Thursday, April 4, 2013

Muta Tak Kesah



Kita tahu bahawa semua orang itu da’ie. Semua da’ie itu manusia. Eheh. Dan semua orang adalah mad’u kepada yang lainnya. Dan itulah konsep sebenar dakwah itu sendiri. Eh. Suka hati. Betul la kot. Jadi, nak tak nak kita kenalah berdakwah kepada semua orang. Even murabbi kita. Hee.

Mungkin ini satu trend atau satu kebiasaan pada sesetengah mutarabbi. Tak kesahlah baru join ke dah lama join ke. Buat bodoh je dengan murabbi. Murabbi sms, tak balas dan berfikiran, “Ala, tak balas mesej je pun.” Murabbi call, buat2 tak dengar. Murabbi sakit, sms “syafakallah” sahaja. Murabbi ajak pergi daurah, liatnye ya ampun. Hello, murabbi tu manusia jugak!

Hidung berdarah.

Once kita sudahpun berguling-guling dengan dakwah dan tarbiyah ini, sepatutnya kita sudahpun faham akan konsep usrah. Usrah means family. Family means no one gets left behind. Termasuk murabbi.

Kita bayangkan kita dalam keluarga kita. Ada ayah, mak, kakak, abang, adik, atuk, nenek….(esok pun tak habis). Dan kita sebagai anak, adik kepada kakak atau abang, dan juga kakak atau abang kepada seorang adik, nak tak nak kena berbuat baik dan melaksanakan tugas kita semaksimal mungkin. Takkanlah kalau mak mesej atau ayah call kita buat bodoh je kan. Tak ye. Derhaka namanya tu. The same goes in usrah. Bukan hanya murabbi yang perlu menjaga hati mutarabbi.

Sebagai murabbi ana percaya mereka sangat faham akan tugas mereka dan in shaa Allah mencuba sedaya upaya untuk bersabar dengan isti’abnya. Sabar pun ada limit tau. Eh, betul ke? Tett.

Dan mereka juga percaya dengan janji Allah dengan ganjarannya dan juga yakin bahawa Allah melihat usaha mereka. Dia boleh je cari mutarabbi2 lain. Ramai lagi orang yang nak tarbiyah ni. Takkan kita nak sia-siakan nikmat tarbiyah dan dakwah depan mata kita.

Tapi, mutarabbi sekalian. Adakah engkau lupa, anda2 pun nak tak nak kena jadi murabbi juga. And people say, “what goes around comes around”. Sangat benar.

Garu janggut.

“Al-akh as-sadiq la budda an yakuna murabbiyan” kata CIkgu Hasan Al-Banna. Seorang akh yang benar, nak tak nak kena jadi murabbi. Dan harapan semua murabbi agar mutarabbinya dapat kefahaman yang sama sepertinya dan menjadi murabbi yang lebih hoyeah daripada dia sendiri. Dengan ini, dakwah dapat berkembang dengan lebih mantap dari masa ke masa.

Tapi, persoalannya pada diri kita sendiri sebagai mutarabbi. Nak atau tak nak. Janganlah kita terlalu manja dan mengharap dimanjakan setiap masa oleh murabbi. Dakwah dan tarbiyah ini bukan untuk orang-orang yang manja, lembik etc. Hakikatnya, jalan ini sangatlah mencabar kelelakian seseorang akh itu sendiri. Banyak lagi kerja yang perlu kita buat. Dan semakin banyak kerja kita, semakin dahsyat ujian yang Allah akan berikan kepada kita. Dan jika kita dapat melepasi halangan-halangan ini, kita hensemlah. Ohoh. Pada pandangan Allah azza wa jall. In shaa Allah.


Jom jadi seperti sahabat-sahabat di mana mereka sangat mengambil berat tentang Rasulullah SAW yang merupakan murabbi mereka. Jom jadi seperti ulama’ yang sangat menghormati guru mereka walaupun ilmu mereka lebih tinggi daripada guru-guru mereka.

Resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.


"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya;"
(Al-Kahfi, 18:28)




=.=
Cubaan kedua suicide
Dan juga membakar orang lain yang berkenaan