Sunday, April 6, 2014

Pemberian Penuh Makna


"Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya."

[Al-Muddaththir, 74 : 6]


Erti hidup itu pada memberi. Kata orang. Persoalannya ke arah mana kita perlu memberi? Adakah betul apa yang kita memberi itu hanyalah semata kita berniat untuk memberi ataupun kita mengharapkan balasan.

Betapa ikhlasnya para Rasul dan juga para sahabat dalam tarbiyah dan da'wah ini, mereka sedikit pun tidak mengharapkan apa yang ada di dunia ini. Walaupun hanya ucapan terima kasih. Kita pula bagaimana?

Ya, mungkin susah untuk kita berlaku ikhlas dalam semua amalan kita. Tapi, cuba kita fikir semula. Pasti ada amal kita yang kita buat ikhlas, suci, murni hanya untuk Allah. Carilah amal itu walaupun ianya kecil. Cuba ambil semangat dan ruh amal itu dan implementasikan dalam amal-amal kita yang lain.

Dalam tarbiyah dan da'wah, elemen ikhlas sangat penting bagi seorang da'ie mukmin. Tanpa ikhlas, semua penat lelah tiada guna. Itulah buktinya fikrah itu tidak membumi. Fikrah tidak membocor ke dalam hati. Amal yang hanya berdasarkan ilmu. Kita terdorong untuk berfikir, kalau kita buat itu ini, kita akan dapat itu ini. Tanpa menisbahkan usaha atau planning kita pada Allah SWT. Naudzubillah.

Apa yang ana perasan, amal da'wah yang tidak ikhlas pasti takkan dapat hasil yang diinginkan. Mungkin dapat, tapi tidak berkat. Anak usrah tidak menjadi dan terbina dengan baiknya. Dek hati kita yang kotor dengan riak, sum'ah dan segala cucu cicitnya.


"Jangan sampai kerana dosa kita, orang lain terhalang daripada mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT," kata seorang ustaz.

Potong cili

Melihat kepada ayat keenam dalam surah Al-Muddaththir di atas, Allah sudahpun memerintahkan kita supaya memberi tanpa mengharapkan yang lebih. Bahkan kalau kita benar-benar faham akan konsep ma'rifatullah, kita takkan rasa yang kita ini memberi apa-apa pun. Tidak perlulah kita merasa yang ibadah kita sudah cukup untuk melayakkan kita mencapai tahapan taqwa yang tertinggi dan bertemu dengan Allah suatu hari nanti. Tidak perlu rasa bahawa usaha da'wah dan juga tarbiyah kita cukup untuk mengatakan "Aku telah melaksanakan Syahadatul Haq!"




Moga amal kita berterusan dan diberkati. Amin. Ya Allah, sungguh aku ingin bertemu denganMu! Tapi layakkah?

Allahu ghayatuna~