Sunday, May 19, 2013

Sampai bila?



Hakim bersama-sama ikhwah-ikhwah yang lain bersiap-siap untuk tidur. Penat. Penat gelak. Penat dibakar. Dek pengisian oleh seorang akh super saiya.

Hakim menarik bantal dan selimut, mendekati murabbinya, Faiz. Manja. Faiz melihat gelagat Hakim dengan tersenyum. Murabbi mana yang tak suka tidur sama-sama dengan mutarabbi.

Mereka baring bersebelahan. Mencuba untuk tidur. Bisikan-bisikan zikir menemani suasana yang sunyi bertemankan bunyi-bunyi dengkuran yang harmonis. Ceh.

“Akhi. Ana nak tanya sikit boleh tak? Lama dah ana nak tanya ni.” Hakim memecah kesunyian.

“Ye, apa dia?”  Faiz tercelik matanya yang hampir melabuhkan tirainya.

Nta dah berapa lama eh join usrah?”

“Alhamdulillah. Dah nak 2 tahun jugak rasenye. Haih. Cepatnya masa berlalu.”

“Oh. Lama jugak. Tapi kan akhi. Sampai bila eh kena join usrah ni?”

“Asal nta tanya camtu?”

“Entahlah. Ana kadang rasa penat pulak usrah ni. Ana tau bagus usrah ni. Tapi, itulah. Entahlah.”

“Hurmm. Kalau nta tanya ana, ana nak usrah sampai bila-bila. Even, kalau boleh, sampai ke syurga. Eheh.”

“Lamanya Akhi. Nanti dah kerja, kahwin, ada anak dan sebagainya. Ada ke masa?”

“Tak lama Hakim. Sampai bila-bila tu means sampai kita mati lah. Kita mana tahu bila kita akan mati. Betul tak?”

Hakim terkedu.

“Nak tau tak Hakim. Impian ana nak mati dalam keadaan ana tengah berusrah, atau dalam daurah. Dalam keadaan ana tengah berkhidmat untuk Islam. Dalam keadaan state iman ana tengah melambung-lambung tinggi.




Nta tau tak. Para salafussoleh dulu takut kalau duduk kat rumah. Mereka takut mereka akan mati kat rumah. Dalam keadaan diorang sedang berehat-rehat.”

Hakim berfikir sejenak.

“Ana tau perasaan nta. Ana pun pernah jugak rasa. Tanya la siapa pun. Confirm semua orang pernah rasa. Tapi. Apa yang menguatkan kami ialah, bantuan ikhwah-ikhwah yang lain. Ukhuwah itu menguatkan kita.

Orang cakap kalau dah rasa kemanisan ukhuwah itu, maknanya kita dah rasa penangan tarbiyah.

Percayalah akhi. Penat  yang kita rasa sekarang inshaAllah berbaloi untuk kita masuk ke syurga Allah dan lagi best, jumpa dengan Allah. Ramai dah orang-orang yang berpenat-penat di  jalan Allah. Allah dah janjikan balasan yang gila-gila best. Gilalah kita kalau kita tak sahut cabaran ni.

Satu lagi, ana rasa tarbiyah ni semakin best once dah bawak usrah lah. Once ana jumpa nta dengan yang lain-lain. Hee.”

Air mata diseka. Hakim peluk erat murabbinya.

"Jazakallahu khair akhi. Mungkin ana tengah futur ni. Kalau ana tak ikut tarbiyah ni, tak taulah ana jadi apa sekarang. Doakan ana tsabat ye akhi. Ana nak jugak mati macam Imam Hasan Al-Banna, Syed Qutb, Sheikh Ahmad Yasin. Jeles boh. Ana nak jugak jumpa akhi dan yang lain-lain kat syurga nanti.”

“InshaAllah akhi. Yang penting, ikhlaskan niat kita dalam tarbiyah ni. Bersyukurlah knowing the fact that Allah dah pilih kita. Allah nak kita rasa benda ni best.

Dah dah. Tidur jom. Esok kita nak kena balik sesudah subuh. Nanti bangun lambat pulak.”

"Ana tak risau. Akhi kan ada. Akhi confirm akan kejut ana. Akhi kan macam ayah ana. Selamat malam. Jumpa esok. Mimpi ana tau. Hehe.”

“Merepek je budak ni. Selamat malam. Jangan lupa baca doa, 3 qul, ayat kursi.”

“Baik, ayah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”


*******

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.
At-taubah, 9:111







=.=
Menghabiskan sisa-sisa masa yang ada
Menuai permata-permata tarbiyah di sini
Sebelum melepaskan diri ke gelanggang tarbiyah yang lain

3 comments:

Adi Husni said...

uuuiihh,....
sedas kena kat dada......
T___T

Inspector Saahab said...

Musryidul am pun ikut usrah tahu ?

Pengembara Jalanan said...

mursyidul am TIBAI kah @inspectorsaahab ?