Wednesday, October 12, 2016

La tai'asu!

"Abu. Aku rasa aku tak boleh teruskan lah dengan TnD ni. Tekanan kuat sangat. Study aku entah ke mana. Kawan-kawan aku semua pandang slek je kalau jumpa aku. Family aku asyik marah-marah je."

"So kau nak putus asa ke?"

"Entah lah Abu. Aku tertekan sangat."

*menangis teresak-esak*

"Kamil. Cuba kau ingat balik kau yang dulu macam mana. Hamba study, Quran tak pernah sentuh, solat hujung-hujung waktu, subuh raksasa, kapel, main game berjam-jam, midnight movie marathon sampai kau tidur je kat kelas. Aku pun macam tu jugak.

Lepas tu kita start kenal halaqah. Panjat bukit, tadabbur alam, halaqah setiap minggu, daurah sini daurah sana, cubaan tajmik beberapa kali. Pada waktu tu, rasa seperti dihidupkan semula dengan Islam. Barulah kita kenal dan faham Islam tu apa."

"Aku tahu, tapi..."

"Tapi apa? Takkan lah kau nak give up untuk benda yang beri kehidupan kepada kau. Allah dah bagi hidayah kat kau thru TnD ni. Dan alhamdulillah, Allah tsabatkan kita sampai sekarang. Dah 5 tahun dah Kamil. Allah sayang kat kita.

Ini nasihat aku. Kalau kau bersabar dalam perkara kebaikan, percayalah, kau tak rugi apa-apa pun.

Kau ada Allah. Kau ada Rasulullah saw. Lepas tu dunia akan datang dengan sendirinya. Tapi dengan syarat kita betul-betul itqan lah dalam semua benda yang kita usahakan."

"Jazakallahu khair Abu. Aku pun tak suka perasaan ni. Mungkin syaitan sedang membisik kat telinga aku ni. Audzubillah..."

"Alhamdulillah. Moga terus kuat akhi! Okay jom. Kita study sama-sama. Malam nanti lepas isya' kita pergi jumpa adik-adik baru. Tak sabar aku nak jumpa diorang. Nak share aku apa yang aku rasa sekarang ni kat diorang."

"InshaAllah. Siap!"





#muassis
#janganpernahputusasa
#innallahamaana

Thursday, February 25, 2016

Chenta

*mencari rentak menulis semula*

Bismillah...

Bila berbicara tentang cinta, atau bahasa indienya 'Chenta', pasti baaanyak yang akan bermain di fikiran kita. Cinta pada Allah, Rasulullah SAW, ibu, bapa, adik beradik, dan kawan-kawan.

Cinta itu fitrah. Ya, betul! Tapi ramai yang sudah keluar daripada fitrah.

Banyak firman Allah SWT yang berbicara tentang cinta, atau selalunya disebutkan 'ar-rahmah'. AYuh kita lihat beberapa ayat yang ana rasakan dapat memberi kefahaman kita terhadap cinta :

"Tuhanmu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat.."
(Al-An'am, 6:54)

Subhanallah, mantap!

Allah mewajibkan dirinya untuk bersifat dengan sifat Maha Penyayang! 
Kepada siapa? Kepada kita, hambaNya! MashaAllah..

Dan Allah sendiri beritahu kita cara nak dapatkan rahmatNya itu dalam ayat di bawah :

"Katakanlah: 'Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani'."
(Ali Imran, 3:31)

Nampak senang, tapi sangat mencabar. Kalau lah kita nak ikut sebijik sebijon seperti Rasulullah SAW, memang pengsanlah. Tapi itulah cara yang Allah tunjukkan kepada kita.

Mustahil? Pasti tidak. Kerana Allah sudahpun berjanji bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya di luar kemampuan.

*masih mencari rentak menulis. Fuhh*

Malangnya kita lihat dasawarsa ini ramai manusia yang cintanya kepada dunia lebih daripada cintanya kepada Allah, kepada syurga. Sedangkan Allah dah beritahu dalam ayat di bawah bahawa syurga itu lebih baik daripada segala yang ada di muka bumi ini.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
 
(Ali Imran, 3:14)
Apa jadi bila manusia cintakan dunia? Dia akan mula melupakan akhirat. Melupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Pengalaman selama hampir 5 tahun tarbiyah baaaaanyak sangat mengajar ana erti cinta. Mungkin dulu ana anggap ana dah cukup cintakan Islam, cintakan Al-Quran, cintakan ibu bapa. Tapi, semuanya hanyalah cinta yang palsu dan tak ke mana.

Yakinlah bahawa bilamana kita start cintakan Islam dan TnD, kita akan lebih faham dan cinta kepada orang-orang sekeliling kita.

Kalau kita cintakan mak ayah kita, kita sepatutnya berusaha gila-gila untuk jadi anak yang soleh dengan tarbiyah. Supaya dapat menjadi saham untuk mereka di akhirat nanti, Begitu juga sebaliknya. Tarbiyah mengajar kita kenapa kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa.

Kita cintakan rakan-rakan kita? Pastilah kita akan cintakan dakwah. Kerana kita nak berkawan hingga ke syurga.

Bagi ana, tarbiyah juga mengajar ana supaya lebih cinta kepada membaca. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan sedikit demi sedikit untuk membaca buku-buku fikrah, buku fiqh, hadith sohih dan sebagainya.

Tarbiyah dan dakwah juga mengajar kita supaya kita lebih cakna dan cinta kepada umat Islam, iaitu saudara kita seaqidah di seluruh dunia. Kalau kita cintakan mereka, nescaya kita akan lebih cintakan dakwah dan lebih all-out dalam mentarbiyah orang-orang sekeliling kita.

Visi dakwah kita adalah mencapai Ustaziyatul Alam untuk Islam. Kalau kita sayangkan masa depan kita, petakanlah ia dengan Islam. Kerana akhirnya Islam lah yang akan menang. Dengan Islam lah kita akan dapat kemenangan hakiki di akhirat kelak.

Akhir sekali, curahkanlah cinta kita untuk Islam, dakwah, tarbiyah, dan juga untuk akhirat kita. Curahkanlah segala-galanya. Buatlah sehabis baik! 

Kerana apa? Kerana Allah menjanjikan rahmat buat kita. 


Wallahu A'lam

AM
26022016




=.=


Post ini terinspirasi ketika merenung gambar wefie dengan anak usrah. Allahu. Terasa cinta. Kagum dengan hidayah Allah yang menjadikan mereka sepertimana mereka sekarang. Berkorban untuk tarbiyah. Sentiasa berfikir tentang mutarabbi masing-masing. Mantap!