Friday, June 1, 2012

UKHUWAH semanis NANGKA MADU



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jawab penuh ye. Hee. Dapat pahala. Moga Allah redha.

Beberapa hari sudah berada di rumah meluangkan masa bersama supermama dan superpapa dan juga ahli2 famili ceria yang lainnya. Hehe. Alhamdulillah. Ana sihat dan ceria seperti selalu. Semakin ‘sihat’ rasanya. Pejam celik pejam celik dah lama juga ana berjauhan dengan ikhwah2 tercinta  :’(
Makan dalam dulang, berbulatan gembira, berkonferens riang, bermunaqashah, mengarut sama2~weeee

MashaAllah, rindunya pada mereka. Betullah kata orang sebelum2 ni. Ukhuwah itu semanis kurma. Haha. Kurma ? Ana punya definisi sendiri. ‘Ukhuwah itu semanis nangka madu’ depan rumah ana. Hoyyeah. Manis, lemak, dan juicy. Amboi. Terpulanglah kepada antum semua nk definisikan semanis apa :)

Apa itu ukhuwah ? Ana pun tak tahu definisi sebenarnya apa kerana sangat hoyyeah. Sangat sweet. Hehe. Ukhuwah bagi ana bolehlah dimaksudkan sebagai ikatan hati antara dua atau lebih orang dengan ikatan akidah dan matlamat perjuangan yang sama. Ikatan akidah yang berpegang pada kalimah ‘La ilaha illaLlah’ dan matlamat yang hendak dicapai pastinya redha Allah dan syurgaNya yang abadi, seronok, indah dan macam2 lagi. Perjuangan juga sama iaitu bersama-sama dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT kerana percaya bahawa Ustaziyatul Alam pasti akan tercapai. Hee. Hebat sungguh ukhuwah ini.





Serendah-rendah ukhuwah ialah berlapang dada. Definisi yang ana dapat daripada sumber2 yang dipercayai ialah kita mendengar ikhwah yang lain. Mendengar masalah mereka. Bukan mengharap untuk didengari dan difahami tetapi sebaliknya usaha untuk memahami ikhwah yang lain. Itulah yang dinamakan berlapang dada. MashaAllah. Kalau kita lihat umat sekarang, cakap sikit je dah melenting. Tak boleh kacau hak mereka walau sedikit pun. Tak boleh bertolak ansur sedikit pun. Allah. Bukankah semua muslim itu bersaudara. Ukhuwah itu semestinya ada pada setiap manusia. Barulah hidup ni sweet. Hee. The Ultimate Ukhuwah pulak ialah itsar yang bermaksud memberi keutamaan kpd ikhwah yang lain atas keutamaan diri sendiri. MashaAllah. Maknanya melebihkan kawan daripada diri sendiri. Hebatnya ukhuwah ini. Sampai macam itu sekali. Ini tidak mustahil kerana kalau kita lihat sahabat2 Rasulullah SAW, mereka sangat mencintai Rasulullah SAW dan memberikan apa sahaja yang mereka ada demi menolong Rasulullah dalam menegakkan agama Allah yang suci ini. Ana ni pun tak tahu ana dah berlapang dada dengan sebenar2 lapang dada ke belum apatah lagi itsar. Astaghfirullah. Moga2 Allah lapangkan dada ana dalam ukhuwah ini.

Ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
Hati2 ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah, maka eratkanlah, maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman.

Ana sering berdoa kepada Allah supaya eratkan ukhuwah kami, satukan hati kami, thabitkan hati kami dalam jalan DT ini, betulkan niat kami selalu, permudahkan urusan kami, dan tetapkan kami dalam iman.

Ukhuwah ana rasa boleh juga diibaratkan sebagai gula. Hee. Mujahadah itu pahit seperti kopi O pahit tetapi akan menjadi manis jika ditambah dengan gula ukhuwah yang manis. 

Di saat kita susah, pasti akan ada yang menolong kita. 
Di saat kita senang, pasti akan ada yang menyedarkan kita supaya tidak lalai. 
Di saat kita susah hati, pasti ada yang akan menenangkan kita. 
Di saat kita down, pasti akan ada yang menyuntik  dadah semangat pada kita. 
Innal mu’minina ikhwah. Sesungguhnya mu’min2 itu bersaudara. Sekian. WA








=.=
Tak sabar menanti tarikh keramat itu
Hee
Ilalliqa’ ikhwati fillah  :)

7 comments:

Inspector Saahab said...

tak sabar T___T
nanti aku bawk dadah kat enta :)

eceh aku-enta. kemain lagi. HAHA

anyway, pnjam bahu bole ? t_t

anamuzakkar =.= said...

hehe . jgn lupe bwk kropok singgit plus budu jugak . hehe

AinNur Raudhah said...

pada keramat ana.. ukhuwah ni
satu ikatan hati yang disambung kerana iman.. boleh terima pakai tak..? O_o"

anamuzakkar =.= said...

boleh2 :D
apa pun boleyh~asalkan kita faham

Anonymous said...

Wah3x. Rindu bangat.

Tarikh keramat tu bila yer. Batuk kecil. Nak keropok(s) ke..?

anamuzakkar =.= said...

miss u too (gedik style~). batuk berdarah .

keropok's' banyak2 . hoyyeah

Azery said...

untunglah... hehee