Wednesday, May 23, 2012

Daun Kering


Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh

Okay. Mulai hari ini tiada perkataan ‘aku’. Azam ana tak nak ber’aku’2 dalam blog ni. Hee.

Antum apa khabar ? InshaAllah ok2 saja. Sihat wal’afiat lah hendaknya ya. Senyum2 selalu. InshaAllah sihat. Muahaha  :) Ana sihat. Alhamdulillah. Letih dan lega. Letih sebab menjalankan operasi menghapuskan daun2 kering sekeliling rumah. Lega sebab dah solat dhuha. Betul kata orang2 solat dhuha ni menenangkan. Aahhh~

Kali ni ana hendak membicarakan tentang satu analogi yang baru sahaja turun dari langit akibat kemalangan di angkasa raya. Hehe.

“Penipu ! Pukul kang.” Kata orang itu. Alaa. Orang itu lah.  (Abaikan karut-marutan ini)

Okay. Bukan turun dari langit. Tumbuh dari tanah. Time mencakar daun2 kering tadi. Ana dengan yakinnya mencuba mencakar daun kering dengan sekali lalu sahaja. Pakai cakar je. Hasilnya sikit je daun kering yang tertarik. Buat penat je.

“Itulah, malas sangat !” kata orang itu lagi.

Eh, pleeease. Anak soleh tau. Huehuehue (lame tak nampak org gelak kt fb cmni). Disebabkan keinsafan yang melanda diri, ana pun mencakar daun2 kering itu dengan teliti. Satu2. Kalau yang tertinggal tu, kenalah patah balik untuk menariknya. Rasa seronok dan penat pun ada. Sebab kerja ana adalah hasil yang osem. (Eh, betulkah penggunaan perkataan ‘mencakar’ daun kering ni. Hmm. Biarlah.)

Tiba2 terdetik dalam hati ini. Tersedar. Kalau kita kerja sambil lewa dan tidak berstrategi. Hasilnya hampagas atau hampeh. Tarik sekali lalu, secara random akan dapat sikit daun kering. Tarik satu2, dan patah balik kalau ada yang tertinggal akan dapat lebih banyak daun kering. Hehe. Mentol terkeluar untuk menulis analogi ini.

Perkara ini ada kaitan dengan D&T. Faham tak? Kalau faham, senyap. Jangan bagitau dulu (macam teka-teki pulak daa). Tahniah lah kalau dah faham. Okay. Sekian, terima kasih.

“Wooii, mane boleh ! Aku blurr lagi ni =.= “ kata orang itu kali ketiga.

Okay. Kali ni enta berguna wahai ‘orang itu’. Semua orang tahu, kalau kita buat kerja tidak berstrategi memang lah tidak produktif dan muntij (efisien). Samelah dengan dakwah dan tarbiyah.

Katalah antum nampak sasaran mad’u yang banyak. Antum pun rambang mata disebabkan semangat yang combusting dalam diri untuk berSH. So, antum pun ajaklah ramai2. Buatlah satu kuliah tentang EPL. Ramai gile datang. Semangat antum bagi pengisian. Pam pam pam. “Haa. Ambik kau. Seronoknya !! Muahahaha~” monolog yang mungkin ada dalam hati antum. 

Antum rasa ini akan mempercepat pertambahan bilangan kader2 dakwah. Tapi, antum terlupa. Antum terlupa yang mereka perlukan follow up. Boleh jadi mereka tidak dapat memahami dengan betul2. Belum faham dengan hati. Tak dapat nak digest. Belum dapat lagi fikrah yang cuba disampaikan. Ataupun mungkin ada yang macam “Poyolah abang ni. Aku dah tahu benda ni. Aku dah pernah baca dah. SPM lah weh.”  =.=

Katakanlah team dakwah antum adelah dalam 2 3 orang. Mad’u dalam 50 orang. Haa. Camne tu. Mulalah antum akan rase susah dan rasa futur (down). Tak muntij. Lainlah kalau antum dan 2 orang lagi kawan tu memang super saiya tahap sepuluh kuasa enam ratus tiga puluh. Itu mungkin jadi.

Jadi, kalau nak muntij, kenalah berstrategi dan bersabar. Lihat semula analogi di atas. Yang part tarik daun kering satu2 tu. Memang lah sasaran kita nak ramai. Tapi, prosesnya biar lambat asal faham. Setelah kita mentarbiyyah mereka. Kita perlu buat follow up. Nampak tak. Macam daun2 kering yang ketinggalan. Kena tarik balik. Boleh jadi, mereka dah nak faham dah. Tapi lepas tu, kosong. Mereka akan terus tertanya2 dan rasa malas nak tahu lama2. Ataupu mereka akan rasa dilupakan dan terus melupakan pengisian yang diberi.

Kita memang tak dapat mengetahui hati2 mad’u kita. Kita tak tahu mereka dah faham atau belum. Jadi, tugas da’ie lah untuk terus menyuntik fikrah kepada mereka agar kefahaman mereka bertambah dan juga menjentik hati mereka. Kita manusia yang lemah dan kadangkala alpa. Allah sahaja yang Maha Mengetahui, Allah A-'Alim dan tidak pernah lupa akan hambaNya.


"Tiada daun yang gugur tanpa Dia mengetahuinya" (Al-An'am : 59)

Rasanya itu sahaja. Pada pagi yang hening ini. Sambil ditiup angin kipas berkadar FULL. Hehe. Wallahua’lam.





=.=
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...
Kuatkanlah hati ini untuk terus berdakwah di jalanMu..
Selamatkanlah perjalananku untuk ke Shah Alam
Weee~excited nak berBG semula setelah sekian lama
cioww

2 comments:

Inspector Saahab said...

sampaikan salam assalamualaikum ,rindu, sayang dan segala bagai buat ikhawah uskab anda :)

:')
tsk tsk

Azery said...

analogi yang kreatif.. :)