Saturday, March 24, 2012

Allah's invention

Ciptaan Allah memang terbaek
Allah cipta manusia, binatang, rumput, tanah, pokok, tulis je ape yg korg nak. Semua Allah yang buat. Betull.... Hebat gile Allah. Banyak lagi yang mungkin kita jarang perasan, bunyi, udara, rasa sakit, rasa angin, bau semua Allah buat. Siapa boleh tandingi . Bak kata APG, OSEM !!!


Dalam ayat Al-Quran Allah menyebut:


"Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar."  ( 2 : 23 )


Allah dah sebut, even nak buat surah serupa kalam Allah pun kite xboleh buat. Apatah lagi buat makhluk yang kompleks mcm binatang dan jauh lebih impossible, MANUSIA . So pengklon2, jgn mimpi nak buat manusia. Hampeh~


Muhasabah semula, hidup kita, badan kita, keseronokan kita, kesedihan kita, keselesaan kita, semua takkan wujud tanpa Allah. Jangan lah disia2kan. Gunalah pemberian2 Allah ni baik2. Allah Maha Pemurah terhadap hambaNya. Semua Dia bagi kat kita. Kalau Allah suruh jaga, jagalah. Kalau Allah suruh tutup, tutuplah. Kalau Allah suruh infakkan, infakkan lah . Allah boleh ambil semula bila2 masa. 


InshaAllah itu saja dari anamuzakkar. Semoga sentiasa merenung ciptaan Allah sekeliling kita. Dalam bilik sendiri pun dh banyak. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang selalu bersyukur. Alhamdulillah (amalkan setiap hari 33 kali)
^____^ senyum~
WA . Assalamualaikum

Thursday, March 15, 2012

MARDHATILLAH


assalamualaikum  ^___^
dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim
subhanallah . alhamdulillah . allahuakbar
allahumma salli ala muhammad
senyum2 selalu

alhamdulillah masih diberikan peluang oleh Allah untuk meminjam nyawa yang diberiNya ini .
nikmat nyawa adalah antara nikmat terbesar dari Allah buat kita.
muhasabah diri, contoh
kalau orang dah bagi pinjam, mesti kita kena jaga baik2 kan.
kalau yang sewa pulak kita kenalah bayar kan.
biar orang tu tak marah.
biar orang percaya kat kita dan akan bagi kita pinjam lagi.

begitu juga nikmat nyawa yanng Allah bagi sebijik kat kita ni.
kita kena pelihara sebaik2nya.
macam mana? buat perkara2 yang baik agar usia kita tidak sia-sia.
kena bayar sewa.
macam mana? bayar dengan amalan2 ibadah kepadaNya, yang wajib, yang sunat.
barulah Allah tak marah, malah redha.
Allah akan bagi kita pinjam lagi kerana Allah percaya kita akan jaga baik2.

ingatlah brothers n sisters, segala yang kita buat semata2 untuk mendapat redha Allah.
Tuhan yang bagi kita wujud.
kita study untuk redha Allah.
kita kerja untuk redha Allah.
kita tolong mak ayah untuk redha Allah.
"redha Allah terletak pada redha ibu bapa".
kita makan, tidur, jalan, tulis blog :) , post kt fb semua untuk redha Allah.
Allah Allah Allah.
hanya redha Allah yang akan membawa kita ke syurga.
"seseorang itu masuk syurga bukan kerana banyaknya amalannya, tetapi kerana keredhaan Allah"
post yang sebelum ni berkaitan juga
"kerja untuk siapa?"

gambar di atas menunjukkan bahawa kita perlu berusaha mengejar dan menggapai redha Allah.
semampu yang boleh.
inshaAllah Allah akan melihat usaha kita dan meredhainya.
amin~

wallahu taala a'lam
^_____^
suka2 lah senyum. sebab ianya fitrah~

Monday, March 12, 2012

chentaku

assalamualaikum
tajuk post kali ini "chentaku"
aku post tentang cinta ini bukan untuk berjiwang 
tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri dan semua orang
memang fitrah manusia untuk bercinta
bak kata Ustaz Affuan berulang-ulang kali "Suka atau cinta itu fitrah"
sama ada kepada Tuhan atau sesama makhluk
cintakan ibu, cintakan ayah, cintakan adik beradik, cintakan sahabat, cintakan haiwan, cintakan alam sekitar
semua itu cinta yang memang kita akan rasa kerana ianya fitrah
tetapi ingatlah kepada Yang Maha Mencintai, Yang Maha Mengasihi
Allah SWT lah yang menciptakan cinta dalam hati kita
jadi, wajarlah Allah berada di tangga teratas dalam carta hati kita
sepanjang masa, dalam segala keadaan
sungguh cinta kepada Tuhan yang menciptakan kita sangat indah dan menenangkan
jangan biarkan cinta Allah seolah-olah bertepuk sebelah tangan
Allah sangat mengasihi hambaNya
banyak yang Allah dah bagi kepada kita di dunia ini
renung-renungkanlah berapa banyak yang telah kita beri kepadaNya
berapa banyak masa kita luangkan untuk menunjukkan rasa cinta kepadaNya
berapa banyak kali kita berkata "I love you Allah" atau yang sewaktu dengannya
cinta itu indah jika kita faham makna sebenar cinta
kuasa cinta itu sangat hebat sehingga membuatkan kita sanggup untuk melakukan apa sahaja
demi yang kita cintai
alangkah seronoknya jika kita dapat berkorban segalanya untuk Allah
barulah kita akan mendapat redhaNya dan mendapat ganjaran syurga
jadi, cintailah Allah melebihi segala-galanya

Rasulullah bersabda, mafhumnya, "masuknya seseorang itu ke dalam syurga bukan kerana banyaknya amalannya, tetapi kerana keredhaan Allah"

Allah is our priority.
Allah is our first love.
Allah will always be in our heart.
Allah will always be there for us.
Allahu Allah.

like2  ^___^

Sunday, March 11, 2012

la tahzan, innallaha ma'ana


subhanallah . alhamdulillah . allahu akbar . lailahaillallah . muhammad rasulullah
post yang ke-21 .
kaifa halukum pembaca2 . apecer iman anda ? inshaAllah masih tetap . sering2lah berdoa kepada Allah supaya ditetapkan iman kerana kita tidak tahu bila mana iman kita berkurangan atau bertambah atau semakin pudar . nauzubillah . sesungguhnya iman manusia itu sentiasa bertambah dan berkurang . signifikannya gambar di atas ini ialah sebagai peringatan kepada diri dan kite semua . kite sbg hamba dan makhluk Allah SWT di muka bumi ini tidak akan berjauhan denganNya . dekatnya kite dgn Allah ialah lebih dekat dari urat leher kita . Allah sentiasa online dgn kite . selalu memerhati segala gerak-geri kita . 24/7 . tetapi kita ?? adakah kita selalu online dgn Allah ? sejauh mana kita online dgnNya ? tanya diri, tanya hati, tanya iman masing2 .
kita harus selalu kembali kepada Allah dalam segala keadaan kita . senang susah, sihat sakit, kaya miskin, masa lapang masa sempit . ramai yang berfikir bahawa kita online dgn Allah waktu solat sahaja . selepas itu, terus sibuk menguruskan kerja, keluarga, dan hal2 dunia yang lain sehingga melupakan Allah . astaghfirullah .   kembalilah kepada Allah jika merasa diri sangat jauh dariNya . mintalah petunjuk dan hidayah daripadaNya . sentiasa mengharapkan pertolonganNya dalam apa jua perkara dan urusan kerana Dialah yangg menentukan segalanya . 

aku baca satu post yg sgt menyentuh hati oleh akhi peneroka belajar . mashaAllah . ingatlah Allah waktu ketika kita sedih . dikala kita rase sedih dan down . tanya semula hati . kenapa kita sedih ? adakah kerana dunia ? patutkah ? fikir2 semula apa tujuan kita di dunia ini . jadi teruslah berusaha mencapai matlamat atau tujuan itu kerana percayalah bahawa Allah sentiasa bersama kita . usaha kita inshaAllah akan diberkati olehNya . ada juga diselitkan satu ayat al-quran yg sgt mendalam maknanya dan mungkin ramai di kalangan kita masih tidak sedar .

"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal kamu belum mengalami ujian dan cubaan seperti yang pernah menimpa orang yang terdahulu sebelum kamu (al-Baqarah:214)

layakkah kita masuk ke syurgaNya yang mulia sedangkan kita masih tidak melakukan apa2 untuk Allah . atas alasan apa Allah hendak memberi nikmat syurga kepada kita sedangkan kita ingat padaNya on and off . 

marilah brothers and sisters . dekatkanlah diri kita kepada Allah . mencari redhaNya . serahkanlah segala ketentuan kepada Allah dalam erti kata lain bertawakallah . Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita . kita hanya mampu merancang . Allah berkuasa menentukan segala probability yang akan terjadi kepada kita, sahabat2 kita, keluarga kita, sekeliling kita dan seluruh alam ini . ini kerana Allah yang menciptaNya . berdoalah kepada Allah . ceritalah semua keperitan dan kegelisahan yang terbuku di hati kerana Allah lah yang paling memahami perasaan hambaNya . 

^____^  semoga kita sama2 mengambil ibrah2 yg ada dan sentiasa mengimprove diri supaya menjadi hamba Allah dan muslim yang POWER . inshaAllah .
Allahuakbar !~ WA