Assalamualaikum
Amaran !
Cerita ni macam tak best tapi baca je lah. InshaAllah bermanfaat
Kalau tak dapat point yang hendak di sampaikan, tanya ye. Heh
Kalau tak dapat point yang hendak di sampaikan, tanya ye. Heh
Pada suatu hari....
“Eh, eh korang. Jom kita pergi jalan-jalan naik belon udara
panas ni. Kita pergi Paris jom. Aku dah lama nak gi sane.” kata Ahmad kepada
sahabat-sahabatnya sambil menunjukkan belon udara panas yang dicipta olehnya
kepada Aman, Syaz, dan Azri.
“Biar betik kau ni
Mad. Tak logik !” kata Azri dengan membuat muka peliknya sambil tertawa kecil.
“Kau tak percaya kat
aku ? Aku dah estimate lah. Boleh muat empat orang plus beg enam kilo sorang
satu. InshaAllah belon ni cukup mantap dan kacak untuk membawa kita ke sana.”
“Wah, menariknya ! Aku nak ikut. Weh, Azri. Kau tahu kan Mad
ni kan bijak buat bende-bende camni.” kata Aman dengan girangnya.
“Tapi kan kita boleh bawak ape je enam kilo ?” sampuk Syaz.
“Kita kan nak pergi Paris. Kenalah bawak makanan-makanan
dari sini. Kat sana susah kot nak cari
makanan halal.”
“Betul, betul, betul. Aku ni dah lah lidah melayu. Kat sane
dah lah makanan omputih je memanjang.” Aman akur dengan apa yang Syaz katakan.
“Hurmm... boleh je kot. Aku rasa tak salah kan. Aku pun nak
bawak jugak.” jawab Ahmad.
“Eh, korang ni. Ramai orang Melayu lah kat sane. Bawak baju2
dah lah. Tak sampai enam kilo pun.” celah Azri.
“Ah, takde, takde. Aku nak bawak jugak !” kata Syaz.
Ahmad dan Aman pun mengangguk-angguk tanda setuju dengan
kata-kata Syaz.
“Okay fine. Yang penting sampai Paris tu kan.”
Mereka pun dengan girangnya pulang ke rumah dan mula
mem’packing’ barang untuk ke Paris. Masing-masing dengan bawaan dan bekalan
sendiri. Pada minggu hadapannya, mereka pun berkumpul di puncak Bukit Broga,
iaitu tempat mereka berlepas akan berlepas.
Ternyata pada hari tersebut, mereka masing-masing membawa
bekalan yang berlebihan kecuali Azri yang bawak barang tepat2 enam kilo. Yang si
Aman bawak bekal serunding tiga kilo. Syaz bawak belacan lima kilo.
Almaklumlah, lidah melayu la katakan. Sorang lagi, Ahmad bawak bekalan ikan
bilis plus udang kering. Adalah dalam dua guni. Ahmad dalam rasa penuh yakin
dan tanpa segan silu menyumbatkan semua barang tersebut ke dalam belon
udaranya.
“Weh, Mad. Bukan kau cakap ke sorang enam kilo je ? Ni dah
lebeyh dah nih.” Azri berbicara menyatakan kerisauannya.
“Ala, tahan punyalah. Benda-benda ni memang mesti bawak.
Percayalah. InshaAllah boleh tahan belon ni.”
“Tapi, err. Takpelah. Baiklah engineer.”
Mereka pun berlepas
setelah selesai memunggah barang-barang ke dalam belon udara dengan perasaan
yang bercampur-baur. Sesi air mata mengiringi pemergian mereka tatkala harus
meninggalkan kaum keluarga selama sebulan perjalanan. Dengan mata yang
bersinar-sinar dan muka penuh harapan dengan ditiup angin yang kuat, mereka
memulakan perajalanan jauh tak ku rasa mereka ke Paris. Selang beberapa jam
setelah bertolak, tiba-tiba mereka sudahpun mencecah daratan.
“Aik ? Dah sampai Paris ke ?” kata Syaz.
“Paris amendenya. Ni pekan Semenyih lagi. Asal ni Mad?”
“Hurmm. Aku tak pastilah.”
“Sebab beratlah Mad. Aku kan dah cakap. Even kau pun pernah
cakap belon ni ada had berat.”
“Tak, tak. Aku yakin boleh je ni. Kita start balik eh.”
Mereka pun mencuba menaikkan semula belon tersebut dengan
bersungguh-sungguh. Akhirnya, berjaya naik juga. Perasaan lega, bahagia, suka,
girang, happy go lucky terpancar pada wajah mereka. Beberapa jam telah berlalu.
Lebih kurang enam jam. Ramailah yang tertidur dibuai mimpi yang indah kecuali
Ahmad yang menjaga pergerakan belon tersebut. Azri juga sedang asyik membaca
novel laman sesawang blog kesukaannya di dalam hensetnya dengan menggunakan
application Pulse. Tiba-tiba, belon tersebut semakin menurun. Ahmad cuba
sedaya-upaya memaintainkan ketinggian belon tersebut tetapi malangnya tak
berhasil. Akhirnya mereka landing di Kajang. Kecewa, sedih, hiba, rasa nak
bunuh diri. Itulah yang dirasakan oleh Mad.
“Aku rasa betul lah apa yang Azri cakap. Kita bawak banyak
benda-benda yang tak perlu pun.”
“Tapi, kitorang rasa perlu.” Sampuk Syaz dan Aman.”
“Eh, sedar tak ? Kita nak pergi jauh kot. Paris. Sangat
jauh. In fact, jauh gile kot. Macam mane nak sampai Paris. Benda ni dah
terlebih muatan. Tengok sekarang. Dah berapa jam dah. Baru sampai Kajang kot.
Lambat gila kot. Kita kan expect dalam 20 jam dah lepas Selangor. Ni Hulu
Langat pun tak lepas lagi. Kalau camni, tiga bulan baru sampai. Entah sampai
entah tidak.”
Aman, Syaz dan Mad mula memproses kata-kata Azri dan
menyedari akan kebenarannya.
“So, sekarang ni kita kena buanglah ? Sayangnya. Tapi aku
tak kisah sangat kot. Kat sane mesti ada punya bilis ngan udang kering.” kata
Ahmad.
“Aku tak boleh makan kalau tak ada belacan. Huu. Kita bawak
dua kilo je eh. Tiga kilo campak luar.” rintih Syaz.
“Aku pun sayang lah nak buang serunding ni. Mak aku buat
tiga hari tiga malam kot.” sambung Aman.
“Korang nak gi Paris ke nak gi Alor Setar je ni. Aku nak gi
Paris. Nanti kalau kita dah sampai Alor Setar, aku ngan Mad drop korang kat
sana. Sekali ngan barang-barang korang sekali. Baru ringan belon ni. Lagi satu,
kalau nak aku buang baju-baju aku pun boleh je. Memang aku tak ‘suka’ pun pakai
baju. Boleh lah muat korang punya ke’suka’an tu.” sindir Azri.
Mereka bagai ditusuk-tusuk keris taming sari Hang Tuah dan
di’headshot’ menggunakan sniper besar mendengar sindiran Azri tersebut.
“Okay fine thanks. Aku buang. Bye bye serunding sedap hingga
menjilat jari !” Aman makan sedikit serunding-serundingnya sambil sedikit demi
sedikit membuangnya.
“Selamat tinggal belacan sayang. I’m gonna miss you.” kata
Syaz sambil pipinya dibasahi sungai air mata yang mengalir deras.
“Ha. Macam ni lah sahabat-sahabat aku. Barulah kita boleh
pergi ke Paris. Kota idaman kita. Cayang korang ketat-ketat.”
“Ayuh kita ke Paris ! Kita dah buang segala benda yang tak
perlu. Inilah masanya untuk kita mengejar impian kita ke Paris. Yosh !!”
=.=
first time tulis cerita2 ni
mungkin masih noob sikit
akan diimprovekan
yosh !!
3 comments:
kantoi nama Syaz, Aman, Ahmad n Azri..
haha..
subhanallah!
insyaAllah kita sama-sama improve!
yosh! (walaupun tak tau maksud dia apa -.-)
macam kenal en cerita ni
Belacan 5 kilo?
perghh..
btw,nice story,dapat tangkap mesejnya:
buang sahaja 'serunding' menjilat jari itu walaupun begitu sayang sekali terhadapnya.
Keep up the good work,insyaAllah.
p/s: ehem,amacam kenal cerita belon udara ini..:D
Post a Comment