 'Ini Memang Urban' membuka mata ana seluas-luasnya. Almaklumlah tak selalu bercampur dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama pastinya memandangkan kampung halaman ana boleh dikatakan soleh. Bolehlah.

Culture shock? Alhamdulillah, tidak. Banyak orang yang membantu. Tarbiyah terbukti satu formula yang berkesan dan efektif. Tidak boleh disangkal lagi. Dua tahun di Kolej Tarbiyah Antarabangsa sedikit sebanyak mempengaruhi sahabat-sahabat ana dan ana sendiri. Hakikatnya, ramai sahaja yang hanyut dibuai keseronokan sementara. Muslim pun ada. Hurmm.

Ini membuatkan ana muhasabah. Terbeliak mata. Tercucuk dada. Kerja kita masih banyak ! Berlambak malahan. Kenapa boleh jadi sebegitu? Sebab kita tak buat kerja  T_T

Dimanakah dakwah? Di manakah nilai islam?

Ana pasti orang-orang not-yet-muslims akan keliru dengan agama islam yang dicanang-canangkan sebagai agam yang paling benar. Hakikatnya, kerana ada banyak jenis dan lapisan 'muslim' marcapada ini. Ada yang pakai tudung labuh, ada yang tak pakai langsung. Ada yang tengok perempuan pun tak nak, ada yang bertepuk tampar bergurau senda tak ingat dunia. Ada yang bergegas untuk solat, ada yang watlek watpis saja. Mereka terdorong untuk menyertai mereka instead of mengelaknya. Apabila pandangan manusia dan hawa nafsu menjadi tuhan mereka, inilah jadinya. Timbul perasaan takut untuk menjadi lain daripada yang lain. Takut dikatakan jumud dan kolot.

Ironi makaroni.

Sepatutnya tidak. Jika semua orang faham akan tujuan hidup mereka dan melaksanakan Syahadatul Haq, pastinya ramai akan tertarik dengan Islam. Di saat semua orang Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai GPS kehidupan dan berakhlak seperti Rasulullah SAW.



Ana kagum dengan ikhwah akhowat di Mesir. Dakwah mereka membekas. Membekas dan mempengaruhi orang-orang lain yang bukan dalam ikhwan. Malah ada juga yang tidak menyokong ikhwan. Mereka bersama-sama turun di dataran Rabiah. Tanpa prejudis. Mereka mempunyai tujuan masing-masing untuk mebantah pihak kudeta. Bagaimana boleh jadi sebegini? Kerana dakwah mereka murni kerana Allah. Dakwah yang sebenar. Kita?

Pengsan

Ternyata tidak cukup dengan hanya merasa beruntung kerana terpilih untuk mendapat tarbiyah. Saat Allah memberi hidayah kepada kita bermulalah tanggungjawab kita untuk berdakwah dan mentarbiyah orang di sekeliling kita. Sebelum ini kita tidak melakukannya kerana mungkin kita jahil. Tetapi, setelah Allah menyedarkan kita, tiada pilihan lain daripada melaksanakan kerja ini. Jika kita tidak melaksanakannya, tergolonglah kita dalam orang-orang yang fasiq.

Tertarik dengan kata-kata seorang akh R di fesbuknya, 
Masa kita kecik dulu, murabbi yang sediakan medan utk kita bergerak. 
Bila dah besar, kena fikir sendiri, rancang sendiri, dan menggerakkan sendiri. 
Kalau tak mampu berlari kencang, berlari. 
Tak mampu berlari, berjalan. 
Tak mampu berjalan, bertatih. 
Tak mampu bertatih, mengesot. 
Yang penting, jangan berhenti bergerak. 

Sob sob.. No matter what. We can't stop. Banyak kerja lagi ni. Haiya haiya !!








=.=
making a big decision for my life
but actually
every decisions are all big
because we are planning for a bigger life
which is akhirah

inshaAllah inshaAllah

Saturday, September 7, 2013

Saki baki dan harapan


Berada dalam suasana atau biah yang solehah. Bersama orang2 yang memahami Islam sesungguhnya malah mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Membuatkan kita rasa tenang. Rasa selamat. Rasa terjaga.

Namun sedar tak sedar, banyak lagi tempat di luar sana yang tidak ada nilai Islam langsung. Biah solehah? Jauh sekali.

Itulah realiti. We have to accept the fact. Ada orang yang lena dibuai oleh kesenangan dan so called ketenangan ketika berada dalam suasana yang soleh. Tetapi apabila dia terpaksa keluar dari comfort zone. Suasana di mana dia yang terbiasa dengan suasana soleh, menjadi minoriti. Hanyut dibawa dek arus. Kerana apa? Kerana terlalu selesa.

Saat muslim menjadi minoriti, kita boleh lihat akan ada orang yang terikut-ikut dengan gaya hidup atau millah golongan majoriti, iaitu bukan Islam.

Dakwah dan tarbiyahlah jalan penyelesaiannya.

Bilamana kita akui bahawa kita sudah ditarbiyah, sepatutnya kita mengenali yang mana Islam dan yang mana jahiliyah dengan jelas dan nyata. Jadi sepatutnya kita tahu batas kita. Kerana tarbiyah islamiyah takkan pernah boleh bercampur dengan tarbiyah jahiliyah.

Bilamana kita kata kita berdakwah, ianya bermaksud kita yang membawa seseorang ke arah Allah dan Islam itu sendiri dan bukannya kita hanya menjadi peserta atau penyokong kepada Islam itu.
Arruhul jadid fi jasadil ummah. Ruh2 yang sudah disentuh dan ditarbiyah inilah yang menjadi nukleus kepada perubahan sesuatu umat.

Menjadi saki baki muslim yang beramal tidak bermaksud kita boleh hanya goyang kaki. Menjadi muslim harapan bukan sekadar mengharapkan orang meminta pertolongan daripada kita. 

Kefahaman yang tinggi dan iman yang jitu terhadap fikrah islamiyah ini seharusnya menggerakkan kita. Menjadikan kita lebih proaktif dan agresif dalam dakwah. Komited dalam tarbiyah. Kita menarik ramai lagi orang ke dalam lingkungan ibadah. Tidak mahu lagi berkompromi dengan jahiliyah. Dengan harapan dapat menyentuh semua hati2 di luar sana yang masih mati. Yang masih gelap. Terhalang dari mendapat cahaya Islam yang sebenar.



"Ini adalah kerana untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidak perlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai dan menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukan ialah menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan kesungguhan mereka dan memperkenalkan kepada mereka jalan amal dan fiqh da'wah." 

Muqaddimah Al-Muntalaq
Sheikh Ahmad Ar-rasyid




=.=
Moga Allah redha
sudah memasuki medan amal yang jauh lebih luas
jauh lebih mencabar
dan jaaaaaaaaaauuh lebih osem !

Allahummansuril Islam wal muslimin ! 

Sunday, August 18, 2013

Allahu Musta3an !

Fuh. Penat balik dari kampung. Entry ni ana hajat nak tulis sebelum balik lagi. Tak berkesempatan. Allah tak izinkan. Jadi inilah masanya.

Mood raya masih tak habis lagi. Alhamdulillah. Dah sedikit tenang bile dah dapat result hekzem. InshaAllah kerjaya pilihan - kononnya - dapat dikecapi. Masih jauh perjalanan. Fuh. Rasa bahagia bercampur sedih. Di saat berdebar2 menanti result, seluruh dunia digemparkan dengan krisis di Mesir. Mood terus hilang nak ambil result. Mulalah mencari segala update tentang ikhwah akhowat di sana. Segala post tentang result buat tak tahu saja. Tak berhenti memikirkan tentang mereka yang berjuang di sana. Tetapi diri sendiri masih lena dan leka diulit selimut yang lembut dan toto yang empuk. Jahiliyah keliling pinggang. Berangan lebih. Semangat cakap nak tegakkan Islam sampai UA. Tapi amal macam biskut. Kejap ada kejap tak ada. Lembik.

Angka syahid sudah melebihi 2000. Seorang akh kata, "Kuota syurga semakin berkurang". Wallahu a'lam syurga ada kuota atau tidak. Tapi yang pastinya syurga itu eksklusif. Dan hanya orang2 yang hebat saja yang layak. Ikhwah akhowat Mesir adalah benchmark yang nyata yang kita boleh lihat sebagai requirement nak masuk syurga. Ala2 grade boundaries pulak. Eheh.

Ujian demi ujian menimpa mereka. Semestinya ada sebab mereka diuji sebegini. Mari kita tadabbur dua ayat berikut.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(Al-ankabut : 2) 

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.(Al-Ahzab : 11)

Mereka diuji kerana mantapnya aqidah mereka yang seteguh karang. Kerana melangit tingginya keimanan mereka. Kerana kekhusyukan ibadah mereka. Dan pastinya ujian Allah ke atas mereka tidak lain tidak bukan untuk meninggikan lagi martabat mereka. Ujian Allah bak goncangan yang dahsyat dalam hati2 mereka untuk menguji keteguhan iman mereka. Peristiwa ini juga kalau kita lihat sepertimana keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu Perang Al-ahzab. Mereka diuji dengan ujian yang bukan calang2. Hati2 sahabat semuanya bagai digoncang kuat. Timbullah keraguan di hati mereka. Namun dgn iman mereka pada janji2 Allah dan Rasulullah, mereka teguhkan hati dan tidak berputus asa. Dan Allah memberikan pertolongan dari tentera2 malaikat. Subhanallah.

Hidup mulia atau mati syahid. Itulah cita2 seorang muslim. Yang sebenar. Dengan cita2 ini pastinya tiada lagi ketakutan di dalam diri menentang musuh2 Allah. Dgn cita2 ini, segala cita2 lain yang bersifat materi seperti tiada makna sama sekali. Percayalah bahawa musuh akan gerun kepada kita bilamana perjuangan kita berasaskan kepercayaan ini. Siapa tak takut nak berlawan dengan orang yang nak mati. Allahu akbar!

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.(Al-baqarah : 154)

ketahuilah bahawa mereka tak mati. Tapi hidup di sisi Allah. Tiada yang lebih indah kan daripada dapat berjumpa Allah. Kerana ghoyah kita hanya Allah. Bukan dunia. Bukan manusia. Bukan syurga.





Ayuh kita muhasabah diri. Sudah di tahap manakah kita dalam tarbiyah dan dakwah ini. Banyak mana komitmen dan kesungguhan kita dalam jalan ini? Bersediakah kita untuk menghadapi situasi seperti ini? Kerana percayalah jika kita masih kekal di jalan ini, bakal ada ujian yang sangat dahsyat menanti kita. Wallahu a'lam dalam bentuk apa yang Allah nak bagi. So kita kena bersedia dari sekarang lagi.

Silalah cakna terhadap masalah ummat. Krisis Mesir ini bukan masalah Mesir semata-mata. Bukan hanya perjuangan rakyat Mesir. Barangsiapa yang tidak ambil peduli nasib saudara mereka di mana-mana pun, mereka tak perlu nak mengaku saudara. Pergilah dirimu dengan dirimu sendiri. Memang hidup ini untuk hibur diri sendiri je. Uhuk. Emo jap.

Ayuh... teguhkan hati ! Kuatkan diri untuk mengorak langkah. Menuju Allah. Di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Moga kita bersama para syuhada' di syurga nanti. Boleh sembang2 kat sana. Ewah. InshaAllah.

Moga Allah memberikan kemenangan kepada para mujahidin di Mesir. Moga Allah tempatkan mereka di kalangan para syuhada'. Moga Allah teguhkan hati mereka dan memberi istiqamah kepada mereka untuk terus bertahan. 







=.=
untuk hapdet tentang Mesir
silalah usha page 'Mesir Kini'
InshaAllah ini sumber yg paling istiqamah dan sahih
Kalau nak cari kat BH dgn Utusan je ...
memang sampai ke tua lah takkan tahu

Jom ramai2 tukar profile picture fb dgn gambar ni ~(=.= ~)



Jom kita doa untuk mereka di sana !
Jom qunut nazilah ! (boleh Google~)
Allahu musta3an !

Wednesday, August 7, 2013

Sungguh indah malam itu...


Selesai Azlan solat Maghrib berjemaah bersama keluarganya, telefon berdering. Lagu raya. Ironi. Dilihatnya skrin handphone pemberian abang. Mustaqim. Lalu, Lan angkat.

"Assalamualaikum Lan. Jom pergi minum2 lepas terawih."

"Eh, Aqim. Kat mana?"

"Tempat biasa dulu dulu. Bistro. Aku belanja."

Dengan pantas Lan mengenakan jubah Al-Haramainnya. Minyak wangi Habibi pemberian usrahmate dicalit sana-sini. Sunnah. Kopiah putih yang sudah tak berapa putih dipakai di kepala. Kunci kereta Harrier dicapainya sambil meminta diri dengan ibunya.

Kereta dipacu dengan laju. Hati penuh dengan curiousity. Mustaqim, nama manja Aqim, senior sekolahnya. Tapi, dah macam sebaya. Tak kisah dah umur berbeza. Lama tak jumpa sejak masing2 mengambil haluan masing2. Kolej yang berbeza. Aqim mengambil bidang kejuruteraan di Manchester, UK. Lan masih di Kolej Maha Busy ambik IB.

***

Subhanal malikil ma'bud....Subhanal malikil maujud...

Selesai sahaja membaca doa. Lan terus mencari-cari Mustaqim. Kelihatan Mustaqim sedang membaca Al-Quran. Khusyuk tadabbur. Lan mendekatinya dengan bajet comel dari belakang.

"Cak ! Aqim !"

"Sadaqallhul 'adzim... Eh, Lan. Aku dah agak dah kau nak buat camtu."

"Hampagas. Anti klimaks betul. Haa. Sihat? Lama tak jumpa. Rambut pun dah panjang ni. Ingatkan awek mana tadi. Huhu."

"Standard lah bro. Overseas student. Nanti kau fly camni jugak nanti."

"Eh, jomlah gi minum. Aku haus ni."

"Jom!"

Lan dan Aqim bingkas bangun.

***

Sampai di bistro. Bistro kegemaran zaman sekolah. Tempat melepak lepas main basketball.

"Anney ! Order !"

Lan order roti naan cheese double bersama sky juice kegemaran. Aqim minum teh tarik gelas besar.

"Lan . Ingat lagi kan dulu-dulu kita selalu lepak sini. Dengan pelloh-pellohnyee. Haha."

"Haha. Mestilah  ingat. Those times. Dulu kita sembang apa je ek?"

"Pasal apa lagi? Pasal awek. Mengumpat orang. Mengarut2. Buang masa je."

Order sampai. Laju. Kepantasan mamak di situ menjadi-jadi sejak dulu lagi.

"Alhamdulillah. Teh tarik dah sampai. Tekak aku pun sakit ni. Asyik minum ais je. Hehe."

Azlan senyap seketika. Belum mula makan.

"Asal kau nak jumpa aku ni Aqim? Tiba-tiba je. Dah lah aku sorang je."

Mustaqim pun menghabiskan tegukan terakhirnya. Haus sangat. Senyum sinis.

"Owh. Hampir lupa. Eh, taklah. Orang kata apa? Hidup ini ada tujuan. Kan? So konfem lah ade tujuan aku nak jumpa kau ni. Haha.

Masa tu kau ada cerita kat aku yang kau join usrah. Kan? Direct gile. Haha."

"Oh. Hmm. Dah agak dah kau nak tanya pasal benda ni. Aku segan lah."

"Buat apa nak segannya. Macamlah aku tak ikut usrah."

"Kau dah lama join. Aku ni mentah lagi. Entahlah  Qim. Aku rasa macam tak sesuai je aku masuk usrah."

"Merepek. Ada kelayakan ke nak masuk usrah ni? Usrah mana kau ikut ni? Haha."

Lan menyuap beberapa suapan roti naan cheesenya ke dalam mulut. Suasana senyap seketika.

"Aku sebenarnya bukan rasa tak layak join usrah. Tapi.."

"Tapi apa? Cakap lah terus. Ni bukan drama indon."

"Yelah. Masalahnya sekarang. Naqib aku suruh aku bawak budak2 baru usrah pulak bukak sem ni. Manalah boleh. Aku? Jadi naqib? Hancurlah budak-budak tu."

"Aku dulu rasa camtu jugak lah. Tapi kan..."

Mata mereka bertentang.

"Haha. Lupa. Ni bukan cerita indon. Tapi kan, yang penting sekarang kau bawak je."

"Kau lainlah Qim. Kau memang lagi alim dari aku. Aku ni? Solat jemaah berterabur. Sekarang okay sikitlah. Dah insaf. Tajwid tunggang-langgang."

"Dah tu. Kau ingat aku ni perfect sangat? Mana kau tau aku solat jemaah full dulu. Tajwid aku pun haywire jugaklah."

Lan terdiam.

"Kita ni lebih kurang je Lan. Ingat lagi dulu kat sekolah. Nauzubillah. Bila aku ingat balik. Jahat giler kot kite dulu."

"Bukan jahatlah. Nakal je."

"Kalau dah perangai macam anak setan tu tak jahat ke. Haha. Alhamdulillah sekarang Allah dah bagi hidayah kat kita. Kena bersyukurlah."

"Memanglah aku bersyukur."

"Then, kenalah bawak usrah. Tarbiyah ni bukan untuk kita sahaja tau. Zalimlah kita kalau kita tak bagi peluang kat orang lain yang belum dapat tarbiyah. Dalam erti kata lain usrahlah."

"Tapi. Ilmu tak cukup lagi."

"Hah. Tak yah nak gedik cakap camtu. Aku ni duk Manchester pun alhamdulillah dapat je ilmu. Kau yang duk kolej ala2 sekolah agama tu lagilah. Buat apa ilmu banyak2 tapi tak membuahkan amal?

Dalam usrah kita bukan nak muntahkan ilmu je Azlan ooii. Ar-Rasul sendiri pun diutuskan bukannya untuk menurunkan ilmu. Bukan untuk jadi pereka fesyen jubah. Bukan pakar pemakanan. Makan kurma, susu dan sebagainya. Tapi, Baginda diutuskan untuk menyentuh dan mentarbiyah hati-hati para sahabat. Kalau nak cerita pasal sahabat, banyak gila contohnya. Kang sampai ke tengah malam aku cerita."

"Tapi, aku tak ready lagi lah aku rasa."

"Tapi..tapi... Haish budak ni. Hurmm. Ekceli normal je perasaan ni. Aku dulu lagilah first time nak bawak usrah. Aku ponteng usrah kejap2 sebab tak nak jumpa naqib aku. Haha. Lagi teruk.

Tapi, time tu tiba2 terdetik dalam hati aku. Sampai bila aku nak lari? Sampai bila aku nak betul2 sedia? Usrahmate aku yang lain pun terbang-terbang dah bersama anak2 usrah masing. Aku, entah ke mana.

Aku suka kata2 ni. Al-akh as-sodiq, la budda an yakuna murabbiyan. Seorang akh yang benar, mesti jadi murabbi. Jadi naqiblah. Bilamana kita percaya kita ni bawak benda yang benar, kita wajib bagitahu orang lain. Kalau kita rasa tarbiyah ini jadi sebab kita dapat hidayah, kita kena ada rasa yang kita nak orang lain pun dapat hidayah tu. And paling best sekali kalau orang yang kita tarbiyah pun akan bersemangat nak tarbiyah orang lain pulak. Adik2 junior, contohnya.

Memang junior kita lah sasaran dakwah kita. Medan amal kita. Tak boleh lari mana dah."

"Amboi. Banyknya kau cakap. Tapi, betul jugak kau cakap ni. Tak tahu kenapa, naqib aku selalu je cakap benda yang lebih kurang sama tapi tak pernah nak terasa pulak. Aku selalu persoalkan. Kenapa aku?"

"Haha. Allah nak bagi hidayah kat kau thru aku. Alhamdulillah. Dapat unta merah satu. InshaAllah."

Mustaqim memanggil mamak meminta segelas air suam. Cuci tekak.





"Kau tau tak Lan apa aku rasa bila tahu kau masuk usrah? And nak mula bawak usrah."

"Rasa apa? Aku rasa biasa je."

"Aku rasa terharu kot. Aku selalu terfikir. Aku sorang je ke yang dapat tarbiyah ni. Korang, kawan2 aku time sekolah dulu berhak jugak dapat tarbiyah macam aku."

Mata berkaca-kaca.

"Tapi aku yakin. As long as aku buat kerja dakwah ni. Pasti Allah akan kabulkan doa aku. Kalau tak aku yang tarbiyah direct pun, mesti Allah akan sediakan orang lain untuk tarbiyah mereka. Family aku, kawan2 aku, cikgu2 kita. Inilah misi kita Lan. Allah dah pilih kita kot Lan. Ni bukan macam terpilih masuk AF atau jadi wakil rakyat ke. Tapi, Allah dah pilih kita jadi da'ie kat tempat kita ni. Tak ada yang lagi best dan sweet daripada apa yang aku ngan kau dah dapat ni."

"Sweetlah kau ni. Sejak masuk usrah ni jiwang habes. Haha."

"Nak sweet lagi tak? Lan, aku sayang kau fillah."

"Erk. Anney ! Kira !"

Mustaqim gelak hampa. Tapi dia pasti Azlan mesti rasa yang sama. Segan mungkin.

"Qim. Janganlah camtu ngan aku. Aku tak boleh lah. Simpan dalam hati dah lah. Buat kat anak usrah kau pun cukuplah. Pinky swear?"

"Aku tak janji Lan. Even sahabat pun cakap camni kat sahabat yang lain. Mestilah aku nak buat. Haha. Bab ni tak apa kalau tak ready lagi."

"Jom lah balik. Esok nak qiam lagi. Ada can lagi ni nak jumpa dengan Miss Lailatul."

"Betul betul. Eh, jangan lupa baca buku yang naqib kau suruh baca. Aku dah bagi PDF kat kau kan. Jangan malas. Kena baca. Barulah ready. Aku dulu menyesal jugak baca nak tak nak je. Haha. Serius ni. Baca tau."

"Baiklah Abang Mustaqim..."

Lan buat gaya tabik dengan muka bajet comelnya.

"Hish. Nak je aku cubit budak ni."

Perpisahan mereka ditemani gelak tawa. Sungguh indah malam itu. Lailatul qadar, mungkin. Senyum.








=.=
Okay, post ini panjang
Tak tahu kenapa

Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya
Syawal datang untuk dirayakan

Taqabbalallahu minna wa minkum
Allahumma ballighna Ramadhan fil mustaqbal

Ramadhan ya habib pasti akan dirindui
Moga Allah kurniakan istiqamah buat kita
Setelah keluar madrasah tarbiyah ni

yosh !