Saturday, April 14, 2012

tak berdaya

bismillahirrahmanirrahim

Dimulakan dengan bismillah
disudahi dengan alhamdulillah
bersyukurlah sehari dalam hidup kita
moga2 dirahmati Allah~

itulah bait2 lagu Raihan yang terngiang2 di telinga semua rakyat Malaysia pastinya. Sangat bermakna lagu ni. Sedar x sedar lagu ni membawa maksud bahawa setiap masa kita mengharap kepadaNya.

Mula dengan Bismillah, mengharap Allah mempermudah urusan kita
Habis dengan Alhamdulillah, berterima kasih kepada Allah setelah berhasil
Syukur sehari dalam hidup, syukur sebab sepanjang hari kita dalam kekuasaan Allah. kalau Allah lancarkan, maka lancarlah. kalau ada ujian, pasti Allah akan tolong juga. La yukallifallahu nafsan illa wus'aha : Allah tidak memberi ujian kepada hambaNya di luar kemampuan mereka.
Rahmat Allah, itulah goal kita dalam hidup ini. rahmatNya menjadi tiket untuk kita masuk taman Allah yang indah yakni jannah di akhirat kelak.

mukaddimah di atas terilham spontaneously. cadang saja2 je nak mula ngan lagu. aku mmg suka nyanyi pun. hee. ubah topik. assalamualaikum readers digest.... kaifa halukum ? kaifa imanukum ? harap2 okay2 saja. eh2. x cukup okay2 je. inshaAllah mantap kan. subhanallah.

alhamdulillah, Allah telah mempermudah urusanku menguruskan program baru2 ni. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. bersyukur gile2 lah pada Allah. sbbnye, takkan dan tidak akan berhasil kalau Allah x izinkan. berkat usaha kami dan doa rakan2 juga. setelah berakhirnya program, baru ku sedar bahawa dah lama x post kt blog ni. astaghfirullah. mungkin terlalu busy hal lain.

manusia macam kita ni tak berdaya tanpa Allah. kita kan hamba. hamba kalau tuan tak bagi makan, macam mana   nak hidup kan. kalau tuannya tak izinkan untuk buat apa2, so die xleh buat la kan. sama lah manusia yang tidak boleh hidup tanpa nikmat dan izin Allah. jadi, kenapa kita x bersyukur dan taat kepadaNya ?


Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa). Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. (Hadith Riwayat Bukhari) 

macam ni lah caranya kita bersyukur. bukan hanya mengucapkan alhamdulillah sewaktu mendapat khabar gembira.

just a short post~
ilham x mencurah2 lagi. tapi inshaAllah MUJAHADAH tulis blog masih tinggi !!~ hoyeah
wasalam~
^____^

No comments: