Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jawab penuh ye. Hee. Dapat pahala. Moga Allah redha.
Beberapa hari sudah berada di rumah meluangkan masa bersama supermama
dan superpapa dan juga ahli2 famili ceria yang lainnya. Hehe. Alhamdulillah.
Ana sihat dan ceria seperti selalu. Semakin ‘sihat’ rasanya. Pejam celik pejam
celik dah lama juga ana berjauhan dengan ikhwah2 tercinta :’(
Makan dalam dulang, berbulatan gembira, berkonferens riang, bermunaqashah, mengarut sama2~weeee
MashaAllah, rindunya pada mereka. Betullah kata orang
sebelum2 ni. Ukhuwah itu semanis kurma. Haha. Kurma ? Ana punya definisi
sendiri. ‘Ukhuwah itu semanis nangka madu’ depan rumah ana. Hoyyeah. Manis,
lemak, dan juicy. Amboi. Terpulanglah kepada antum semua nk definisikan semanis
apa :)
Apa itu ukhuwah ? Ana pun tak tahu definisi sebenarnya apa
kerana sangat hoyyeah. Sangat sweet. Hehe. Ukhuwah bagi ana bolehlah
dimaksudkan sebagai ikatan hati antara dua atau lebih orang dengan ikatan
akidah dan matlamat perjuangan yang sama. Ikatan akidah yang berpegang pada
kalimah ‘La ilaha illaLlah’ dan matlamat yang hendak dicapai pastinya redha
Allah dan syurgaNya yang abadi, seronok, indah dan macam2 lagi. Perjuangan juga
sama iaitu bersama-sama dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT kerana
percaya bahawa Ustaziyatul Alam pasti akan tercapai. Hee. Hebat sungguh ukhuwah
ini.
Serendah-rendah ukhuwah ialah berlapang dada. Definisi yang
ana dapat daripada sumber2 yang dipercayai ialah kita mendengar ikhwah yang
lain. Mendengar masalah mereka. Bukan mengharap untuk didengari dan difahami
tetapi sebaliknya usaha untuk memahami ikhwah yang lain. Itulah yang dinamakan
berlapang dada. MashaAllah. Kalau kita lihat umat sekarang, cakap sikit je dah
melenting. Tak boleh kacau hak mereka walau sedikit pun. Tak boleh bertolak
ansur sedikit pun. Allah. Bukankah semua muslim itu bersaudara. Ukhuwah itu
semestinya ada pada setiap manusia. Barulah hidup ni sweet. Hee. The Ultimate
Ukhuwah pulak ialah itsar yang bermaksud memberi keutamaan kpd ikhwah yang lain
atas keutamaan diri sendiri. MashaAllah. Maknanya melebihkan kawan daripada
diri sendiri. Hebatnya ukhuwah ini. Sampai macam itu sekali. Ini tidak mustahil
kerana kalau kita lihat sahabat2 Rasulullah SAW, mereka sangat mencintai
Rasulullah SAW dan memberikan apa sahaja yang mereka ada demi menolong
Rasulullah dalam menegakkan agama Allah yang suci ini. Ana ni pun tak tahu ana
dah berlapang dada dengan sebenar2 lapang dada ke belum apatah lagi itsar. Astaghfirullah.
Moga2 Allah lapangkan dada ana dalam ukhuwah ini.
Ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
Hati2 ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah, maka eratkanlah, maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman.
Ana sering berdoa kepada Allah supaya eratkan ukhuwah kami,
satukan hati kami, thabitkan hati kami dalam jalan DT ini, betulkan niat kami
selalu, permudahkan urusan kami, dan tetapkan kami dalam iman.
Ukhuwah ana rasa boleh juga diibaratkan sebagai gula. Hee. Mujahadah
itu pahit seperti kopi O pahit tetapi akan menjadi manis jika ditambah dengan
gula ukhuwah yang manis.
Di saat kita susah, pasti akan ada yang menolong kita.
Di saat kita senang, pasti akan ada yang menyedarkan kita supaya tidak lalai.
Di saat kita susah hati, pasti ada yang akan menenangkan kita.
Di saat kita
down, pasti akan ada yang menyuntik
dadah semangat pada kita.
Innal mu’minina ikhwah. Sesungguhnya mu’min2
itu bersaudara. Sekian. WA
=.=
Tak sabar menanti tarikh keramat itu
Hee
Ilalliqa’ ikhwati fillah
:)
7 comments:
tak sabar T___T
nanti aku bawk dadah kat enta :)
eceh aku-enta. kemain lagi. HAHA
anyway, pnjam bahu bole ? t_t
hehe . jgn lupe bwk kropok singgit plus budu jugak . hehe
pada keramat ana.. ukhuwah ni
satu ikatan hati yang disambung kerana iman.. boleh terima pakai tak..? O_o"
boleh2 :D
apa pun boleyh~asalkan kita faham
Wah3x. Rindu bangat.
Tarikh keramat tu bila yer. Batuk kecil. Nak keropok(s) ke..?
miss u too (gedik style~). batuk berdarah .
keropok's' banyak2 . hoyyeah
untunglah... hehee
Post a Comment