Wednesday, November 7, 2012

Panas Udara Belon


Assalamualaikum
Amaran !
Cerita ni macam tak best tapi baca je lah. InshaAllah bermanfaat
Kalau tak dapat point yang hendak di sampaikan, tanya ye. Heh

Pada suatu hari....

“Eh, eh korang. Jom kita pergi jalan-jalan naik belon udara panas ni. Kita pergi Paris jom. Aku dah lama nak gi sane.” kata Ahmad kepada sahabat-sahabatnya sambil menunjukkan belon udara panas yang dicipta olehnya kepada Aman, Syaz, dan Azri.

 “Biar betik kau ni Mad. Tak logik !” kata Azri dengan membuat muka peliknya sambil tertawa kecil.

“Kau tak percaya  kat aku ? Aku dah estimate lah. Boleh muat empat orang plus beg enam kilo sorang satu. InshaAllah belon ni cukup mantap dan kacak untuk membawa kita ke sana.”

“Wah, menariknya ! Aku nak ikut. Weh, Azri. Kau tahu kan Mad ni kan bijak buat bende-bende camni.” kata Aman dengan girangnya.

“Tapi kan kita boleh bawak ape je enam kilo ?” sampuk Syaz.

“Kita kan nak pergi Paris. Kenalah bawak makanan-makanan dari sini.  Kat sana susah kot nak cari makanan halal.”

“Betul, betul, betul. Aku ni dah lah lidah melayu. Kat sane dah lah makanan omputih je memanjang.” Aman akur dengan apa yang Syaz katakan.

“Hurmm... boleh je kot. Aku rasa tak salah kan. Aku pun nak bawak jugak.” jawab Ahmad.

“Eh, korang ni. Ramai orang Melayu lah kat sane. Bawak baju2 dah lah. Tak sampai enam kilo pun.” celah Azri.

“Ah, takde, takde. Aku nak bawak jugak !” kata Syaz.

Ahmad dan Aman pun mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata Syaz.

“Okay fine. Yang penting sampai Paris tu kan.”

Mereka pun dengan girangnya pulang ke rumah dan mula mem’packing’ barang untuk ke Paris. Masing-masing dengan bawaan dan bekalan sendiri. Pada minggu hadapannya, mereka pun berkumpul di puncak Bukit Broga, iaitu tempat mereka berlepas akan berlepas.

Ternyata pada hari tersebut, mereka masing-masing membawa bekalan yang berlebihan kecuali Azri yang bawak barang tepat2 enam kilo. Yang si Aman bawak bekal serunding tiga kilo. Syaz bawak belacan lima kilo. Almaklumlah, lidah melayu la katakan. Sorang lagi, Ahmad bawak bekalan ikan bilis plus udang kering. Adalah dalam dua guni. Ahmad dalam rasa penuh yakin dan tanpa segan silu menyumbatkan semua barang tersebut ke dalam belon udaranya.

“Weh, Mad. Bukan kau cakap ke sorang enam kilo je ? Ni dah lebeyh dah nih.” Azri berbicara menyatakan kerisauannya.

“Ala, tahan punyalah. Benda-benda ni memang mesti bawak. Percayalah. InshaAllah boleh tahan belon ni.”

“Tapi, err. Takpelah. Baiklah engineer.”




 Mereka pun berlepas setelah selesai memunggah barang-barang ke dalam belon udara dengan perasaan yang bercampur-baur. Sesi air mata mengiringi pemergian mereka tatkala harus meninggalkan kaum keluarga selama sebulan perjalanan. Dengan mata yang bersinar-sinar dan muka penuh harapan dengan ditiup angin yang kuat, mereka memulakan perajalanan jauh tak ku rasa mereka ke Paris. Selang beberapa jam setelah bertolak, tiba-tiba mereka sudahpun mencecah daratan.

“Aik ? Dah sampai Paris ke ?” kata Syaz.

“Paris amendenya. Ni pekan Semenyih lagi. Asal ni Mad?”

“Hurmm. Aku tak pastilah.”

“Sebab beratlah Mad. Aku kan dah cakap. Even kau pun pernah cakap belon ni ada had berat.”

“Tak, tak. Aku yakin boleh je ni. Kita start balik eh.”

Mereka pun mencuba menaikkan semula belon tersebut dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, berjaya naik juga. Perasaan lega, bahagia, suka, girang, happy go lucky terpancar pada wajah mereka. Beberapa jam telah berlalu. Lebih kurang enam jam. Ramailah yang tertidur dibuai mimpi yang indah kecuali Ahmad yang menjaga pergerakan belon tersebut. Azri juga sedang asyik membaca novel laman sesawang blog kesukaannya di dalam hensetnya dengan menggunakan application Pulse. Tiba-tiba, belon tersebut semakin menurun. Ahmad cuba sedaya-upaya memaintainkan ketinggian belon tersebut tetapi malangnya tak berhasil. Akhirnya mereka landing di Kajang. Kecewa, sedih, hiba, rasa nak bunuh diri. Itulah yang dirasakan oleh Mad.

“Aku rasa betul lah apa yang Azri cakap. Kita bawak banyak benda-benda yang tak perlu pun.”

“Tapi, kitorang rasa perlu.” Sampuk Syaz dan Aman.”

“Eh, sedar tak ? Kita nak pergi jauh kot. Paris. Sangat jauh. In fact, jauh gile kot. Macam mane nak sampai Paris. Benda ni dah terlebih muatan. Tengok sekarang. Dah berapa jam dah. Baru sampai Kajang kot. Lambat gila kot. Kita kan expect dalam 20 jam dah lepas Selangor. Ni Hulu Langat pun tak lepas lagi. Kalau camni, tiga bulan baru sampai. Entah sampai entah tidak.”

Aman, Syaz dan Mad mula memproses kata-kata Azri dan menyedari akan kebenarannya.

“So, sekarang ni kita kena buanglah ? Sayangnya. Tapi aku tak kisah sangat kot. Kat sane mesti ada punya bilis ngan udang kering.” kata Ahmad.

“Aku tak boleh makan kalau tak ada belacan. Huu. Kita bawak dua kilo je eh. Tiga kilo campak luar.” rintih Syaz.

“Aku pun sayang lah nak buang serunding ni. Mak aku buat tiga hari tiga malam kot.” sambung Aman.

“Korang nak gi Paris ke nak gi Alor Setar je ni. Aku nak gi Paris. Nanti kalau kita dah sampai Alor Setar, aku ngan Mad drop korang kat sana. Sekali ngan barang-barang korang sekali. Baru ringan belon ni. Lagi satu, kalau nak aku buang baju-baju aku pun boleh je. Memang aku tak ‘suka’ pun pakai baju. Boleh lah muat korang punya ke’suka’an tu.” sindir Azri.

Mereka bagai ditusuk-tusuk keris taming sari Hang Tuah dan di’headshot’ menggunakan sniper besar mendengar sindiran Azri tersebut.

“Okay fine thanks. Aku buang. Bye bye serunding sedap hingga menjilat jari !” Aman makan sedikit serunding-serundingnya sambil sedikit demi sedikit membuangnya.

“Selamat tinggal belacan sayang. I’m gonna miss you.” kata Syaz sambil pipinya dibasahi sungai air mata yang mengalir deras.

“Ha. Macam ni lah sahabat-sahabat aku. Barulah kita boleh pergi ke Paris. Kota idaman kita. Cayang korang ketat-ketat.”

“Ayuh kita ke Paris ! Kita dah buang segala benda yang tak perlu. Inilah masanya untuk kita mengejar impian kita ke Paris. Yosh !!”







=.=
first time tulis cerita2 ni
mungkin masih noob sikit
akan diimprovekan
yosh !!

3 comments:

Anonymous said...

kantoi nama Syaz, Aman, Ahmad n Azri..

haha..

PEMBURUMASA said...

subhanallah!
insyaAllah kita sama-sama improve!

yosh! (walaupun tak tau maksud dia apa -.-)

macam kenal en cerita ni

Muhammad PeacemakerIslam said...

Belacan 5 kilo?
perghh..

btw,nice story,dapat tangkap mesejnya:
buang sahaja 'serunding' menjilat jari itu walaupun begitu sayang sekali terhadapnya.

Keep up the good work,insyaAllah.
p/s: ehem,amacam kenal cerita belon udara ini..:D