Friday, February 1, 2013

Inilah jalannya

Masa berlalu. Pantas. Tanpa ku sadari, genap 20 tahun umurku. Pejam celik pejam celik. Sekejap sahaja. Orang putih kata time flies like an arrow. Mungkin betul. 

Usia bertambah. Meningkat dewasa. Brain development dah hundred percent. Sepatutnya di usia inilah seseorang itu mula matang dan mula berjinak-jinak untuk memikirkan what's ahead. 

Kita undur semula masa sewaktu zaman keropok Bika dan Teletubbies dahulu. Riang gembira. Makan nasi mak suap. Nak main game ayah belikan play station ataupun game yang pakai tape tu. Hampir semua kartun dilayan sehingga menjadi makanan ruji. Jajan pulak, sebut je ape, semua telan. Haha.

Gelak sendiri.

Masuk zaman persekolahan. Pergi sekolah Isnin sampai Jumaat. Yang belah-belah utara pulak Ahad sampai Khamis. Bawak beg berat-berat yang berisikan buku teks SPBT. Heh. Bangun bagi salam kat cikgu kuat-kuat time cikgu masuk. Makan mewah kat kantin. Minum air susu rancangan makanan yang masam. Subjek kegemaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Naik sekolah menengah. Bergaya habis-habisan. Padahal nak pergi sekolah je. Study bagai nak rak. Laci tak nak pulak. Fly asrama ana tak pernah rasa pulak. Usik-usik cikgu. Rasa SPM lah segala-galanya.

Nostalgia.

Takdir Allah. Masuk kolej. Buat persediaan. Rasa seronok dapat tajaan. Rasa bangga untuk mak ayah dapat peluang nak fly. Ke luar negara. Mungkin UK. Ireland. India. Tanpa berfikir panjang ana teruskan. Dengan niat dapat bahagiakan mak ayah. Dapat kerja yang baik. Duit yang cukup pada masa hadapan. Hidup senang. Titik. Tak lebih.

Namun...

Dakwah dan Tarbiyyah menyapa. 

Ana ingat lagi. Tatkala kali pertama bertemu murabbi yang dicintai. Saat perkenalan yang ana anggap tak signifikan pun pada masa itu. Hanya perkenalan senior junior. Dia mula membawa ana ke majlis-majlis halaqah. Ana ikut sahaja. Belanja makan. Sering bertanya khabar. Bagai abang yang penyayang. 

Tak lama ana tersedar ana sudah terperangkap. Tapi pelik. Ana rasa tenang. Seronok. Terperangkap dalam erti hidup yang sebenar. Mungkin lebih tepat lagi bebas dari belenggu dunia yang hanya tipu belaka. Bebas dari jahiliyah yang dicanang-canangkan. 

Menangis. 

Syahadatul Haq tamparan hebat. An eye opener. Jujur. Selama ini ana tertanya-tanya. Kenapa 'mengucap dua kalimah syahadah' itu rukun Islam yang pertama. Senangnya jadi Islam. Tapi yang sebenarnya... Dragon Ball ada tujuh bijik semuanya. Eh. 

Rasulullah SAW ada menyebut, 


" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "


We're not asked to 'say' the syahadatain. But 'do' the syahadatain ! Inilah tanggungjawab kita sebagai muslim. Tanggungjawab yang automatically tergalas di bahu kita once kita mengucap syahadatain. Tanggungjawab yang ana sendiri tak pernah terfikir pun. 

Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Liqa' demi liqa'. Daurah demi daurah. Sebagai seorang mutarabbi. Dalam fasa untuk menjadi murabbi. Selama setahun. 

Kini, tiba masanya. Gerak kerja harus dimulakan. Langkah pertama diambil. Nak tak nak harus bergerak juga. Pada masa ini juga ramai ikhwah lain yang tertapis. Pelbagai masalah ukhuwah melanda. Diapproach Abang Futur berkali-kali bak salesman. Cabaran dan dugaan yang Allah beri. Semua untuk mematangkan ana dan ikhwah lain. 

Kalau nak difikirkan. Kita takkan pernah lari dari tanggungjawab. Yang pastinya banyak. Sebagai seorang muslim. Hamba Allah. Da'ie. Anak. Adik. Abang. Bapa saudara. Student. Sahabat. Murabbi. Mutarabbi. Tak perlu nak tunggu berjawatan tinggi baru rasa nak bertanggungjawab. Tanggungjawab ibadah dan khalifah pun dah cukup berat bilamana ditawarkan kepada makhkuk-makhluk lain, mereka tidak sanggup.

Semakin meningkat usia, semakin bertambah tanggungjawab. Kalau kita renung semula semua tanggungjawab kita. Penat. Lelah. Stres. Rasa macam nak futur terus. Rasa macam nak carik-carik bulu ayam. Tapi, renungkanlah ganjaran yang Allah akan berikan. Dunia dan seisinya. Haibat !

Inilah amanah yang Allah berikan kepada kita. Seorang muslim. Seorang daie. Tak perlu tunggu dinobatkan sebagai 'Daie Pilihan'. Allah dah pilih kita. Kita semua. Umat manusia. Munafiklah kita jika kita mengkhianati amanah ini. 

Persoalannya, mampukah kita ? Apakah bekalan yang kita perlu ada untuk memenuhi semua tanggungjawab ini ? 

Ana pun sedang mencari dan terus berusaha mencari.








=.=
Dakwah dan Tarbiyah bukan untuk orang manja
Bukan juga untuk orang yang sering mengeluh
Bukan juga untuk orang yang tak tahan banting
Kerana hakikatnya,
ianya menguatkan kita

Allah sebut dalam surah Muhammad ayat 7,  

"Jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu 
dan meneguhkan kedudukanmu."

No comments: