Saturday, December 8, 2012

ah, geram !


cubit cubit cubit
cium cium cium
tembam tembam
tayang die
tomey tomey

Dialog di atas hanya sesuai dipakai ke atas baby sahaja. Harap maklum. Eheh

Bayi ataupun lebih glamour lagi, baby, adalah suatu makhluk yang menarik kan ? Comel, gebu, tembam... ish, rase cam nak cubit2, sepak2 je ! Ok. Child abuse namenye tu. Biarlah dia buat apa2 pun. Pukul kita ke, berak ke, kentut ke.. konfem kita tak marah kan. Disebabkan ke'innocent'annya. Ewah. 

ok. jom cubit ramai2. geram !

Baby ni innocent. Tak ada dosa. Suci dalam debu. Semua baby ye. Tak kiralah baby muslim ke, yahudi ke, nasrani. Semuanya suci dari dosa. Fresh dari alam rahim. So, hapuskanlah kepercayaan2 anda berkaitan 'original sin' bagai. Merepek kerepek ikan Ganu. Ohoi. (mengidam kepok)

Saat kita baby dulu lah saat kita dalam fitrah. Fitrah islamiyyah. Semua orang di dunia ini, fitrahnya Islam. Once kita lahir je di dunia ini, kita sudahpun digalaskan dengan tugas sebagai hamba Allah dan khalifahNya. Inilah fitrah kita, bekerja untuk Allah.

Tapi, kita lihat sekarang, manusia kebanyakannya sudah jauh dari fitrah. Dalam erti kata lain, sudah jauh dari Islam. Jauh dari cara hidup mengikut syariat Allah. Jauh dari Allah. *menangis bergolek2*

Jadi, apa kita perlu buat sekarang ?

Kita kena jadi baby balik lah. Yay ! Terasa diri comel sebentar. Uhuk. Siapa tak nak kan jadi baby semula. Suci, comel, gebu, orang nak cubit2, lempang2. Hohoh. Kembali kepada fitrah kita lah. Suci dari dosa, suci dari jahiliyah. Faham ke ?

Tidak mahukah anda jika ada seseorang akak jual2 ni offer sejenis supplement kesihatan yang awet baby ? Mantap tak mantap tu. Mestilah nak kan ? So, Allah dah offer kat kita dah produk ni. Jenama produk, Hijrah. Tapi bukan senang nak cari. Selalunya kalau tersepak batu dan tergolek dan terlanggar Datin Hidayah baru jumpa produk ni.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. 
(Al-Baqarah, 2:218)

Sila teruja ! Yay ! Terasa comel kali kedua.

So, sebelum kita ambik lah kan produk Hijrah tu, kita kena percayalah yang dengannya kita boleh menjadi baby. Eheh. Once kita dah beli, kita boleh lah teruskan bergolek2 bersama Datin Hidayah ni dan teruskan usaha menjual produk ni kat orang lain. Faham ke ? Sila faham ye. Kalau tak faham, kita setel kt bawah (komen).

Iman. Hijrah. Jihad.
Maka rahmat Allah lah yang kita harapkan,
Syurga Allah lah yang kita dambakan,
Yakinlah bahawa Allah Maha Pengampun dosa-dosa lalu hamba-hambaNya,
Yakinlah bahawa Allah Maha Penyayang terhadap semua hambaNya yang beriman.

Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa.  
Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik,  
agar Allah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan. 
(Az-Zumar, 39:33-35) 





=.=
Tarbiyah dzatiyah. Huh. Mencabar
Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana ‘ala dinika wa’ala tho’atik

4 comments:

PEMBURUMASA said...

wahhh penangan angin shiu shiu aku kah?

jom jadi baby comeyy!

Inspector Saahab said...

menghapus perbuatan mereka yang PALING buruk yang pernah mereka lakukan

Allah T_T

sweet habis.

best (Y)

aku pun hapdet, sila sila. HAHA
k TAK !

Akhi. said...

Ok.
Aku baru tau boleh main hempuk2 dengan kura-kura kat kanan ni.
Hyaaaaaaaaaah.
Geram aku tgk.

*GFberleluasa*

pfffft.

anamuzakkar =.= said...

pemburumasa:

jzkk for the shiu shiu
haha

IS:

sweet kan ayat Allah ni
moga Allah menghapuskan dosa2 kita yg lalu yg PALING buruk
(Y)

Akhi:

hee.. kesian kura2 aku nnt
haha