Tuesday, February 18, 2014

Mari Menjadi Umar

"Ya Allah ya Tuhanku ! Perkukuhkanlah Islam ini dengan Umar ibni al-Khattab atau Abu Jahal ibnu Hisyam."

Begitulah doa Rasulullah SAW pada zaman dakwah sirr di Mekah. Dan ternyata Allah telah mengkabulkan doa baginda SAW dengan memberi hidayah kepada Umar bin Al-Khattab ataupun gelarannya Al-Faruq.

Kesaksian Umar terhadap agama Islam tidak dapat dipersoalkan lagi. Beliau yang dahulunya sangat bengis dan zalim, segala bentuk jahiliyah Umar dah buat. Tapi setelah beliau yakin dengan Islam. Umar berubah immediately. Betapa gembiranya para sahabat dan sahabiah yang lain bilamana mereka mendengar tentang keislaman Umar al-Khattab. Dan sebaliknya bagi kaum musyrikin Mekah kerana Umar merupakan antara pahlawan terhebat dalam kaum mereka selepas Hamzah r.a yang telahpun memeluk Islam tiga hari sebelum Umar.

Sangat benar dan tepatlah sabda Rasulullah SAW dalam hadithnya yang cukup famous. Especially bagi mereka yang berada di dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini. Hadith yang mafhumnya, 

"Manusia ibarat logam. Terpilihnya semasa jahiliyah. Terpilih juga semasa Islam. Sekiranya mereka faham."

Dalam Raheequl Makhtum disebutkan bahawa sebelum Umar memeluk Islam, beliau sudahpun ada perasaan bahawa mungkin Islam ini lebih mulia daripada agama nenek moyangnya. Dan terdapat beberapa peristiwa yang menceritakan tentang bagaimana sedikit demi sedikit Umar menerima Islam. Dan sehingga akhirnya, Umar mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi SAW lantaran membaca surah TaaHaa.

Apakah ibrahnya dalam kisah ini? Dan tidak tertinggal juga kisah Hamzah bin Abdul Mutalib? 

Apa yang ana nampak di sini ialah benarnya kata-kata Allah dalam surah Az-Zumar,

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[Az-Zumar, 39:34-35]

Ada dua perspektif yang kita perlu lihat. Iaitu pada diri kita dan juga objek dakwah atau mad'u yang kita hendak dakwahi. 

Kita mungkin atau konfirm telah melalui masa-masa jahiliyah kita. Zaman berfoya-foya seperti dunia tiada duanya. Tapi, takdir Allah, kita terserempak dan diperangkap ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini. Dan hakikatnya, ianya baik buat kita. Bahkan terbaik buat ana personally. Mungkin dahulunya kita memang yakin pun yang Islam ini agama yang benar. Agama yang menjaminkan kita masuk syurga. Tapi, amal atau perbuatan zahir kita langsung tidak menggambarkan apa yang kita konon yakini itu. Sebab ianya tidak meresap ke dalam hati.

Alhamdulillah sedikit demi sedikit Allah beri hidayah kepada kita. Dan kita mula menerima dan keyakinan kita semakin hari semakin bertambah. Kita menjadi semakin yakin bahawa inilah jalan yang benar. Inilah jalan yang membawa kita menuju Allah. Jalan yang menuntut kita untuk buat something dan bukanlah hanya mengucap dua kalimah syahadah dan tidak buat apa-apa. 

Masuknya beliau ke dalam Islam bukan sahaja mengubah keyakinan dan persepsinya terhadap ad-deen ini. Malah mengubahnya pada akhlaknya. Dan itulah manifestasi keberhasilan tarbiyah pada seseorang itu. Tidak ada lagi kita mendengar Umar sesuka hati memukul orang setelah beliau memeluk Islam. Ketaatan dan rasa hormat Umar terhadap Rasulullah SAW juga sangat mengagumkan menunjukkan bahawa beliau sedar bahawa bagaimana kuat pun beliau, beliau masih hamba Allah dan juga umat Muhammad SAW. Dan itu menjadi kenikmatan yang tak terhingga bagi Umar dan juga para sahabat yang lain.

Tibalah masa sekarang untuk kita mencari banyak lagi Umar di luar sana. Terlalu banyak logam yang terbiar dan tidak disentuh dengan sentuhan hidayah. Betapa optimisnya Rasulullah SAW dalam doanya meminta kepada Allah SWT supaya memasukkan Umar bersama dalam dakwah baginda sepatutnya menjadi potivasi buat kita supaya lebih optimis dalam berdakwah. Doa, usaha, dan sabar. Itulah kunci dalam dakwah dan juga tarbiyah. Tanpa izin Allah, segalanya takkan jadi. Tanpa usaha, apalah harganya kita kerana Islam itu pasti akan menang pun. Tanpa kesabaran, nescaya gugur dan tertapislah kita dari jalan ini.



Jadi, ayuhlah kita ubah sikap kita menjadi lebih optimis dan moga kisah ini menjadi motivasi kepada kita despite semua kesalahan kita pada masa lalu dan juga kelemahan-kelemahan kita. 

Mari menjadi Umar !








=.=
Bismillah...
tengah buat balancing, alignment diri
Hikhok

No comments: