Wednesday, April 25, 2012

Jagalah hati

Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian bersih
Pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh
Dengan Allah makin jauh



Bila hati kian suci
Tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
Ciri mukmin sejati

Namun bila hati busuk
Pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
Jadi makhluk terkutuk

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan datang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Terasa terus menghimpit
Hidup makin terasa sakit



Assalamualaikum. Lama x post dalam keadaan yang sihat. Hehe. Ayam-ayam dah terbang nampaknya. Inspektor dah meminta2 ayam-ayam itu. Bye ayam-ayam kecil. Tak nak jumpa dah. 


Apa khabar anda-anda semua ? Apa khabar akidah ? Apa khabar ibadah ? Apa khabar akhlak ? InshaAllah masih awesome dan bertambah kool~ Kenalah makin bagus kan. Kalau semakin buruk bermakna ada something wrong somewhere =.= Cek balik iman anda !


Perasan tak bait2 di atas ? Bait2 tersebut dipetik daripada lirik lagu Jagalah Hati oleh Snada. Seronok kot lagu ni. Sing-along. Hoyeah. Lagu nasihat yang sangat baik. Cerita pasal hati yang kita semua ada. Siapa tak ada hati angkat tangan ! (anda tidak malu mengaku sebegitu...gursaj)



Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, 
apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka 
buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati "  
(Riwayat Bukhari & Muslim, dari Nu'man bin Basyir )  




Siapa dah hafal tepuk kaki kuat2 ! Nampak tak persamaan kontent sebahagian hadith 6 Imam Nawawi ni dgn lirik lagu di atas ? Nampak tak nampak tak ? Bagus . 5 bintang (kebanggaan time sekolah rendah~~nostalgia =.= )


Hati ni penting kan. Sedar tak sedar, waktu kita sakit hati, kita susah nak buat kerja2 lain. Hmmm. Jika baik hati, baiklah seluruh jasad. Macam mana nak baikkan hati =.= ? Mungkin senang mungkin susah bagi segelintir individu Homo sapien. Caranya ialah antaranya sentiasa mendengar ayat2 Allah dan menghadiri majlis ilmu. Banyak lagi cara tapi ini yang anamuzakkar mahu terangkan. Mendengar ayat Allah sangat menenangkan hati dan dapat menyucikan hati. Baru dengar. Kalau baca ? Kalau faham ? Masha Allah. Tertarik dengan satu post teme untuk pemahaman yg lebih. Majlis ilmu juga dapat membersihkan hati manusia setelah dikotori oleh titik hitam maksiat. Satu maksiat, satu titik. Kalau dah banyak sangat maka gelaplaj hati. Dalam kata lain, buruk hati. Hati telah fasad. 


Apa hikmah khutbah hari jumaat ? Yang diwajibkan kepada semua muslim XY ? Sedar tak sedar untuk mencegah hati daripada gelap sepenuhnya. Dengan mendengar khutbah ini at least org akan dgr ceramah sekali seminggu. (at least~~pffttt) Tapi zaman dah moden. Ceramah boleh je search2 di internet. Tengah baring2 kuak lentang pun boleh dengar ceramah dalam kotak hitam kat rumah. Mudah kan membersihkan hati. 


Badan boleh mandikan hari2, buang daki, buang cagu, dan sebagainya. (tak nak melampau di sini...tuutt) Mandikanlah hati kita hari2 jugak. Kalau hati dah mati, susah nak terima teguran. Susah nak terima nasihat agama. Susah nak berubah. Nauzubillah~ Sebelum hati kita mati, baik kita CPR dulu selagi sempat tertolong. Nurse ! Doktor ! Siapa mereka ? Tidak lain hanya diri sendiri. Sekian karutan buat kali ini. Buku chemistry di tangan, tapi inshaAllah dakwah sentiasa di hati. Takut tak sempat nak sampaikan. Assalamualaikum. Wallahua'lam~


^____^   

3 comments:

Inspector Saahab said...

dakwah di hati ~~
inshaallah.

ps : lawa doe gajet Mujahid itu. saya pun nak ;p

anamuzakkar =.= said...

inspector : saya dapat dari satu blog akh yg tidak dikenali yg diambil drpd satu blog yg x dikenali juga... ~hatiku, hatimu~

Inspector Saahab said...

ok. saya dah pau benda yg sama :)