Uhuk. Tajuk yang agak kontroversi. Abaikan tajuk.
“Wahai orang yang berkemul ! Bangunlah ! maka berilah peringatan ! Dan Tuhanmu, agungkanlah. Dan pakaianmu, bersihkanlah. Dan segala yang keji, tinggalkanlah. Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang banyak. Dan karena Tuhanmu, bersabarlah.”
Emosi hilang kestabilan.Jiwa gelisah. Badan berpeluh.
Fikiran serabut. Hati bagai tertusuk-tusuk. Jantung bagai diperah-perah supaya darah mengalir laju bagai sungai yang deras. Adalah jugak rasa macam kena belasah bertubi-tubi.
Bersedialah untuk sama-sama merasai
apa yang ana rasai T-T
“Wahai orang yang berkemul !"
Dalam ayat pertama, Allah memanggil Rasulullah SAW yang
berselimut di rumahnya setelah mendapat wahyu yang pertama. Ayat ini
seolah-olah untuk mendapatkan attention Nabi Muhammad SAW. Nampak tak kat atas.
Tanda seru okay. Kalau kita fikirkan, berselimut atau berkemul best kan. Nak
nak lagi, tidur bawah aircond. Pergh. Selesa gila la kan. So, orang yang
berkemul bermaksud orang yang sedang selesa, bersenang-lenang, bermain-main
konda kondi. Eheh. Dalam erti kata lain, tak buat apa-apa lah. Perkara yang
tidak berfaedah. Selesa dengan kesenangan dunia. Selesa dengan harta. Selesa
dengan gaya hidup yang kononnya bebas.
Tidak terkecuali, insan-insan yang telah dengan lembutnya
disapa oleh pakcik ISK dan selow-selow bergaul mesra dengan seorang makcik yang
fofular, Makcik Hidayah. Yang sudah rasa bergaya melepak-lepak dengan ikhwah
yang kuat usrah. Yang tak lama lepas tu dihentam kuat dengan Syahadatul Haq.
Ya, anda dan saya lah. Kita kata kita buat kerja dakwah. Tapi, hakikatnya, apa
saja yang kita buat ? Dakwah fb ? Tulis blog ? o..O
Dakwah Rasulullah dan sahabat-sahabat dahsyat kan ? Depa
bersenang-lenang ke ? Ada ke depa dakwah sambil goyang kaki depan laptop ?
Sudah layakkah dikatakan tarbiyyah hanya dengan commit usrah. Sampai time cuti
pun nak usrah jugak. Kata seorang akh, “Korang ni tarbiyah overdose lah”. Itu
pun kalau dekat-dekat je. Ouch di situ. Penat sikit, tidur memanjang. Penat
berdakwah, study malasnya ya ampun !
Sedar tak sedar, kita, eh, mungkin ana je kot, berdakwah
bertarbiyyah hanya dalam comfort zone kita sahaja. Sepatutnya, kita haruslah
merasakan ada something wrong somewhere lah kalau kita rasa senang je. Pergi
usrah seminggu sekali settle. Ada yang seminggu dua kali settle jugak. Pergi
daurah senang, ada kereta infaq yang besar. Ohoh. Kita masih di comfort zone
kita ikhwah !
“Bangunlah ! Maka berilah peringatan !”
Ada dua tanda seru okay. Inilah perintah Allah kepada
Rasulullah untuk keluar berdakwah. Bangun adalah satu action atau movement.
Kata kerja. Means kerja lah. Perintah Allah supaya manusia bergerak. Bergerak
untuk apa ? Memberi peringatan. Easy said, dakwah. Kata-kata Rasulullah yang
feymes setelah baginda mendapat wahyu ini, “Sudah berlalu masa tidurku”. Tanpa berlengah. Tanpa memberi alasan. Rasulullah terus start berdakwah. Kita ? Dush.
Rasulullah terus bergerak. Tanpa henti sampai baginda wafat.
Seluruh hidupnya setelah itu hanyalah dakwah. Hidupnya untuk dakwah, wafatnya
juga untuk dakwah. Teringat juga kisah Ghulam dalam hadith Rasulullah SAW, di
mana ramai orang yang memeluk Islam setelah kematiannya. Dia syahid untuk
dakwah bila mana dia meminta Si Raja untuk memanahnya dengan menyebut nama
Tuhan Ghulam yakni Allah setelah beberapa siri cubaan yang tak menjadi untuk
membunuhnya. Allahu akbar !
“Dan Tuhanmu, agungkanlah.”
Inilah tujuan dakwah kita. Membawa manusia ke arah Allah.
Dakwah ilaLlah. Membawa manusia yang sedang lalai mengenal Allah. Mengesakan
Allah. Mengagungkan Allah. Fullstop. Semua faham kot.
“Dan pakaianmu, bersihkanlah. Dan segala yang keji, tinggalkanlah.”
Ayat ini pula Allah sentuh tentang apa yang kita perlu buat
pada diri kita. Bersihkan pakaianmu. Pakaian seseorang mencerminkan peribadi
seseorang. Setuju ? mungkin orang kata, don’t judge a book by its cover. Tapi,
realitinya, semua orang akan judge orang lain based on appearance no matter
how. Pada zaman ayat ini diturunkan, jahiliyah sangatlah bermaharajalela dan
menakutkan. Allah memerintahkan Rasulullah SAW supaya membersihkan diri
daripada jahiliyah ini. Pakaian jahiliyah. Dan juga meninggalkan segala yang
keji. Segalanya. Kerana apa? Dalam Islam tiada yang keji. Islam itu suci. Tidak
boleh dikotori.
Kita mengaku kita seorang daie, so, jahiliyyah settle lah.
Suci bersih lah kan. Okay. Memang susah. Tapi, kita kena cuba. Kadang jahiliyah
ni tersembunyi. Dia ikut jugak pergi usrah. Dia ikut jugak pergi daurah. Banyak
jahiliyah yang kita rasa kita sudah hapuskan dan kita ucapkan, “Selamat tinggal, Sayonara !” Tapi... Ok, tak nak cerita panjang. Yang penting kita
kena bersihkan diri kita lah. Pakailah pakaian taqwa, sebenar-benar taqwa.
Pakaian Islam, Islam yang syumul dan tutup litup.
Jelas di sini, Allah perintahkan kita untuk berdakwah
dahulu, barulah kita bersihkan diri. Jadi, tak ada maknanya statement-statement
seperti, “Aku ni teruklah, mana layak
buat dakwah.”. Tak layak ? Allah dah pilih kita kot untuk melaksanakan tugas
khalifah ni. Allah kot ! Tak rasa hidung kembang kempis ke. Kerana dirimu
begitu berharga. Ewah. Kbai.
“Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang banyak.”
Kita dakwah bukan untuk digelar ustaz. Kita dakwah bukan
untuk digelar akh al-qawiy. Kita dakwah bukan untuk digelar Daie Super or
whatsoever.
Sepatutnya, kita cuba jadi ustaz untuk dakwah. Kita cuba
jadi akh al-qawiy untuk dakwah. Kita cuba jadi Daie Super untuk dakwah.
Kalau kita mengharap orang nak bagi hadiah atau duit sebab
kita nak dakwah, memang berjanggut sampai menyapu tanah lah nak dapat. Allah
kata jangan memberi dengan mengharapkan balasan. Mungkin, kita dakwah punya
dakwah, DF punya DF sampai habis beribu-ribu. Hiperbola. Tapi, hasilnya yang
kita dapat tarik seketul dua ketul je. Lepas tu kita futur. Lama-lama seketul
dua ketul tu jadi ketui arang. Memang penatlah kalau kita berdakwah macam ni.
Allah pun kan dah janjikan ganjaran kat syurga nanti. Tunggu jelah. Sepatutnya,
kita merasa happy, sebab kita yakin dengan kita berdakwah ni, kita akan bersuka
ria di syurgaNya yang indah di akhirat nanti. Air mata mengalir. Gembira.
“Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.”
Inilah kunci kejayaan. Sabar. Memang susah. Lagi susah kalau
kita sabar untuk diri kita. Kita sabar dengan orang lain, sebab takut nanti
buat kecoh. Kita sabar dalam jalan raya, ada orang pintas jalan kita. Kalau
ikutkan nafsu, nak je langgar. Tapi, kita sabar sebab nanti kena repair kereta,
kene bertekak dengan orang tu. Kalau kita sabar untuk sebab-sebab sebegitu,
memang tak sabar lah. Orang cakap, sabar ada hadnya. Betul ke? Macam mana kita
nak tahu tahap kesabaran kita sampai mana ? Ada meter kesabaran ke ? Just
wondering.
Jalan dakwah kita masih panjang. Untuk itu, butuh
perjuangan. Lalala.
Sabar itu susah. Istiqamah itu payah. Sabar + istiqamah = susah payah
Sabar + istiqamah + dakwah dan tarbiyah = susah payahnya ya
ampun !!!
Di sinilah kita harus mujahadah. Menangis. Mujahadah itu
pahit seperti kopi. Tapi yakinlah bahawa ianya akan ditambah dengan gula
ataupun susu manis. Dan akhirnya dapatlah kopi O dan kopi susu yang lazat enak
berkrim. Eheh.
Tujuh ayat ni sangat cantik, Allah susun. Khas buat kita,
para daie. Ada kata-kata seorang akh, “Jangan nak mengaku kita ni daie, kalau
jadi hamba Allah pun kita fail. Tak sedar kita ni hamba Allah.”
Sentap.
Setkan minda kita dan kompaskan hati kita, segala apa yang
kita buat semuanya kerana Allah. Semata-mata untuk mendapat redhaNya.
Lillah-centered. Tarbiyah yang sebenar datang dari Allah. Allah murabbi agung
kita. Sebab Allah-lah kita perlu berdakwah. Sebab Allah-lah kita perlu sabar
dalam tarbiyyah.
=.=
Tak boleh duduk diam
Masa lapang + pemuda = permulaan maksiat
Masa lapang + daie = FUTUR !
:’(
‘
‘
‘
‘
No comments:
Post a Comment