Thursday, April 19, 2012

kenapa ?

"kenapa dan bagaimana ialah dua soalan yang power" -prof ali hasan


Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum !!
Masa'alkhair ? Alhamdulillah bernyawa lagi.
Masa yang sepatutnya diluangkan untuk field trip atau syura terpaksa diganti dengan tulis blog :(
huhhh...(astaghfirullahalazim, anamuzakkar !! mengeluh ! tampar sket~ PANG !!)


Okay2. Dah insaf. Seronoknya dapat tulis blog. Kisah apa field trip. (pffttt~) Memang best jadi satu2nya dalam batch tak merasa field trip. Pasti ada hikmahnya. Bak kata Ustaz Ridha "think +ve !! " Manalah tau kalau aku pergi field trip, aku terjatuh pastu koma. Manalah tau kalau aku gi syura aku tertidur. Tak ke malang tidak berbau tu. Haaa. Malang campak ni nasib tak berbau.


Duduk rumah ni nothing much boleh buat. So tengok TV. Tapi wajib ada penapis. hurmmm~ Sangat banyak yang tertapis TV kt malaysia ni. Jadi, tengok Tv Alhijrah dgn Oasis jelah. Tv9 kadang2 time program best (anda tau makna best tu ape~hehe). Kenapa macam ni ha ? Malaysia kan so called 'negara Islam'. hurmmm~ Runsing !! (tenang anamuzakkar...fuhhh) Almaklumlah bakteria campak bende bintik2 ni sampai ke kepala. mengarut STOP.


Penjajah negara dulu lepaskan kita bukan senang2 je. Kena fikir siang malam, pagi petang, 1 petang, 12 tgh hari  maghrib isyak subuh dhuha zuhur asar..... Diorang dah fikir dah apa yang diorang nak bagi hadiah kat orang Tanah Melayu ni sebelum diorang balik kampung. Diorang bagilah hiburan. Hiburan berbisa sampai sekarang terasa ayamnya. Nampak tak permainan diorang. Inilah yang dinamakan 'mind attack' atau ' serangan pemikiran'. Bahasa syurganya pulak 'Ghazwul Fikr'. Hoyeah. 3 bahasa score !!~ Jawa tak perlu ye. Barat telah memikirkan cara melemahkan orang Islam dengan menjauhkan mereka dari Al-Quran. So dengan cara hiburan dll lah mereka akan semakin jauh dengan Al-Quran. As-Sunnah apatah lagi.


Rasulullah bersabda, mafhumnya "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara. Jika kamu berpegang teguh dengannya, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya - Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah"


Satu benda yang baru aku perasan dan diperasankan. Portugis, British, Belanda dan sewaktu dgnnya datang Melaka sebab nak rempah ??? Hoooiiii !! Diorang tak makan pun rempah. Makan oregano ada lah. Ini adalah suatu penipuan. Itu bukanlah dan BUKANlah tujuan utama diorang datang sini. Diorang boleh je order kat kapal suruh ambik pastu menghirup rempah dengan senang lenangnya. (menghirup rempah ?? =.= abaikan) Tujuan utama diorang sebenarnya ialah sebar agama Kristian. Ingat lagi slogan Portugis ? Glory, Gold, Gospel. Gospel lah tujuan ultimate diorang. Banyak gereja dibina di seluruh tanah melayu. Anak melayu disekolahkan di sekolah inggeris terutamanya yang elit dan berpengaruh. Raja dikekalkan dan mereka menjadi penasihat. Raja time tu cuma jadi kelambu untuk diorang menyebarkan ideologi diorang. Sikit2 die bagi. Ghazwul Fikr la tu. Tanah melayu memang dari dulu lagi dah terkena virus ni.


Dah habis diorang balun kita time penjajahan, tapi ada je yang menentang. Diorang bengkek dengan Abdul Rahman Limbong, Mat Janggut dll. Macam kenal kan ? Sejarah sekolah menengah kot~ (Hoyeah...aku ingat lagi !) 2 jelah yang aku ingat. Mereka berdua ni berjuang habis2an bukan sebab tanah 'melayu' tapi tanah 'Islam' sebenarnya. Tak kool lah kalau tak kerana Allah dan Islam. Mereka antara pejuang Islam yang power kat tanah melayu dulu. ((tabik spring)) Tapi kalau kita lihat realiti umat sekarang. Mereka berjuang menyokong stail dan cara hidup Barat keparat ni. Hiburan melampau. Sensitiviti terhadap Islam sedikit pun tidak ada. Hukum Allah dipermainkan. Contoh, dalam drama2 dan filem2 di mana artisnya berlakon alim hanya untuk memenuhi kehendak pengarah. =.= ??  LAME.... Yang muda buat jenayah sini buat jenayah sana. Rempit. Rokok. Dan macam2 lagi. Yang dewasa mulalah nak terjebak dengan rasuah. Sebab apa ? Sebab gila duit gila pangkat. Konklusion = gila.



Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)


Banyak lagi GF yang kita tidak sedar di sekeliling kita. Even sistem pelajaran, politik, makan, pergaulan dsb pun GF.  Jadi, renung2kanlah. Sentiasa berfikir sebelum bertindak. Berfikir apa ?? Berfikir sama ada ianya on the right track ke tak. Right track apa ?? (eiii....banyak tanya pulak...dah la tajuk pun soalan) Syariat Allah lah the right track. Satu lagi, sentiasa cari cara untuk mencapai mardhatillah .
^_____^  senyum3


maaf, gambar x lawa~



2 comments:

Inspector Saahab said...

menarik
raja-raja jd kelambu. nais

hikmah disebalik CP :)

keep updating :)
dan get well soon >.<
senyuman anda dirindui T__T

anamuzakkar =.= said...

haha . kelambu adalah perkataan yg tibe2 terbang ke minda .