Wednesday, September 25, 2013

Sudah takdir

Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Masa berlalu dengan pantas. Masa itu adalah kehidupan. Bagaimana kita manfaatkan masa kita, begitu jualah kehidupan kita.

Pejam celik pejam celik. Umur ana dah mencecah seperlima abad. Alhamdulillah. Bertambah syukur kerana diberi oleh Allah nikmat tarbiyah. Dua tahun. Masih mentah. Tapi entah. Ana rasa sudah lama ikut tarbiyah. Mungkin sebab inilah fitrah manusia. Berada di dalam kancah dakwah dan tarbiyah. Tidak syak lagi. Takdir Allah mengenepikan segala.

Tidak timbullah persoalan, "Kenapa aku yang Allah pilih? Ramai lagi yg lagi baik dari aku." Istighfar. Syukur. Allah berfirman, 

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim, 14:7)

Allah pasti akan menambah nikmat tarbiyah. Kemanisannya pasti akan semakin terasa. Manisnya hakikat bahawa kitalah umat yang terpilih. Dan dalam kalangan yang terpilih itu, kitalah yang dipilih oleh Allah.

Keberadaan ana di universiti 'Ini Memang Urban' membuka mata ana seluas-luasnya. Almaklumlah tak selalu bercampur dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama pastinya memandangkan kampung halaman ana boleh dikatakan soleh. Bolehlah.

Culture shock? Alhamdulillah, tidak. Banyak orang yang membantu. Tarbiyah terbukti satu formula yang berkesan dan efektif. Tidak boleh disangkal lagi. Dua tahun di Kolej Tarbiyah Antarabangsa sedikit sebanyak mempengaruhi sahabat-sahabat ana dan ana sendiri. Hakikatnya, ramai sahaja yang hanyut dibuai keseronokan sementara. Muslim pun ada. Hurmm.

Ini membuatkan ana muhasabah. Terbeliak mata. Tercucuk dada. Kerja kita masih banyak ! Berlambak malahan. Kenapa boleh jadi sebegitu? Sebab kita tak buat kerja  T_T

Dimanakah dakwah? Di manakah nilai islam?

Ana pasti orang-orang not-yet-muslims akan keliru dengan agama islam yang dicanang-canangkan sebagai agam yang paling benar. Hakikatnya, kerana ada banyak jenis dan lapisan 'muslim' marcapada ini. Ada yang pakai tudung labuh, ada yang tak pakai langsung. Ada yang tengok perempuan pun tak nak, ada yang bertepuk tampar bergurau senda tak ingat dunia. Ada yang bergegas untuk solat, ada yang watlek watpis saja. Mereka terdorong untuk menyertai mereka instead of mengelaknya. Apabila pandangan manusia dan hawa nafsu menjadi tuhan mereka, inilah jadinya. Timbul perasaan takut untuk menjadi lain daripada yang lain. Takut dikatakan jumud dan kolot.

Ironi makaroni.

Sepatutnya tidak. Jika semua orang faham akan tujuan hidup mereka dan melaksanakan Syahadatul Haq, pastinya ramai akan tertarik dengan Islam. Di saat semua orang Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai GPS kehidupan dan berakhlak seperti Rasulullah SAW.



Ana kagum dengan ikhwah akhowat di Mesir. Dakwah mereka membekas. Membekas dan mempengaruhi orang-orang lain yang bukan dalam ikhwan. Malah ada juga yang tidak menyokong ikhwan. Mereka bersama-sama turun di dataran Rabiah. Tanpa prejudis. Mereka mempunyai tujuan masing-masing untuk mebantah pihak kudeta. Bagaimana boleh jadi sebegini? Kerana dakwah mereka murni kerana Allah. Dakwah yang sebenar. Kita?

Pengsan

Ternyata tidak cukup dengan hanya merasa beruntung kerana terpilih untuk mendapat tarbiyah. Saat Allah memberi hidayah kepada kita bermulalah tanggungjawab kita untuk berdakwah dan mentarbiyah orang di sekeliling kita. Sebelum ini kita tidak melakukannya kerana mungkin kita jahil. Tetapi, setelah Allah menyedarkan kita, tiada pilihan lain daripada melaksanakan kerja ini. Jika kita tidak melaksanakannya, tergolonglah kita dalam orang-orang yang fasiq.

Tertarik dengan kata-kata seorang akh R di fesbuknya, 
Masa kita kecik dulu, murabbi yang sediakan medan utk kita bergerak. 
Bila dah besar, kena fikir sendiri, rancang sendiri, dan menggerakkan sendiri. 
Kalau tak mampu berlari kencang, berlari. 
Tak mampu berlari, berjalan. 
Tak mampu berjalan, bertatih. 
Tak mampu bertatih, mengesot. 
Yang penting, jangan berhenti bergerak. 

Sob sob.. No matter what. We can't stop. Banyak kerja lagi ni. Haiya haiya !!








=.=
making a big decision for my life
but actually
every decisions are all big
because we are planning for a bigger life
which is akhirah

inshaAllah inshaAllah

No comments: