Tuesday, November 29, 2011

peluang kedua

assalamualaikum wbt.

ada peluang kedua dalam hidup
tapi x ada peluang kedua untuk hidup

fikir2kan frasa di atas . ada orang yang dapat peluang kedua dalam hidupnya seperti ambil SPM dua kali lepas tu baru berjaya, orang yang bankrap lepas tu bangkit semula dan banyak lagi . ada orang yang mendapat peluang kedua daripada Allah untuk bertaubat .

tetapi difikir2 semula, peluang kedua ini bukan semua orang boleh dapat . kita harus berusaha untuk memperbaiki diri dan keadaan . peluang yang diberikan oleh Allah untuk bertaubat dan mendapat hidayah kita x akan tahu bila akan datang . mungkin juga kita x sempat untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila kita akan mati . oleh itu, sentiasalah bertaubat setelah melakukan kesalahan . sesungguhnya kita manusia mudah lupa dan melakukan kesilapan . dan ingatlah tiada peluang kedua untuk hidup . hidup ini cuma sekali . jadi, manfaatkanlah hidup yang sementara ini . sangat salahlah kata Puteri "muda cuma sekali, kita ENJOY !! " . ish3 . masa mudalah kita perlu sentiasa menambah ilmu dan ibadah kita . WA
salam~selamat membaca

Friday, November 25, 2011

perubahan

sumber : google
(x smpat buat sndiri. laptop problem)

assalamualaikum wbt
pertama sekali ingin aku mengucapkan salam maal hijrah dan selamat tahun baru hijriah yg ke 1433. alhamdulillah kite sudah melangkah ke tahun baru. sungguh pantas masa berlalu. tahun baru menandakan bertambah pendek umur kita . mati sudah menghampiri dan ianya sudah pasti. jadi, apakah persediaan kita sebagai hamba di dunia ini sebelum menghadapiNya ? adakah amalan kita sudah mencukupi? sudahkah kita menjalankan tugas kita di dunia ini dengan baik ? sudahkah kita bertaubat setelah melakukan dosa dan maksiat ?

hijrah bermaksud perpindahan rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. tetapi sekarang hijrah dapat didefinisikan dalam skop yg lg besar. ini semua berdasarkan atau iktibar drpd hijrah rasulullah SAW tersebut. kita tahu hijrah di sini bermasud perubahan dari buruk ke baik. kita sebagai muslim perlulah sentiasa berusaha meng'improve' diri dari semasa ke semasa. perubahan di sini tidak semestinya perubahan yang mendadak. memang susah untuk berubah dengan drastik. berusahalah untuk berubah dari sekecil-kecil perkara. contohnya, tolong ibu bapa, tambahkan wirid, baca doa sebelum melakukan pekerjaan, menderma 1 ringgit ke tabung surau. inshaAllah perkara-perkara ini akan menerbitkan sifat-sifat mahmudah dalam diri kerana kita telah merawat hati kita sedikit demi sedikit dan melembutkannya untuk membuat kebaikan. pada hari khamis, ada seorang ustaz dalam forum perdana berkata "ada tiga golongan. yg pertama, orang yang hari ini lebih baik dari semalam. yg kedua, orang yg hari ini dan semalam sama je. yg ketiga pula, orang yang hari ini lebih buruk dari semalam" kita dapat lihat golongan yg pertama orang yang paling untung sekali. kita haruslah tingkatkan ibadah kita hari demi hari. mungkin hari ini kita solat jemaah hanya dua waktu. keesokan harinya 3 waktu dan seterusnya. golongan yang kedua ini adalah orang yang tidak berusaha untuk mempertingkat ibadahnya. mereka merasa mereka sudah cukup baik dan sempurna. golongan yg ketiga pula golongan yg sangat malang. prestasi menurun.

‎"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. " Ar-Ra'd : 11

ingatlah bahawasanya perubahan dan usaha untuk berubah itu penting. kita sering melakukan kesilapan yang mungkin kita sendiri tidak perasan. inshaAllah berubahlah

#a change won't kill you :)


Monday, November 21, 2011

masa berlalu dengan pantas


alhamdulillah . Allah masih memberi kesempatan untuk aku hidup lagi di dunia ini. masih boleh berjumpa dengan ibu, bapa, abang, kakak, saudara mara, kawan2, dan jiran2. bersyukur ke hadhratNya kerana dengan izinNya, dapat lagi aku menikmati nikmat ukhuwah dan persaudaraan ini.


november 2011 sudah menjelang. akhirnya habis juga pengajian sem 1 aku di INTEC. subanallah. pejam celik pejam celik, dah cuti sem. rase seperti baru semalam bawak brg banyak2 dari rumah ke kolej Cendana. skrg bawak balek rumah pulak brg2 tu. berjumpa kwn2 baru. aku kini mendapat ramai kawan. lebih ramai dr yg aku sangka dlm masa yg singkat. alhamdulillah. mereka semua baik2 dan sgt supportive. satu lagi yg besnya diorg sekepala dgn aku dalam banyak bende. bersyukur sgt2. cuti ni masing2 buat hal sndiri. ade yg nk study. ade yg bljr masak. ade yg bljr english. aku juga bercdg hendak mengulangkaji semua pljrn pada sem 1. harap2 tercapailah hasrat tu. ya Allah, tabahkanlah hambaMu ini . cuti sebulan lebih aku yakin pasti akan berlalu dgn sekejap. seperti juga umur kita yang berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. aku kini sudah berumur 18 tahun. namun ilmu aku sangat sedikit. terasa malu pada diri sendiri. ape yang aku telah lakukan selama ini. muhasabah diri. sekian. wasalam~

"demi masa. sesungguhnya manusia kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan2 dgn kebenaran serta berpesan2 dgn sabar"
( Al-'Asr : 1-3 )

Sunday, November 6, 2011

Eiduladha 1432


. Salam Aidiladha pada tahun 1432H ini .

p/s : hari ni balek cendana. esok dah mule exam . doakan aku !!~

Friday, November 4, 2011

al-insyirah:7


sadaqallahul azim~
jadikanlah ayat ini sebagai peringatan bahawa dalam setiap kesusahan, kesempitan, kebuntuan
pasti ada kesenangannya.
berfikiran positif ketika menghadapi kesusahan kerana pasti ada hikmahnya



"Sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan"

al-insyirah : 7