Saturday, May 12, 2012

Perlu ke =.= ??


Bangun...Assalamualaikum cikgu !

Bismillahirrahmanirrahim....

Allahummaftah ‘alaina hikmataka wanshur  ‘alaina min khazaini rahmatika ya arhamarrahimin.

Rabbisyrahli sadri wayassirli amri wahlul ‘uqdatan millisani yafqahu qauli...
Permulaan yang agak nostalgik. Apa khabar iman, akhlak, akidah, ibadah anda dan saya ? InshaAllah terbaik dan increases directly proportional with time. Huih~ berhabuk 13 inci dah blog ni. Ini gara-gara kesibukan exam sihir kebelakangan ini. InshaAllah result okay nanti. Hee. Tajuk yang hendak dibawa kali ini ialah ‘Perlu ke?’. Hal ini berhubung dengan krisis dalaman yang melanda aku beberapa hari yang lalu. Hmmm.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Konteks yang hendak diketengahkan ialah melakukan perkara yang sia2 . Perlu ke kan ? Haa . Mungkin perkara2 yang sudah terang lagi bersuluh sia2 memang kena tinggalkan. Bye2. Tapi yang hendak disuluh di sini ialah perkara2 yang terkadang kita tak perasan pun perkara itu sia2 dan mungkin berdosa dan juga menghalang redha Allah. Nauzubillah. Sangat takut kalau itu berlaku.

Contoh 1

Terlepas percakapan dan perbuatan. Kita seronok cakap2 dengan orang2 lain, sahabat2 kita, keluarga kita. Bukan main lagi kan. Amboi. Hmm. Tapi kalau kita renung semula....... Bahasa kita kasar ke tak ? Kita cakap biasa2 tu penerimaan diorang macam mana ? Diorang tersinggung ke tak ? Masha Allah.

Jadi, kita kena ubah sikap ni. Menjadi lebih sensitif dan peka. Itukan ciri-ciri seorang da’ie. Kita tak bleh berbicara semberono. Takut2 perkataan2 yang kita lafazkan menghalang kita daripada mendapat redha Allah. Mane boleh. Kita kan nak diredhai Allah. So, kene jaga lah. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadithnya : “Maka berkatalah kebaikan, atau senyap”. Maksud hadith ini bukanlah suruhan untuk kita sentiasa senyap dan membisu. Sampai .....krik krik krik.... Bukan. Berkatalah perkara2 kebaikan sebanyak mana yang kita tahu supaya orang lain tahu. Kalau dah habis, baru senyap. InshaAllah lidah kita akan lebih terjaga. Hati orang lain pun akan terjaga.

Contoh 2

The stupid black box atau sekarang ni The stupid black card (flat screen). Hehe. Term yang sangat menarik bagi aku. Meh sini tengok gambar benda ni.




Selama ni aku tak sedar. Aku telah dilamuni oleh pancaran2 muzik dan cahaya dari kotak ini. Pointless. Except ceramah2 dalam TV ni lah. Yang tu best. Perlu ke tengok TV ? Sebenarnya ada masa ke kita nak tengok benda alah ni. Jujur, diri ini masih berusaha sedaya-upaya mengurangkan frekuensi menonton TV ini. Doakan aku ! Ya Allah, rabbi yassir wala tu’assir. Kuasa TV ni kuat. Dah lama masuk dalam negara kita. Kalau dulu, kita tengok rumah yang tak ada TV je memang ghuraba’. Tapi ghuraba’ itulah yang betul. Ada kawan aku yang dari kecik mak bapak tak bagi tengok TV pun.

Layar pancaran cahaya gergasi pun adik-beradik die ni jugak. Alaa.. yang orang bayar 8, 10, 15 ringgit nak tengok tu. Haih. Wayang. Penangannya kat Malaysia memang cemerlang. Hampir semua tempat kat Malaysia ade bende ni (nasib Shah Alam x ada~fuhh). Memang best tengok wayang ni. Tapi, kelihatannya ianya membuang masa. Lagi, kita masuk wayang tu kerana Allah ke ? Sepanjang cerita ke kita ingat Allah. Cer angkat tangan sikit yang macam tu. Ish3. Lagi, duduk dalam wayang kan campur2, x asing. Haa. Camne tu. Renung2kan.

Yang kaki download movie pulak. Hurmm. Susah nak komen ni. Tengok TV x, tengok wayang pun x. Tapi, mostly, mesti tengok sorang2 kan. Time tu lah syaitan nak hasut kita untuk terus tengok movie sampai pagi. Nauzubillah. Jadi, jauhkanlah ye. Nak ke berkawan dengan syaitan. X kool kot.

Anamuzakkar mampu bagi dua je contoh. Hehe. Mungkin ni yang penting yang kita terlepas pandang. Banyak lagi perkara2 yang lagha yang kita biasa buat. Tapi, tips untuk mengelak daripada melakukan perkara2 yang sia2 :

1.  Sentiasa ingat mati. Monolog dalaman, “Kalau aku mati sekarang, time aku tengok TV ni husnul khatimah ke ? Lagi best mati syahid kan.” Pastu tutup TV terus.
2. Fikir2 semua perbuatan kita ni perlu ke x ?
 3. Fikir2 Allah redha ke x ? Kita kutuk2, gurau2 dengan kawan kita Allah redha ke ? Gurau ada batasannya. 

Hmmm...
24 jam sebenarnya tidak cukup untuk melakukan kebaikan kalau kita betul2 faham dan menghargai masa. Aik ? Habis tu cane boleh tengok TV dan menyakitkan hati orang ? 

Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh dan juga berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al-'Asr : 1-3)

Hurmm. So, maximise your time with doing good things. A zikr a day, keeps the stupid black box away. InshaAllah. Sentiasa doa kepada Allah supaya memberikan jalan yang terbaik untuk kita. WA
^^Y

4 comments:

Anonymous said...

Kelantan LANGSUNG takde wayang.. weeee~

Nice post akhi.. ^^

=..=

NURUL AIN TAY said...

Keep it up. May Allah continue to bless
all of us.

Son Goku said...

betul

Azery said...

bila tengok "penyu" kat kanan ni, kelakar pulak. memang la org tau itu penyu. hehe.. btw, ada betulnya post enta ni, tapi nak "buang" tv dari hidup seseorg tu mcm agak ekstrem untuk [eriod sekarang ni. hmmph, nak pisahkan "nyawa" tu.. tapi inshaallah~ :)