Sunday, March 11, 2012

la tahzan, innallaha ma'ana


subhanallah . alhamdulillah . allahu akbar . lailahaillallah . muhammad rasulullah
post yang ke-21 .
kaifa halukum pembaca2 . apecer iman anda ? inshaAllah masih tetap . sering2lah berdoa kepada Allah supaya ditetapkan iman kerana kita tidak tahu bila mana iman kita berkurangan atau bertambah atau semakin pudar . nauzubillah . sesungguhnya iman manusia itu sentiasa bertambah dan berkurang . signifikannya gambar di atas ini ialah sebagai peringatan kepada diri dan kite semua . kite sbg hamba dan makhluk Allah SWT di muka bumi ini tidak akan berjauhan denganNya . dekatnya kite dgn Allah ialah lebih dekat dari urat leher kita . Allah sentiasa online dgn kite . selalu memerhati segala gerak-geri kita . 24/7 . tetapi kita ?? adakah kita selalu online dgn Allah ? sejauh mana kita online dgnNya ? tanya diri, tanya hati, tanya iman masing2 .
kita harus selalu kembali kepada Allah dalam segala keadaan kita . senang susah, sihat sakit, kaya miskin, masa lapang masa sempit . ramai yang berfikir bahawa kita online dgn Allah waktu solat sahaja . selepas itu, terus sibuk menguruskan kerja, keluarga, dan hal2 dunia yang lain sehingga melupakan Allah . astaghfirullah .   kembalilah kepada Allah jika merasa diri sangat jauh dariNya . mintalah petunjuk dan hidayah daripadaNya . sentiasa mengharapkan pertolonganNya dalam apa jua perkara dan urusan kerana Dialah yangg menentukan segalanya . 

aku baca satu post yg sgt menyentuh hati oleh akhi peneroka belajar . mashaAllah . ingatlah Allah waktu ketika kita sedih . dikala kita rase sedih dan down . tanya semula hati . kenapa kita sedih ? adakah kerana dunia ? patutkah ? fikir2 semula apa tujuan kita di dunia ini . jadi teruslah berusaha mencapai matlamat atau tujuan itu kerana percayalah bahawa Allah sentiasa bersama kita . usaha kita inshaAllah akan diberkati olehNya . ada juga diselitkan satu ayat al-quran yg sgt mendalam maknanya dan mungkin ramai di kalangan kita masih tidak sedar .

"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal kamu belum mengalami ujian dan cubaan seperti yang pernah menimpa orang yang terdahulu sebelum kamu (al-Baqarah:214)

layakkah kita masuk ke syurgaNya yang mulia sedangkan kita masih tidak melakukan apa2 untuk Allah . atas alasan apa Allah hendak memberi nikmat syurga kepada kita sedangkan kita ingat padaNya on and off . 

marilah brothers and sisters . dekatkanlah diri kita kepada Allah . mencari redhaNya . serahkanlah segala ketentuan kepada Allah dalam erti kata lain bertawakallah . Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita . kita hanya mampu merancang . Allah berkuasa menentukan segala probability yang akan terjadi kepada kita, sahabat2 kita, keluarga kita, sekeliling kita dan seluruh alam ini . ini kerana Allah yang menciptaNya . berdoalah kepada Allah . ceritalah semua keperitan dan kegelisahan yang terbuku di hati kerana Allah lah yang paling memahami perasaan hambaNya . 

^____^  semoga kita sama2 mengambil ibrah2 yg ada dan sentiasa mengimprove diri supaya menjadi hamba Allah dan muslim yang POWER . inshaAllah .
Allahuakbar !~ WA



3 comments:

AinNur Raudhah said...

"Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan ialah Kembali kepada ALLAH di Awal Perjalanan".. InsyaAllah JOM!! Masih belum terlambat :))

Ana Pengembara said...

Allah mahu uji seteguh mana kekuatan iman hambanya,
setelah mereka mengaku beriman kepadaNya...
^^Y

azyulail azra samsuddin said...

shukran akhi wa ukhti .
perjalanan hidup ni penuh liku2 dan cabaran
kdg kite x nampak pun cabaran tu
kesenangan dan masa lapang cabaran terbesar kite
waktu itulah kite lalai dan syaitan mudah masuk jarum
so kene zikrullah selalu
inshaAllah iman terpelihara