Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh
Okay. Mulai hari ini tiada perkataan ‘aku’. Azam ana tak nak
ber’aku’2 dalam blog ni. Hee.
Antum apa khabar ? InshaAllah ok2 saja. Sihat wal’afiat lah
hendaknya ya. Senyum2 selalu. InshaAllah sihat. Muahaha :) Ana sihat. Alhamdulillah. Letih dan lega.
Letih sebab menjalankan operasi menghapuskan daun2 kering sekeliling rumah.
Lega sebab dah solat dhuha. Betul kata orang2 solat dhuha ni menenangkan.
Aahhh~
Kali ni ana hendak membicarakan tentang satu analogi yang
baru sahaja turun dari langit akibat kemalangan di angkasa raya. Hehe.
“Penipu ! Pukul kang.” Kata orang itu. Alaa. Orang itu lah. (Abaikan karut-marutan ini)
Okay. Bukan turun dari langit. Tumbuh dari tanah. Time
mencakar daun2 kering tadi. Ana dengan yakinnya mencuba mencakar daun kering
dengan sekali lalu sahaja. Pakai cakar je. Hasilnya sikit je daun kering yang
tertarik. Buat penat je.
“Itulah, malas sangat !” kata orang itu lagi.
Eh, pleeease. Anak soleh tau. Huehuehue (lame tak nampak org
gelak kt fb cmni). Disebabkan keinsafan yang melanda diri, ana pun mencakar
daun2 kering itu dengan teliti. Satu2. Kalau yang tertinggal tu, kenalah patah
balik untuk menariknya. Rasa seronok dan penat pun ada. Sebab kerja ana adalah
hasil yang osem. (Eh, betulkah penggunaan perkataan ‘mencakar’ daun kering ni.
Hmm. Biarlah.)
Tiba2 terdetik dalam hati ini. Tersedar. Kalau kita kerja
sambil lewa dan tidak berstrategi. Hasilnya hampagas atau hampeh. Tarik sekali
lalu, secara random akan dapat sikit daun kering. Tarik satu2, dan patah balik
kalau ada yang tertinggal akan dapat lebih banyak daun kering. Hehe. Mentol
terkeluar untuk menulis analogi ini.
Perkara ini ada kaitan dengan D&T. Faham tak? Kalau
faham, senyap. Jangan bagitau dulu (macam teka-teki pulak daa). Tahniah lah
kalau dah faham. Okay. Sekian, terima kasih.
“Wooii, mane boleh ! Aku blurr lagi ni =.= “ kata orang itu kali ketiga.
Okay. Kali ni enta berguna wahai ‘orang itu’. Semua orang
tahu, kalau kita buat kerja tidak berstrategi memang lah tidak produktif dan
muntij (efisien). Samelah dengan dakwah dan tarbiyah.
Katalah antum nampak sasaran mad’u yang banyak. Antum pun
rambang mata disebabkan semangat yang combusting dalam diri untuk berSH. So,
antum pun ajaklah ramai2. Buatlah satu kuliah tentang EPL. Ramai gile datang.
Semangat antum bagi pengisian. Pam pam pam. “Haa. Ambik kau. Seronoknya !!
Muahahaha~” monolog yang mungkin ada dalam hati antum.
Antum rasa ini akan
mempercepat pertambahan bilangan kader2 dakwah. Tapi, antum terlupa. Antum
terlupa yang mereka perlukan follow up. Boleh jadi mereka tidak dapat memahami
dengan betul2. Belum faham dengan hati. Tak dapat nak digest. Belum dapat lagi
fikrah yang cuba disampaikan. Ataupun mungkin ada yang macam “Poyolah abang ni.
Aku dah tahu benda ni. Aku dah pernah baca dah. SPM lah weh.” =.=
Katakanlah team dakwah antum adelah dalam 2 3 orang. Mad’u
dalam 50 orang. Haa. Camne tu. Mulalah antum akan rase susah dan rasa futur
(down). Tak muntij. Lainlah kalau antum dan 2 orang lagi kawan tu memang super
saiya tahap sepuluh kuasa enam ratus tiga puluh. Itu mungkin jadi.
Jadi, kalau nak muntij, kenalah berstrategi dan bersabar. Lihat
semula analogi di atas. Yang part tarik daun kering satu2 tu. Memang lah sasaran
kita nak ramai. Tapi, prosesnya biar lambat asal faham. Setelah kita
mentarbiyyah mereka. Kita perlu buat follow up. Nampak tak. Macam daun2 kering yang
ketinggalan. Kena tarik balik. Boleh jadi, mereka dah nak faham dah. Tapi lepas
tu, kosong. Mereka akan terus tertanya2 dan rasa malas nak tahu lama2. Ataupu
mereka akan rasa dilupakan dan terus melupakan pengisian yang diberi.
Kita memang tak dapat mengetahui hati2 mad’u kita. Kita tak
tahu mereka dah faham atau belum. Jadi, tugas da’ie lah untuk terus menyuntik
fikrah kepada mereka agar kefahaman mereka bertambah dan juga menjentik hati
mereka. Kita manusia yang lemah dan kadangkala alpa. Allah sahaja yang Maha Mengetahui, Allah A-'Alim dan tidak pernah lupa akan hambaNya.
"Tiada daun yang gugur tanpa Dia mengetahuinya" (Al-An'am : 59)
Rasanya itu sahaja. Pada pagi yang hening ini. Sambil ditiup
angin kipas berkadar FULL. Hehe. Wallahua’lam.
=.=
Ya Allah,
permudahkanlah segala urusanku...
Kuatkanlah hati ini
untuk terus berdakwah di jalanMu..
Selamatkanlah
perjalananku untuk ke Shah Alam
Weee~excited nak
berBG semula setelah sekian lama
cioww
2 comments:
sampaikan salam assalamualaikum ,rindu, sayang dan segala bagai buat ikhawah uskab anda :)
:')
tsk tsk
analogi yang kreatif.. :)
Post a Comment