Sunday, January 20, 2013

Gilalah !



Anda rasa anda sudah cukup untuk digelar seorang super saiya dalam dakwah ?
Anda rasa anda sudah memerah sepenuh keringat anda dalam jalan yang dahsyat ini ?
Anda rasa anda sudah cukup ekstrem dalam dakwah ?
Anda rasa anda seperti arruhul jadid yang boleh terbang ke sana ke mari ? (not literally..)
Anda rasa masa anda dah fully utilized dengan dakwah dan perkara-perkara lain ?
Anda rasa anda sudah cukup qawiy dengan hanya menghadiri bulatan gembira sekali seminggu ?
Anda rasa anda seorang murabbi yang kacak lagi bergaya tahap dewa, yang boleh membawa ramai lagi rijal-rijal Islam ke dalam kancah dakwah ini ?

Kalau ya, tahniah ana ucapkan. Tabik spring.

Kadang kita merasa kita ni sudah cukup hebat dan busy dengan dakwah dan tarbiyah ni. Percayalah, tak cukup pun lagi. Kadang jugak kita merasa yang kita ni dah cukup qawiy. Ketahuilah, tak cukup qawiy pun lagi. 

Ada seorang akh pernah kata, “Orang yang qawiy tak akan pernah rasa diri dia cukup qawiy. Sebab dia percaya ujian Allah yang mendatang konfirm2 akan meningkat dan meningkat. We’ll never know sampai bila kita akan tsabat dan qawiy dalam jalan ini.”

Tak perlu ambil contoh jauh-jauh. Lihat sahaja Rasulullah SAW. Seluruh hidup baginda berdakwah kepada kaum musyrikin Mekah dan dalam masa yang sama mentarbiyyah sahabat-sahabat. Mantap gila kot. Kita lihat Rasulullah dakwah memang gila hardcore kan. Tapi, ramai juga yang menentang Rasulullah. Even bapa saudaranya pun tak menerima dakwah baginda. Plus, baginda juga sering dipanggil orang gila, ahli sihir dan sebagainya. Hal ini termaktub dalam AlQuran,

Atau mereka berkata, “Orang itu gila.” Padahal, dia telah datang membawa kebenaran kepada mereka, tetapi kebanyakan mereka membenci kebenaran.
(Al-Mu’minun, 23:70)

Ada lagi. Rasulullah pernah diancam bunuh. Caci maki tu memang tak asing lagi. Ancaman bunuh senantiasa.

Pernahkah kita dipanggil gila ? Ataupun tak siuman ? Pernah ke time kita buat usrah orang campak-campak sampah ? Pernah ke orang caci maki kita pergi berdakwah ? Pernah ke kita terima surat ancaman bunuh ?

Cabut rambut.



Jalan ini memang susah gila. Ana tahu, anda pun konfem tahu.

Analoginya macam nak buat burger bakar 20 tingkat. Eh, ade ke ? Tak kisah. Ana tahu, anda pun tahu, nak buat burger bertingkat2 ni memang lah susah kan. Tapi, bak kata lecturer math ana, do it step by step. Semua benda dalam dunia ni step by step. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Klisye habis. Klisye-klisye pun kita tak faham bahasa jugak. Haha.

Daie muda mudi ni kadang tak sabar. Ana pun. Menangis. Kita sembang kencang kita dah terlalu busy bawak usrah, pergi usrah, pergi daurah, DF mantap habis, fikrah mantap. Tapi, once hadek2 tak datang usrah, mula marah. Adik2 yang pergi daurah berapa ketul je, mulalah suudzhon. Nak hasil laju. Nak mad’u ramai beribu2. 

Erkk.

Ingatlah duat sekalian, bukan kita yang beri hidayah kat orang lain especially adik2 kita. Hidayah itu kan Allah punya. Jadi, Allah sahaja yang berkehendak nak bagi ke tak. Hati adik2 kita Allah yang memegangnya. Jadi, Allah sahaja yang dapat melembutkan hati mereka untuk menerima apa yang kita hendak sampaikan. Sentiasalah doa, minta kat Allah, agar permudahkan kerja kita kerana sesungguhnya sedarlah bahawa semuanya datang dariNya. Kita, adik2, niat kita, kesungguhan kita, kemampuan kita, hidayah yang kita dah dapat. Jadi, syukurilah.

Maka ingatlah kepada-Ku, maka Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
(Al-Baqarah, 2:152)

Kejarlah kejayaan di akhirat nanti
InshaAllah kejayaan di dunia akan mengikuti
Ikhlaskan niat, tabahkan hati, muhasabah diri.
InshaAllah kejayaan menanti

Hadith feveret, yang mungkin akan membuat mata anda berbintang-bintang dan akan turut berada di awangan bersama-sama.

 “ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”. Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya.Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62)
( Hadith Riwayat Ahmed)

Jom jadi super saiya !







=.=

Nahnu du3at qabla kulli syai’in
Thariqunal jihad lil 3izzatil muslimin
Nahnu junudu rabbil 3alamin
Al-Islam ya3lu 3ala kulli syai’in

Allahu ghayatuna
ArRasul za3imuna
AlQuran dusturuna
Aljihad sabiluna
Assyahid asma’ amanina

(/^.^)/

1 comment:

Abi Noah Terompah said...

mantap bro, patut la ada kat sebelah ni ha(compter lab) =.=

btw jzkallah tuk ni~ lalalaa