Saturday, May 19, 2012

M.I.B

Assalamualaikum~
Pakcik makcik...dah mencekik ke belom ?~~


"TAK LAWAK anamuzakkar . Sekian " kata seorang invisible man. 


Hurmmm =.= . Suka hati lah !


Nak test arab jap . Kaifa halukum ? Bikhair jiddan ? Alhamdulillah . Ash'uru bissururi wal farah fi hazhal yaum . Hal antum aidhon ? Alhamdulillah . Aiceyh~
Alhamdulillah. Thummalhamdulillah. Thummalhamdulillah.


Ikhwati fillah. Jangan terkejut dengan GFnye tajuk di atas. Mat saleh ~~Hee :D
GF ke ?? Hurmm...abaikan (spt biasa) . Tau kan MIB ? Tak tahu ? Alhamdulillah~ baiknye ikhwah2 sekalian. Yang tahu pun alhamdulillah. Peka sungguh ikhwah2 sekalian. MIB ialah Men In Black. Cerita tu memang best~ Dulu tengok seronok2. Sekarang alhamdulillah dah faham, so mindset dah lain dah. Anasir2 dakwah memasuki minda sewaktu menonton semula cerita ini. MashaAllah. Subhanallah. Menarik sungguh ! Banyak persamaannya. Hehe.


Will smith dipilih untuk menyertai MIB. Ooooohhhh~(keterujaan...Will smith tu) . Okay. Cool. Pukul kang. Dia dipilih sebab dia NYPD yang unik dalam kaca mata K (org tua satu lg tu). Once dia masuk MIB tu, die kene tukar identiti. Lupakan masa lalu. Tukar semua lah. Jadi orang baru. Jadi org MIB yg lain dr org lain. Dia kene buat apa sahaja untuk menyelesaikan tugasnya dalam MIB tu iaitu melawan alien (sumpah mengarut~). THE END
(tengok sampai tu je semalam tapi alhamdulillah tercelik mata)


OK. Sekarang masanya untuk compare. Macam Maths plak.


Let    


Will Smith = Anda
MIB = D&T
NYPD yang unik = Student yg O.S.E.M  (ada logam ~~)
K = Murabbi
Tukar identiti = Hijrah diri
Masa lalu = Masa jahiliyyah
Orang baru = Da'ie
Lain dr org lain = Ghuraba'
Tugasnya = TH


Substitute lah masuk dlm perenggan dia atas. Haha. Menyusahkan ? Usaha tangga kejayaan tau. Hendak seribu daya x hendak seribu dadih. Eh. Dalih laa... Ok. Aku perasan ke'typo'an aku . Hehe. Kepada yg terasa~  :P


"Manusia seperti logam. Terpilihnya mereka semasa jahiliyyah. Terpilihnya juga mereka semasa Islam. Sekiranya mereka faham."











=.=
renungan sementara
apa logam kita ye?
apa logam aku ?
hurmmm...sedang mencari


Wednesday, May 16, 2012

reversible reaction

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Moga2 antum mendapat RAHMAT dan BARAKAH dari Nya
Aaamiiinn...


Semalam dah post. Hari ni post lagi. Ini die tindak balas kebosanan di rumah. Hehe. Astaghfirullah. Tajdid niat ya bakal ahli qubur, anamuzakkar. InshaAllah lillahi ta'ala. Mardhatillah.


Tajuk kali ini agak 'chemistry' sikit. Hmmm. Jangan pengsan. Tak perlu pun. Bunuh diri je. Hahaha. Jangan jugak. Tak cium bau syurga. Baik mati syahid. Aseef melencong. 


What is the meaning of a reversible reaction? 
Answer scheme : A reversible reaction is a reaction when a reactant is converted into a product and vice versa through different process and condition (Disediakan oleh anamuzakkar =.= )


Tindak balas ada yang reversible. Contohnya.....(x igt)...cari sendirilah. Dalam proses itu, tenaga ataupun kata orang Jawa, energy yang cukup diperlukan supaya tindakbalas itu boleh berlaku. Yang cukup ye. Energy yang diperlukan tinggi. High amount of energy (bagi org Jawa yg membaca). Kinetic energy zarah2 akan meningkat. Frequency of collision and the effective collision between particles increase. Akhirnya, jadilah produk yang kita mahukan.


"So, what's ur point anamuzakkar ? Don't waste my time ." kata orang yang mahu dikenali tapi malu =..=


Sabarlah ! Eeiii. Aku pukul kang. Oopss. Aseef lagi. Untuk menjawab soklan orang yang malu di atas, mungkin potongan ayat Allah SWT ini ada kaitan. Aku rase lah. Dengan hati  ^^


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."(Al-Ra'd : 11)


Biasa dengar kan ayat ni ? Cukup jelas untuk difahami.
Manusia berubah. Manusia boleh berubah. It all starts in yourself. 


Reaction yang dibebelkan dia atas ialah PERUBAHAN.
Ianya reversible. Manusia boleh jadi BAIK dan boleh jadi JAHAT.
Tetapi dengan adanya energy, iaitu USAHA.


Mata ini telah melihat banyak rakan dan sahabat yang berubah dengan dahsyatnya. Masha Allah. Aku bersyukur sekali dengan Allah SWT. Sahabat2 yang aku sayangi telah diberikan hidayah. Kalau sem lepas, ceramah elak2. Alasan nak study. Tapi sekarang, dialah antara yang paling semangat pergi usrah dan berdakwah. Allahu Akbar. Terharu sementara~ 
:')  menangis kegembiraan ...sob3


Mata ini juga telah melihat beberapa rakan yang berubah ke arah jahiliyyah. Mereka semakin hanyut. Tapi diri ini hanya mampu menegur2 kecil sahaja. Sedih rasanya. 
:'(  menangis dengan penuh harapan kepada Allah.


Aku sering berdoa agar Allah berikan petunjukNya kepada rakan2ku yang masih terperangkap dalam jahiliyyah. Berilah initiation step untuk diorang ubah diri diorang, ya Allah !


Begitulah manusia. Kadang kita terlupa dan terleka. Nama pun manusia, insan. Asal perkataan nisyan. Lupa. Iman kita turun naik. Hati kita pun berbolak-balik. 
Jadi, jaga iman, jaga diri. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang  :P


Wallahul 'Alim  a'lam !~ chow dulu 





Tuesday, May 15, 2012

EPL :O

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
thummalhamdulillah
thummalhamdulillah


Alhamdulillahi nasta'inuhu wanastaghfiruh
wana'uzubika min shururi anfusina
wamin sayyiati a'malina
man yahdillah fala mudhillalah
waman yudhlil fala hadialah


(tegur kalau salah perkara di atas~dalam proses menghafal)


Assalamualaikum wbt sahabat2  sekalian
Bertemu lagi kita dalam blog yang sama dengan orang yang sama tapi inshaAllah semakin baik hendaknya. Sihat ? Jom tanya iman kita pula. Iman oh iman, sihat ? Alhamdulillah. Allah yang membolak-balikkan hati. 


Ya Allah, tetapkanlah hati2 kami atas deenMu dan ketaatan kepadaMu
Tajuk kali ini ialah EPL  :O *pengsan*. Dush2. Bukan EPL yang itu. EPL bermaksud... Hmm. Yang tu lah. "Yang mana ? Aku pukul jugak kang " kata orang yang tidak mahu dikenali. Aseef~ EPL yang dimaksudkan di sini ialah Extreme Purpose of Life. Haaa. Nampak tak permainannya di situ. Muahahahahaha~ (gelak jahat..tapi jgn lebih2..x digalakkan). 


51:56....2:30....Nombor yang anda dail ada dalam perkhidmatan. 


Mesti ada. Bukak Al-Quran warna-warni anda semua. Let's check it out !


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


51:56


"Sesungguhnya aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" 


Me likey this ayat. This is what we are created for brothers and sisters. oooooooohhh
Ibadah. Ibadah bermaksud mengabdikan diri kepada Allah. Hanya Allah. La ilaha illallah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. So, macam mana sifat hamba ? Ikut je kan cakap tuannya. Kita manusia ni kena buat apa pulak ? Kena ikut kata Allah lah. Sentiasa. Taati perintahNya dan jauhi laranganNya. Itulah salah satu makna ibadah ni. Kita solat, puasa, haji, zakat, baca Quran kerana Allah. Itu semua ibadah. 


Tetapi... Mungkin ramai tak perasan atau tak tahu. Ibadah bukanlah terhad setakat itu sahaja. Sebenarnya... Sebenarnya... Sebenarnya...Dragon Ball ade 7 bijik kesemuanya. Heheh  (TAK LAWAK anamuzakkar  =.= ) 


Sebenar2nya, setiap helaan nafas kita ibadah kepada Allah SWT. Tengok balik ayat di atas. Kita TIDAK diciptakan MELAINKAN untuk beribadah kepadaNya. Haa. Bahasa Allah sangat indah. Memang setiap saat, setiap detik, 24:7 lah kita ni hamba Allah. Kita makhluq. Allah Khaliq. Minum ibadah. Makan ibadah. Belajar ibadah. Semuanya ibadah. Sepatutnya. Ada orang yang HIDUP untuk MAKAN. Ada jugak yang tidur BOLA, makan BOLA, mandi BOLA  ( =.=  anamuzakkar tak pernah faham dengan slogan2 ini... ) 


Pelik2. Jujur, aku sendiri pernah terperangkap dalam dunia yang duni tersebut. Tapi, sekarang dah jelas tujuan kenapa kita buat semua benda tersebut. Jadi, ambil tindakan untuk sentiasa cek niat kerana Allah. Semua kita buat kerana Allah. Tak ada lagi kerana mak ayah, kerana awek (teman wanita), kerana kawan. There's no such thing !






2:30



Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' 
Kita sebagai manusia ditugaskan sebagai khalifah. Apa itu khalifah ? Jawapan buku : Memakmurkan bumi Allah SWT. Memang betul jawapan itu. Tapi macam mana ? 

Pernahkah kita terfikir ? =.=

Khalifah di sini bermaksud Da'ie mengikut pemahaman aku yang marhaen ini. Da'ie apa ?
Orang yang buat dakwah. Dakwah apa ? Mengajak. Pergi mana ? krik krik krik....

Okay.. kene jawab. Senyaplah kau cengkerik. Wacha ! Ajak orang lain menuju Allah.
Kenapa Allah pilih manusia. Pernahkah kau terfikir ? Spesel tak speselnya kita. Ayat atas ni umum ye. Khalifah=manusia. Maknanya Da'ie=Manusia. Bukan seperti mentaliti segelintir masyarakat sekarang. Da'ie=Ustaz, Ustazah, Imam Muda, Pelajar syariah et cetera. 

NO NO NO !

So, soalan trivia sikit. Dakwah itu fardhu ain ke fardhu kifayah sahabat2 ? =..=
Pastinya fardhu ain la kan. Sama seperti solat, puasa, haji dan lain2nya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay. Dah jelas Purpose of Life ?? Extreme tu kenapa pulak. 

Haa. Hidup kenalah extreme. Kan3. Sukan pun ade yang extreme kan. Banyak benda yang Extreme yang dilakukan oleh manusia. JADI, memang TAK SALLLAH lah kalau kita extreme dalam melaksanakan Purpose of Life ni dengan Extremenya. Setuju ? Bagus...

Apa lagi guys. Kita enjoy !! Pale otz kau (Aseef~bahasa bandar sikit). Jom kita sama2 menjalankan tugas kita supaya dapat gaji kat akhirat nanti. InshaAllah. Tapi dengan cara yang betul dan ikhlas keranaNya. Itu syarat2nya. Hmmm. 

Marilah menjadi hamba2 Allah yang mukmin yang teguh pendirian supaya kita sebagai manusia2 berbangsa muslim ini terus marak ke hadapan menentang musuh2 kita dan juga musuh2 Allah. Caranya ialah bermula dengan EPL ni.


Post ini agak pendek. Peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat2 supaya kita sentiasa ingat akan Tujuan Hidup kita yang sebenar. Moga Allah sentiasa tsabatkan hati2 kita dalam IBADAH kepadaNya sepanjang masa dan juga atas jalan DAKWAH menujuNya.

EPL yang itu tu termasuk ke dalam EPL yang ni. Mana lagi hebat ?! HEHE  =.=





Saturday, May 12, 2012

Perlu ke =.= ??


Bangun...Assalamualaikum cikgu !

Bismillahirrahmanirrahim....

Allahummaftah ‘alaina hikmataka wanshur  ‘alaina min khazaini rahmatika ya arhamarrahimin.

Rabbisyrahli sadri wayassirli amri wahlul ‘uqdatan millisani yafqahu qauli...
Permulaan yang agak nostalgik. Apa khabar iman, akhlak, akidah, ibadah anda dan saya ? InshaAllah terbaik dan increases directly proportional with time. Huih~ berhabuk 13 inci dah blog ni. Ini gara-gara kesibukan exam sihir kebelakangan ini. InshaAllah result okay nanti. Hee. Tajuk yang hendak dibawa kali ini ialah ‘Perlu ke?’. Hal ini berhubung dengan krisis dalaman yang melanda aku beberapa hari yang lalu. Hmmm.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Konteks yang hendak diketengahkan ialah melakukan perkara yang sia2 . Perlu ke kan ? Haa . Mungkin perkara2 yang sudah terang lagi bersuluh sia2 memang kena tinggalkan. Bye2. Tapi yang hendak disuluh di sini ialah perkara2 yang terkadang kita tak perasan pun perkara itu sia2 dan mungkin berdosa dan juga menghalang redha Allah. Nauzubillah. Sangat takut kalau itu berlaku.

Contoh 1

Terlepas percakapan dan perbuatan. Kita seronok cakap2 dengan orang2 lain, sahabat2 kita, keluarga kita. Bukan main lagi kan. Amboi. Hmm. Tapi kalau kita renung semula....... Bahasa kita kasar ke tak ? Kita cakap biasa2 tu penerimaan diorang macam mana ? Diorang tersinggung ke tak ? Masha Allah.

Jadi, kita kena ubah sikap ni. Menjadi lebih sensitif dan peka. Itukan ciri-ciri seorang da’ie. Kita tak bleh berbicara semberono. Takut2 perkataan2 yang kita lafazkan menghalang kita daripada mendapat redha Allah. Mane boleh. Kita kan nak diredhai Allah. So, kene jaga lah. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadithnya : “Maka berkatalah kebaikan, atau senyap”. Maksud hadith ini bukanlah suruhan untuk kita sentiasa senyap dan membisu. Sampai .....krik krik krik.... Bukan. Berkatalah perkara2 kebaikan sebanyak mana yang kita tahu supaya orang lain tahu. Kalau dah habis, baru senyap. InshaAllah lidah kita akan lebih terjaga. Hati orang lain pun akan terjaga.

Contoh 2

The stupid black box atau sekarang ni The stupid black card (flat screen). Hehe. Term yang sangat menarik bagi aku. Meh sini tengok gambar benda ni.




Selama ni aku tak sedar. Aku telah dilamuni oleh pancaran2 muzik dan cahaya dari kotak ini. Pointless. Except ceramah2 dalam TV ni lah. Yang tu best. Perlu ke tengok TV ? Sebenarnya ada masa ke kita nak tengok benda alah ni. Jujur, diri ini masih berusaha sedaya-upaya mengurangkan frekuensi menonton TV ini. Doakan aku ! Ya Allah, rabbi yassir wala tu’assir. Kuasa TV ni kuat. Dah lama masuk dalam negara kita. Kalau dulu, kita tengok rumah yang tak ada TV je memang ghuraba’. Tapi ghuraba’ itulah yang betul. Ada kawan aku yang dari kecik mak bapak tak bagi tengok TV pun.

Layar pancaran cahaya gergasi pun adik-beradik die ni jugak. Alaa.. yang orang bayar 8, 10, 15 ringgit nak tengok tu. Haih. Wayang. Penangannya kat Malaysia memang cemerlang. Hampir semua tempat kat Malaysia ade bende ni (nasib Shah Alam x ada~fuhh). Memang best tengok wayang ni. Tapi, kelihatannya ianya membuang masa. Lagi, kita masuk wayang tu kerana Allah ke ? Sepanjang cerita ke kita ingat Allah. Cer angkat tangan sikit yang macam tu. Ish3. Lagi, duduk dalam wayang kan campur2, x asing. Haa. Camne tu. Renung2kan.

Yang kaki download movie pulak. Hurmm. Susah nak komen ni. Tengok TV x, tengok wayang pun x. Tapi, mostly, mesti tengok sorang2 kan. Time tu lah syaitan nak hasut kita untuk terus tengok movie sampai pagi. Nauzubillah. Jadi, jauhkanlah ye. Nak ke berkawan dengan syaitan. X kool kot.

Anamuzakkar mampu bagi dua je contoh. Hehe. Mungkin ni yang penting yang kita terlepas pandang. Banyak lagi perkara2 yang lagha yang kita biasa buat. Tapi, tips untuk mengelak daripada melakukan perkara2 yang sia2 :

1.  Sentiasa ingat mati. Monolog dalaman, “Kalau aku mati sekarang, time aku tengok TV ni husnul khatimah ke ? Lagi best mati syahid kan.” Pastu tutup TV terus.
2. Fikir2 semua perbuatan kita ni perlu ke x ?
 3. Fikir2 Allah redha ke x ? Kita kutuk2, gurau2 dengan kawan kita Allah redha ke ? Gurau ada batasannya. 

Hmmm...
24 jam sebenarnya tidak cukup untuk melakukan kebaikan kalau kita betul2 faham dan menghargai masa. Aik ? Habis tu cane boleh tengok TV dan menyakitkan hati orang ? 

Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh dan juga berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al-'Asr : 1-3)

Hurmm. So, maximise your time with doing good things. A zikr a day, keeps the stupid black box away. InshaAllah. Sentiasa doa kepada Allah supaya memberikan jalan yang terbaik untuk kita. WA
^^Y

Wednesday, April 25, 2012

Jagalah hati

Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian bersih
Pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh
Dengan Allah makin jauh



Bila hati kian suci
Tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
Ciri mukmin sejati

Namun bila hati busuk
Pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
Jadi makhluk terkutuk

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan datang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Terasa terus menghimpit
Hidup makin terasa sakit



Assalamualaikum. Lama x post dalam keadaan yang sihat. Hehe. Ayam-ayam dah terbang nampaknya. Inspektor dah meminta2 ayam-ayam itu. Bye ayam-ayam kecil. Tak nak jumpa dah. 


Apa khabar anda-anda semua ? Apa khabar akidah ? Apa khabar ibadah ? Apa khabar akhlak ? InshaAllah masih awesome dan bertambah kool~ Kenalah makin bagus kan. Kalau semakin buruk bermakna ada something wrong somewhere =.= Cek balik iman anda !


Perasan tak bait2 di atas ? Bait2 tersebut dipetik daripada lirik lagu Jagalah Hati oleh Snada. Seronok kot lagu ni. Sing-along. Hoyeah. Lagu nasihat yang sangat baik. Cerita pasal hati yang kita semua ada. Siapa tak ada hati angkat tangan ! (anda tidak malu mengaku sebegitu...gursaj)



Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, 
apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka 
buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati "  
(Riwayat Bukhari & Muslim, dari Nu'man bin Basyir )  




Siapa dah hafal tepuk kaki kuat2 ! Nampak tak persamaan kontent sebahagian hadith 6 Imam Nawawi ni dgn lirik lagu di atas ? Nampak tak nampak tak ? Bagus . 5 bintang (kebanggaan time sekolah rendah~~nostalgia =.= )


Hati ni penting kan. Sedar tak sedar, waktu kita sakit hati, kita susah nak buat kerja2 lain. Hmmm. Jika baik hati, baiklah seluruh jasad. Macam mana nak baikkan hati =.= ? Mungkin senang mungkin susah bagi segelintir individu Homo sapien. Caranya ialah antaranya sentiasa mendengar ayat2 Allah dan menghadiri majlis ilmu. Banyak lagi cara tapi ini yang anamuzakkar mahu terangkan. Mendengar ayat Allah sangat menenangkan hati dan dapat menyucikan hati. Baru dengar. Kalau baca ? Kalau faham ? Masha Allah. Tertarik dengan satu post teme untuk pemahaman yg lebih. Majlis ilmu juga dapat membersihkan hati manusia setelah dikotori oleh titik hitam maksiat. Satu maksiat, satu titik. Kalau dah banyak sangat maka gelaplaj hati. Dalam kata lain, buruk hati. Hati telah fasad. 


Apa hikmah khutbah hari jumaat ? Yang diwajibkan kepada semua muslim XY ? Sedar tak sedar untuk mencegah hati daripada gelap sepenuhnya. Dengan mendengar khutbah ini at least org akan dgr ceramah sekali seminggu. (at least~~pffttt) Tapi zaman dah moden. Ceramah boleh je search2 di internet. Tengah baring2 kuak lentang pun boleh dengar ceramah dalam kotak hitam kat rumah. Mudah kan membersihkan hati. 


Badan boleh mandikan hari2, buang daki, buang cagu, dan sebagainya. (tak nak melampau di sini...tuutt) Mandikanlah hati kita hari2 jugak. Kalau hati dah mati, susah nak terima teguran. Susah nak terima nasihat agama. Susah nak berubah. Nauzubillah~ Sebelum hati kita mati, baik kita CPR dulu selagi sempat tertolong. Nurse ! Doktor ! Siapa mereka ? Tidak lain hanya diri sendiri. Sekian karutan buat kali ini. Buku chemistry di tangan, tapi inshaAllah dakwah sentiasa di hati. Takut tak sempat nak sampaikan. Assalamualaikum. Wallahua'lam~


^____^