Saturday, March 1, 2014

Kehilangan Yang Menggerakkan


Bila ana beri tajuk ‘kehilangan’, bukanlah ana nak menceritakan tentang kematian ataupun literally kehilangan orang. Tidak. Tapi, kehilangan yang ana dan juga ikhwah-ikhwah yang rapat dengan ana sedar dan rasa.

Mungkin kita sudah biasa mendengar atau membaca puisi atau luahan hati KH Rahmat di halaqah2 ataupun di blog2 tarbiyah. Bila ana terkenangkan puisi itu, ada bait-bait dalam puisi tersebut kena dengan ana sekarang.

Kelmarin, ana bertemu dengan ikhwah di kedai burger. Masing-masing sudahpun ke tempat belajar masing-masing selepas kami habis belajar di kolper yang sama. Borak-borak restoran seakan menjadi qodhoya buat kami. How funny. Siapa sangka ana yang dahulunya kalau lepak dengan kawan2, tak lain cerita tentang benda2 yang tak bermanfaat, dan tak membina iman langsung. Tetapi, Alhamdulillah, dengan hidayah Allah, pertemuan dengan kawan2 yang mostly ikhwah sekarang lebih bermakna dan ber’ruh’. Senyum.

Ada seorang akh menimbulkan persoalan pada ana dan juga ikhwah lain. Apakah yang menyebabkan kita dahulu di kolper rasa tarbiyah itu best, semangat nak bekerja, semuanya semangatlah. Bahkan makan hari2 pun semangat. Badan pun jadi semangat. Tapi, sekarang, tidaklah seindah dan secomel dulu tarbiyahnya.

Kami pun open table untuk perbincangan. Cewah.

Akh A berkata, “Dulu kita kat kolper, banyak bahan yang abang2 dah bagi. So aku rasa time tu kita banyak dapat teori. So time ni lah praktikalnya.”

Betullah orang kata. Hidup di kolper hanyalah tipuan semata. Biah solehah. Budak baik-baik. Paling jahat pun mungkin merokok. Menjadi budak yang baik itu terlalu mainstream. Gila study apatah lagi. Ana mungkin tak rasa sangat perubahan suasana dari segi belajar kerana currently kat universiti perubatan. So, you know what I mean. Tapi, satu perkara yang ana perasan, betullah bahawa biah solehah itu sudah tiada. Di university ana, orang Melayu sangatlah sedikit. Most Melayu tu Muslim lah. Nak cari yang ‘muslim’ apatah lagi.



Ada seorang akh pernah berkata, “Orang-orang kat IPT ni semuanya logam. Ambik je yang mana-mana. Try bina. InshaAllah kalau kita usaha, menjadi.” So ana terfikir, kolper apatah lagi. Tapi, rasa menyesal pun tak guna. Ana rasa kalau ya lah ana dan ikhwah lain memang betul2 bekerja all out, dah boleh terislah dah kolper. Nasi sudah menjadi kus kus.

Bagi pendapat ana pula. Semangat kita hilang hanyalah kerana tarbiyah diri kita yang tak settle. Tak perlu nak cerita bahan daurah usul 20 ke muntalaq ke amal islami muntij ke. Tak perlu. Bahkan ISK pun kita tak settle lagi. Seerah? Hafazan ana macam mana? Dah 3 juzu’? 2 juzu’? Hadith pula, entah ingat ke tidak. Kenapa bawak usrah, kenapa tarbiyah pun.. tak jelas. Basic pun tak kuat, memang susahlah kita akan tsabat. Doa? Tak cukup. Allah dah beri kita hidayah along with a choice. Nak buat sungguh-sungguh atau sambil lewa. Nak tsabat atau future. Nak syurga atau neraka. Itu sahaja yang ana terfikir.

Berkenaan seerah. Ana bangkitkan di meja perbincangan. Dalam ISK, kita sibuk sampaikan kat adik2 yang sejarah itu sunnatullah. Zaman Mekah, Madinah, Umaiyah, Abbasiyah, Uthamaniyah, Rom, Parsi dan banyak lagi. Dari IM sampai ke UA. Itulah yang kita nak capai dan kita kena buat ini buat itu segala bagai. Tapi, kita sendiri buta seerah. Buta sejarah. Allah !

Betapa banyak kisah rasul2 di dalam al-Quran. Betapa banyak ayat2 al-Quran yang bertujuan meneguhkan Rasulullah SAW ketika baginda berdakwah. Dalam raheequl makhtum, diceritakan tentang cabaran2 dan juga tentangan yang hebat dari para musyrikin Mekah. Begitu banyak ibrah yang kita boleh ambil. Begitu banyak kisah2 yang boleh menaikkan himmah kita, hamasah kita dalam tarbiyah dan dakwah ini. Tidakkah kita merenungkan?

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Mantapkan tarbiyah diri. Try cari alternatif2 lain sekiranya mungkin usrah semakin tak basah dan menggerakkan. Segalanya bermula dalam diri kita. Hati kita. Kalau hati kita kotor, konfem tarbiyah dari murabbi agung pun tak lekat. Tapi kalau hati kita bersih dari jahiliyah, nescaya Allah akan tunjukkan kita jalan. Allah akan teguhkan kita di jalan tarbiyah dan dakwahnya.

Klisyenya, bila kita hilang sesuatu baru kita tahu nak hargai. Kehilangan ini semestinya suatu ketentuan Allah. Dan ianya sendiri adalah tarbiyah daripada Allah buat kita. Inilah kehilangan yang menggerakkan. 

Sheikh Ahmad Rasyid menyebut dalam bukunya, Muntalaq dalam bab 7,

“Kesedaran seseorang muslim terhadap wajib dakwah, fiqhnya terhadap masalah ini dan kejelasan pandangannya terhadap kedudukan masalah ini dalam Islam, ini semuanya menentukan titik tolak (muntalaq) dalam kehidupannya sebagai seorang individu muslim. Ia juga merupakan langkah mula bagi perencanaan suatu reformasi Jemaah.”

Kesimpulannya, hanya bilamana kita merasakan sangat2 pentingnya tarbiyah dan betapa esensialnya dakwah ini kita akan mula sedar untuk bergerak. Dan di sinilah kita akan mula mencari fiqh dakwah dan tariq amal yang betul. Dari mana? Pastinya dari sejarah para daie terdaulu. Kerana sejarah itu sunnatullah. Kerana sunnatullah dakwah itu pasti.

Persoalannya, apakah pula permulaan kita yang menggerakkan? Sudahkah kita muntalaq ?

Ana nak akhiri dengan satu ayat yang bagi ana cukup menarik. Hee. Selamat tadabbur.

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."
[Ali Imran, 3 : 146]







=.=

Moga Allah tabahkan hati ikhwah ana yang tersayang

Allahu ghayatuna~~