Friday, May 31, 2013

Lensa Hidupku



Perghh tajuk. Sila jangan tertipu dengan tajuk di atas. Hehe. Bila berbicara tentang cita-cita atau matlamat, ramai orang akan berfikir tentang pekerjaan yang bkal dilakukan klak semasa dewasa. Dan jikalau diajukan soalan ini kepada orang-orang yang telah bekerja, mereka akan menjawab, “Aku dah capai dah cita-cita aku.”

Jadi, apa guna lagi hidup jikalau cita-cita sudah dicapai? Sungguh sempit fikiran kita dan kebanyakan manusia di luar sana bila mendefinisikan cita-cita atau harapan dalam hidup. Cita-cita yang terbatas.

Secara jujur, ana pun begitu juga. Teringat lagi, semasa darjah satu, nak jadi arkitek. Sebab perasan pandai melukis. Ewah. Tapi, sekarang tidak lagi ye. Pernah juga terfikir hendak menjadi peguam, sebab ingin menegakkan keadilan. Pernah terfikir seketika saja. Haha. Atuk ana pula mengharapkan ana menjadi seorang ustaz. Hurmm. Last-last, ana nak jadi doctor. Sebab apa? Biarlah rahsia.

Tetapi hakikatnya, cita-cita sebegini hanya terhad di dunia ini sahaja dan boleh dikatakan mainstream. Sesiapa pun boleh jadi arkitek, doktor, peguam dan sebagainya. Betapa kecilnya visi manusia bilamana hanya memikirkan cita-cita yang hanya untuk kepentingan diri dan kesenangan dunia. Itulah penangan wahan. Cinta dunia dan takut mati. Pekerjaan dan pangkat yang so-called ‘cita-cita’ dan juga kesenangan ini dikejar seolah-olah hidup di dunia selama-lamanya.

Tarbiyah menyedarkan ana. Tentang hakikat sebenar kehidupan. Kehidupan yang ada duanya. Dunia dan akhirat. Dunia yang sementara dan akhirat yang kekal. Tarbiyah mengeluarkan ana dari pemikiran yang sempit kepada satu pemikiran yang besar dan luas. Tentang cita-cita. Cita-cita duniawi dan juga ukhrawi.

Bila kita tanya sesiapa, “Kau nak masuk syurga tak?”. Mereka akan dengan pantasnya berkata, “Eh, mestilah nak. Kau gila apa. Siapa yang nak masuk neraka. Panas woo.”.

Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.
Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan.
(Hud, 11:15-16)

Jadi, itulah cita-cita kita. Mengharapkan syurga Allah SWT. Okay. Itu tak cukup berfikiran jauh lagi. Haha. Kita haruslh target syurga tertinggi, iaitu syurga Firdaus. Tak jauh lagi. Yang paling ultimate ialah, berjumpa dan melihat wajah Allah SWT. Subhanallah. Menangis deras.

Kalau itu sudah menjadi cita-cita kita, kita akan buat apa-apa sahaja untuk mendapatkannya. Bagaimana? Dunia inilah pentas di mana kita beramal dan mengumpul bekalan sebanyak mungkin untuk mencapai tujuan ultimate kita, iaitu Allah. Allahu ghayatuna. Semata-mata untuk mendapat keredhaanNya, dipandang olehNya, dicintai olehNya.

Sekali lagi, bagaimana?


Mungkin satu cara untuk mencapai cita-cita yang gila ekstrem tersebut, kita kenalah jadi ekstrem  di dunia. Bukan extremist yang bom sana bom sini tu ye. Tapi, ekstrem dalam menjadi hamba Allah dan juga khalifahNya. Faham ke?

Cita-cita dakwah kita adalah Ustaziyatul Alam. Iaitu bilamana Islam menjadi the world order atau bahasa mudahnya, Islam menjadi ustaz kepada alam. Dr Hafidzi Mohd Noor pernah menyebut, “Petakan masa depan peribadi kita dengan masa depan Islam. Dan yakinlah bahawa dalam masa depan, Islam yang akan menang.”

Jadi, apa yang kita patut lakukan ialah, join sekaki lah. Hehe. Islam itu ana tahu dan anda-anda semua pun tahu, confirm akan menang. Allah dah sebut, “Innaddina ‘indAllahil Islam”. Sesungguhnya agama, cara hidup, perundangan dan sebagainya di sisi Allah ialah Islam. Siapa lagi yang lebih stylo dan hensem daripada orang-orang yang turut sama menaikkan Islam di mata dunia? Pastinya lagi stylo daripada orang yang hanya goyang kaki doing nothing. Lagi kacak daripada so-called ‘tok-tok sheikh’ yang 24 jam di masjid, mentopupkan ibadah dan berjubah dan berwangi-wangian dengan minyak wangi. Katanya ikut sunnah.

Kerana apa? Siapa manusia yang paling hensem? Rasulullah SAW. Rasulullah buat apa? Dakwah. So, itulah yang kita kena buat untuk jadi hensem. Dakwah ialah sunnah terbesar Rasulullah SAW. Seluruh hidup Rasulullah SAW ialah dakwah. Dan impian Rasulullah SAW ialah melihat Islam berkuasa di dunia ini. Dan baginda sangat optimis. Walaupun pada mulanya, baginda hanya seorang yang membawa satu agama yang baru. Betapa optimisnya Rasulullah SAW dan tingginya cita-cita baginda. Dan cita-cita ini diteruskan oleh para sahabat. Fikrah yang ditanam pada para sahabat melalui tarbiyah direct Rasulullah SAW dan seterusnya kepada tabi’ien, tabi’ tabi’ien sehingga sekarang. Dan risalah sudahpun sampai kepada kita. Zalimlah kita kepada manusia lain jika kita tidak menyampaikannya.


Fuh. Kesimpulannya, dengan dakwah dan tarbiyah lah, kita jelas tentang cita-cita sebenar. Cita-cita yang sama dengan Rasulullah SAW dan para sahabat. Cita-cita yang hakikatnya, Allah dah tetapkan  dengan perintahNya supaya manusia tegakkan agama.

Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, yaitu tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang-orang musyrik (untuk mengikuti) agama yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama-Nya) bagi orang yang kembali (kepada-Nya).
(Surah Asy-Syura, 42 : 13)

Maka bolehlah kalau ana nak kata, orang yang ada masa depan ialah orang Islam yang bekerja. Da'ie pastinya. Dr Hammam Said ada berkata, "Dakwah ilallah jalan berjaya di dunia dan di akhirat." Senyum.

Tegakkanlah agama dalam dirimu, maka akan tertegaklah agama di tempatmu. 





=.=
Sembilan kertas sudah melayang
Lapan kertas lagi bakal ditonyoh-tonyoh
Allahu yusahhil !
:)

2 comments:

ENCIK MUSAB said...

Sama la dengan ana, cita-cita berubah ikut nafsu. Haha

anamuzakkar =.= said...

hee.. moga kita tsabat, akhi :)