Saturday, September 7, 2013

Saki baki dan harapan


Berada dalam suasana atau biah yang solehah. Bersama orang2 yang memahami Islam sesungguhnya malah mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Membuatkan kita rasa tenang. Rasa selamat. Rasa terjaga.

Namun sedar tak sedar, banyak lagi tempat di luar sana yang tidak ada nilai Islam langsung. Biah solehah? Jauh sekali.

Itulah realiti. We have to accept the fact. Ada orang yang lena dibuai oleh kesenangan dan so called ketenangan ketika berada dalam suasana yang soleh. Tetapi apabila dia terpaksa keluar dari comfort zone. Suasana di mana dia yang terbiasa dengan suasana soleh, menjadi minoriti. Hanyut dibawa dek arus. Kerana apa? Kerana terlalu selesa.

Saat muslim menjadi minoriti, kita boleh lihat akan ada orang yang terikut-ikut dengan gaya hidup atau millah golongan majoriti, iaitu bukan Islam.

Dakwah dan tarbiyahlah jalan penyelesaiannya.

Bilamana kita akui bahawa kita sudah ditarbiyah, sepatutnya kita mengenali yang mana Islam dan yang mana jahiliyah dengan jelas dan nyata. Jadi sepatutnya kita tahu batas kita. Kerana tarbiyah islamiyah takkan pernah boleh bercampur dengan tarbiyah jahiliyah.

Bilamana kita kata kita berdakwah, ianya bermaksud kita yang membawa seseorang ke arah Allah dan Islam itu sendiri dan bukannya kita hanya menjadi peserta atau penyokong kepada Islam itu.
Arruhul jadid fi jasadil ummah. Ruh2 yang sudah disentuh dan ditarbiyah inilah yang menjadi nukleus kepada perubahan sesuatu umat.

Menjadi saki baki muslim yang beramal tidak bermaksud kita boleh hanya goyang kaki. Menjadi muslim harapan bukan sekadar mengharapkan orang meminta pertolongan daripada kita. 

Kefahaman yang tinggi dan iman yang jitu terhadap fikrah islamiyah ini seharusnya menggerakkan kita. Menjadikan kita lebih proaktif dan agresif dalam dakwah. Komited dalam tarbiyah. Kita menarik ramai lagi orang ke dalam lingkungan ibadah. Tidak mahu lagi berkompromi dengan jahiliyah. Dengan harapan dapat menyentuh semua hati2 di luar sana yang masih mati. Yang masih gelap. Terhalang dari mendapat cahaya Islam yang sebenar.



"Ini adalah kerana untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidak perlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai dan menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukan ialah menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan kesungguhan mereka dan memperkenalkan kepada mereka jalan amal dan fiqh da'wah." 

Muqaddimah Al-Muntalaq
Sheikh Ahmad Ar-rasyid




=.=
Moga Allah redha
sudah memasuki medan amal yang jauh lebih luas
jauh lebih mencabar
dan jaaaaaaaaaauuh lebih osem !

Allahummansuril Islam wal muslimin ! 

No comments: