Thursday, December 27, 2012

Tolong ! Tolong !



 Tolong ! Tolong !
 


Mikhail terjaga dari tidur. Terdengar orang mengetuk pintu rumahnya. Lalu, dia dengan segera membuka pintu.
 


Apa jadi ni bang !
 


Kebakaran dik ! Besar apinya tu. Jom tolong ! Cepat !
 


Apa yang terbakar? Kat mana ?
 


Rumah yang kat hujung kampung tu.
 


Mikhail pun bergegas bersama-sama orang kampung yang lain ke arah rumah yang terbakar itu. Mereka berulang-alik mengisi air dalam baldi untuk memadamkan api yang semakin marak.
 


Setelah sejam, barulah api reda.
 


Dah tak ada harapan dik. Orang-orang dalam rumah ni.”
 


Mikhail terduduk. Dipegangnya kayu-kayu sebahagian rumah yang sudah habus dijilat api. Menangis. Memikirkan keluarga yang di dalam rumah tersebut. Tiba-tiba, Mikhail pitam.
 


Gelap.
 


...
 


Mikhail terjaga. Dia melihat tangannya. Tiada kesan-kesan kayu hangus yang dipegangnya. Lega.


 Alhamdulillah. Mimpi rupanya.
 


Tiba-tiba...
 


Tolong ! Tolong !” suara orang meminta tolong sambil mengetuk pintu rumah Mikhail.
 


Mikhail bergegas ke arah pintu dan membukanya.


Ada apa ni bang !
 


Kebakaran dik ! Besar apinya tu. Jom tolong ! Cepat !
 


Mikhail merasa seram sejuk. Dejavu. Sama seperti dalam mimpinya. Dia bertanya soalan yang sama.
 


Apa yang terbakar ?
 


Ummah.

.....





Realitinya,
Ummah sedang terbakar dek jahiliyah,
Ummah sedang terbakar dek kecintaannya pada dunia,
Ummah sedang terbakar dek kesibukannya dengan hal dunia,
Ummah sedang terbakar dek ketidakpedulian mereka,
terhadap saudara-saudara mereka di luar sana,
Ummah sedang terbakar dek ketidaksatuan mereka dalam agama,
Ummah sedang terbakar dek sikap acuh tak acuh mereka dalam agama,
Ummah sedang terbakar dek pengaruh-pengaruh luar yang mengasyikkan,
Ummah sedang terbakar dek Ghazwul Fikr,
yang dicanang-canangkan oleh kuasa Barat,
Ummah sedang terbakar dek pengamalan Islam yang tidak menyeluruh.

Ummah Islam kini sekadar nama,
Hakikatnya,
Ummah sekarang sudah jauh dari Islam,
Ummah sekarang sudah jauh dari Al-Quran dan As-Sunnah.


Sedarlah wahai saudara saudari,
Menjadi tanggungjawab kita untuk meredakan api yang sedang marak,
Membakar ummah,
Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka,
Bahawa mereka sedang terbakar,
Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka,
Dari lena dibuai kehidupan dunia yang fana dan mengasyikkan,
Menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan Syahadul Haq,

Ramai saudara kita di luar sana memerlukan kita,
Kita juga pada hakikatnya memerlukan mereka,
Kita satu aqidah,
Kita satu fikrah,
Kita satu ummah.

Persoalannya,
Sanggupkah kita ?
Untuk mengorbankan segala,
Demi menyelamatkan ummah,
Demi menegakkan Islam,
Demi syurga,
Demi mendapat redhaNya.


....



Daripada Thauban رضي الله عـنه berkata, “Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”(Hadith riwayat Abu Daud)





=.=
...