Tuesday, May 15, 2012

EPL :O

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
thummalhamdulillah
thummalhamdulillah


Alhamdulillahi nasta'inuhu wanastaghfiruh
wana'uzubika min shururi anfusina
wamin sayyiati a'malina
man yahdillah fala mudhillalah
waman yudhlil fala hadialah


(tegur kalau salah perkara di atas~dalam proses menghafal)


Assalamualaikum wbt sahabat2  sekalian
Bertemu lagi kita dalam blog yang sama dengan orang yang sama tapi inshaAllah semakin baik hendaknya. Sihat ? Jom tanya iman kita pula. Iman oh iman, sihat ? Alhamdulillah. Allah yang membolak-balikkan hati. 


Ya Allah, tetapkanlah hati2 kami atas deenMu dan ketaatan kepadaMu
Tajuk kali ini ialah EPL  :O *pengsan*. Dush2. Bukan EPL yang itu. EPL bermaksud... Hmm. Yang tu lah. "Yang mana ? Aku pukul jugak kang " kata orang yang tidak mahu dikenali. Aseef~ EPL yang dimaksudkan di sini ialah Extreme Purpose of Life. Haaa. Nampak tak permainannya di situ. Muahahahahaha~ (gelak jahat..tapi jgn lebih2..x digalakkan). 


51:56....2:30....Nombor yang anda dail ada dalam perkhidmatan. 


Mesti ada. Bukak Al-Quran warna-warni anda semua. Let's check it out !


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


51:56


"Sesungguhnya aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" 


Me likey this ayat. This is what we are created for brothers and sisters. oooooooohhh
Ibadah. Ibadah bermaksud mengabdikan diri kepada Allah. Hanya Allah. La ilaha illallah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. So, macam mana sifat hamba ? Ikut je kan cakap tuannya. Kita manusia ni kena buat apa pulak ? Kena ikut kata Allah lah. Sentiasa. Taati perintahNya dan jauhi laranganNya. Itulah salah satu makna ibadah ni. Kita solat, puasa, haji, zakat, baca Quran kerana Allah. Itu semua ibadah. 


Tetapi... Mungkin ramai tak perasan atau tak tahu. Ibadah bukanlah terhad setakat itu sahaja. Sebenarnya... Sebenarnya... Sebenarnya...Dragon Ball ade 7 bijik kesemuanya. Heheh  (TAK LAWAK anamuzakkar  =.= ) 


Sebenar2nya, setiap helaan nafas kita ibadah kepada Allah SWT. Tengok balik ayat di atas. Kita TIDAK diciptakan MELAINKAN untuk beribadah kepadaNya. Haa. Bahasa Allah sangat indah. Memang setiap saat, setiap detik, 24:7 lah kita ni hamba Allah. Kita makhluq. Allah Khaliq. Minum ibadah. Makan ibadah. Belajar ibadah. Semuanya ibadah. Sepatutnya. Ada orang yang HIDUP untuk MAKAN. Ada jugak yang tidur BOLA, makan BOLA, mandi BOLA  ( =.=  anamuzakkar tak pernah faham dengan slogan2 ini... ) 


Pelik2. Jujur, aku sendiri pernah terperangkap dalam dunia yang duni tersebut. Tapi, sekarang dah jelas tujuan kenapa kita buat semua benda tersebut. Jadi, ambil tindakan untuk sentiasa cek niat kerana Allah. Semua kita buat kerana Allah. Tak ada lagi kerana mak ayah, kerana awek (teman wanita), kerana kawan. There's no such thing !






2:30



Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' 
Kita sebagai manusia ditugaskan sebagai khalifah. Apa itu khalifah ? Jawapan buku : Memakmurkan bumi Allah SWT. Memang betul jawapan itu. Tapi macam mana ? 

Pernahkah kita terfikir ? =.=

Khalifah di sini bermaksud Da'ie mengikut pemahaman aku yang marhaen ini. Da'ie apa ?
Orang yang buat dakwah. Dakwah apa ? Mengajak. Pergi mana ? krik krik krik....

Okay.. kene jawab. Senyaplah kau cengkerik. Wacha ! Ajak orang lain menuju Allah.
Kenapa Allah pilih manusia. Pernahkah kau terfikir ? Spesel tak speselnya kita. Ayat atas ni umum ye. Khalifah=manusia. Maknanya Da'ie=Manusia. Bukan seperti mentaliti segelintir masyarakat sekarang. Da'ie=Ustaz, Ustazah, Imam Muda, Pelajar syariah et cetera. 

NO NO NO !

So, soalan trivia sikit. Dakwah itu fardhu ain ke fardhu kifayah sahabat2 ? =..=
Pastinya fardhu ain la kan. Sama seperti solat, puasa, haji dan lain2nya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay. Dah jelas Purpose of Life ?? Extreme tu kenapa pulak. 

Haa. Hidup kenalah extreme. Kan3. Sukan pun ade yang extreme kan. Banyak benda yang Extreme yang dilakukan oleh manusia. JADI, memang TAK SALLLAH lah kalau kita extreme dalam melaksanakan Purpose of Life ni dengan Extremenya. Setuju ? Bagus...

Apa lagi guys. Kita enjoy !! Pale otz kau (Aseef~bahasa bandar sikit). Jom kita sama2 menjalankan tugas kita supaya dapat gaji kat akhirat nanti. InshaAllah. Tapi dengan cara yang betul dan ikhlas keranaNya. Itu syarat2nya. Hmmm. 

Marilah menjadi hamba2 Allah yang mukmin yang teguh pendirian supaya kita sebagai manusia2 berbangsa muslim ini terus marak ke hadapan menentang musuh2 kita dan juga musuh2 Allah. Caranya ialah bermula dengan EPL ni.


Post ini agak pendek. Peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat2 supaya kita sentiasa ingat akan Tujuan Hidup kita yang sebenar. Moga Allah sentiasa tsabatkan hati2 kita dalam IBADAH kepadaNya sepanjang masa dan juga atas jalan DAKWAH menujuNya.

EPL yang itu tu termasuk ke dalam EPL yang ni. Mana lagi hebat ?! HEHE  =.=





3 comments:

Admin said...

rajin benor sheikh kita ni menulis...moga dipermudahkan :)

sheikh, ada dhamir ha selepas perkataan "yahdi" :D

من يهده الله فلا مضل له

-orangkedah

Anonymous said...

rajin nye menulis entri. ana takde post apa2 pun lagi.. teruskan usaha ^^

anamuzakkar =.= said...

jazakallahu khairan jaza' ya shaikh syamirul wa anapengembara
itu lah . rase mcm ade dhamir 'ha' tu .