Perghh
tajuk. Sila jangan tertipu dengan tajuk di atas. Hehe. Bila berbicara tentang
cita-cita atau matlamat, ramai orang akan berfikir tentang pekerjaan yang bkal
dilakukan klak semasa dewasa. Dan jikalau diajukan soalan ini kepada
orang-orang yang telah bekerja, mereka akan menjawab, “Aku dah capai dah
cita-cita aku.”
Jadi, apa
guna lagi hidup jikalau cita-cita sudah dicapai? Sungguh sempit fikiran kita
dan kebanyakan manusia di luar sana bila mendefinisikan cita-cita atau harapan
dalam hidup. Cita-cita yang terbatas.
Secara
jujur, ana pun begitu juga. Teringat lagi, semasa darjah satu, nak jadi
arkitek. Sebab perasan pandai melukis. Ewah. Tapi, sekarang tidak lagi ye.
Pernah juga terfikir hendak menjadi peguam, sebab ingin menegakkan keadilan.
Pernah terfikir seketika saja. Haha. Atuk ana pula mengharapkan ana menjadi
seorang ustaz. Hurmm. Last-last, ana nak jadi doctor. Sebab apa? Biarlah
rahsia.
Tetapi
hakikatnya, cita-cita sebegini hanya terhad di dunia ini sahaja dan boleh dikatakan
mainstream. Sesiapa pun boleh jadi arkitek, doktor, peguam dan sebagainya.
Betapa kecilnya visi manusia bilamana hanya memikirkan cita-cita yang hanya
untuk kepentingan diri dan kesenangan dunia. Itulah penangan wahan. Cinta dunia
dan takut mati. Pekerjaan dan pangkat yang so-called ‘cita-cita’ dan juga
kesenangan ini dikejar seolah-olah hidup di dunia selama-lamanya.
Tarbiyah
menyedarkan ana. Tentang hakikat sebenar kehidupan. Kehidupan yang ada duanya.
Dunia dan akhirat. Dunia yang sementara dan akhirat yang kekal. Tarbiyah
mengeluarkan ana dari pemikiran yang sempit kepada satu pemikiran yang besar
dan luas. Tentang cita-cita. Cita-cita duniawi dan juga ukhrawi.
Bila kita
tanya sesiapa, “Kau nak masuk syurga tak?”. Mereka akan dengan pantasnya berkata,
“Eh, mestilah nak. Kau gila apa. Siapa yang nak masuk neraka. Panas woo.”.
Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.
Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan.(Hud, 11:15-16)
Jadi,
itulah cita-cita kita. Mengharapkan syurga Allah SWT. Okay. Itu tak cukup
berfikiran jauh lagi. Haha. Kita haruslh target syurga tertinggi, iaitu syurga
Firdaus. Tak jauh lagi. Yang paling ultimate ialah, berjumpa dan melihat wajah
Allah SWT. Subhanallah. Menangis deras.
Kalau itu sudah
menjadi cita-cita kita, kita akan buat apa-apa sahaja untuk mendapatkannya.
Bagaimana? Dunia inilah pentas di mana kita beramal dan mengumpul bekalan
sebanyak mungkin untuk mencapai tujuan ultimate kita, iaitu Allah. Allahu
ghayatuna. Semata-mata untuk mendapat keredhaanNya, dipandang olehNya, dicintai
olehNya.
Sekali
lagi, bagaimana?
Mungkin
satu cara untuk mencapai cita-cita yang gila ekstrem tersebut, kita kenalah
jadi ekstrem di dunia. Bukan extremist
yang bom sana bom sini tu ye. Tapi, ekstrem dalam menjadi hamba Allah dan juga
khalifahNya. Faham ke?
Cita-cita
dakwah kita adalah Ustaziyatul Alam. Iaitu bilamana Islam menjadi the world
order atau bahasa mudahnya, Islam menjadi ustaz kepada alam. Dr Hafidzi Mohd
Noor pernah menyebut, “Petakan masa depan peribadi kita dengan masa depan
Islam. Dan yakinlah bahawa dalam masa depan, Islam yang akan menang.”
Jadi, apa
yang kita patut lakukan ialah, join sekaki lah. Hehe. Islam itu ana tahu dan
anda-anda semua pun tahu, confirm akan menang. Allah dah sebut, “Innaddina
‘indAllahil Islam”. Sesungguhnya agama, cara hidup, perundangan dan sebagainya
di sisi Allah ialah Islam. Siapa lagi yang lebih stylo dan hensem daripada
orang-orang yang turut sama menaikkan Islam di mata dunia? Pastinya lagi stylo
daripada orang yang hanya goyang kaki doing nothing. Lagi kacak daripada
so-called ‘tok-tok sheikh’ yang 24 jam di masjid, mentopupkan ibadah dan
berjubah dan berwangi-wangian dengan minyak wangi. Katanya ikut sunnah.
Kerana apa?
Siapa manusia yang paling hensem? Rasulullah SAW. Rasulullah buat apa? Dakwah.
So, itulah yang kita kena buat untuk jadi hensem. Dakwah ialah sunnah terbesar
Rasulullah SAW. Seluruh hidup Rasulullah SAW ialah dakwah. Dan impian
Rasulullah SAW ialah melihat Islam berkuasa di dunia ini. Dan baginda sangat
optimis. Walaupun pada mulanya, baginda hanya seorang yang membawa satu agama
yang baru. Betapa optimisnya Rasulullah SAW dan tingginya cita-cita baginda.
Dan cita-cita ini diteruskan oleh para sahabat. Fikrah yang ditanam pada para
sahabat melalui tarbiyah direct Rasulullah SAW dan seterusnya kepada tabi’ien,
tabi’ tabi’ien sehingga sekarang. Dan risalah sudahpun sampai kepada kita.
Zalimlah kita kepada manusia lain jika kita tidak menyampaikannya.
Fuh.
Kesimpulannya, dengan dakwah dan tarbiyah lah, kita jelas tentang cita-cita
sebenar. Cita-cita yang sama dengan Rasulullah SAW dan para sahabat. Cita-cita
yang hakikatnya, Allah dah tetapkan
dengan perintahNya supaya manusia tegakkan agama.
Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, yaitu tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang-orang musyrik (untuk mengikuti) agama yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama-Nya) bagi orang yang kembali (kepada-Nya).
(Surah Asy-Syura, 42 : 13)
Tegakkanlah
agama dalam dirimu, maka akan tertegaklah agama di tempatmu.
=.=
Sembilan
kertas sudah melayang
Lapan
kertas lagi bakal ditonyoh-tonyoh
Allahu
yusahhil !
:)
2 comments:
Sama la dengan ana, cita-cita berubah ikut nafsu. Haha
hee.. moga kita tsabat, akhi :)
Post a Comment