Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah swt untuk
menikmati keindahan alamnya pagi tadi. Pergi Sungai Tekala. Woohoo. Entah seru
dari mana ana pun tak tahu. Jin sungai kot. Kekeke.
Menurut analisa ana selama ini, ikhwah akan tunjuk belang
time masuk air. Not just literally masuk air, konfem masing-masing pun ‘masuk
air’. Termasuk diri sendiri. Haha.
Ikhwah..ikhwah…
Ana terfikir sejenak. Perubahan itu adalah satu proses yang
berterusan. Seseorang atau sesuatu makhluk itu pasti akan melalui siri-siri
perubahan dalam diri masing-masing. Bukan hanya pada kadar setiap bulan, setiap
minggu, setiap hari, malah setiap minit.
Proses metabolisme dalam badan manusia berubah-ubah mengikut
keadaan badan manusia itu sendiri. Dan pastinya keadaan manusia tidak selamanya
sama. Mungkin boleh diibaratkan dengan bayang-bayang. Fakta yang menarik
tentang bayang-bayang. Tak ada satupun bayang-bayang yang akan sama dengan
bayang-bayang yang lain. Contoh, akan sama ke bayang-bayang kita sewaktu
berdiri dengan bayang-bayang kita setelah kita bergerak sedikit sahaja ke kanan
atau kiri? Tidak sama sekali.
Mungkin teori ana tentang manusia itu tak benar. Boleh buat
research lagi. Tapi, point ana kat sini ialah, manusia akan melakukan
peghijrahan pada setiap masa. Orang kata, hidup ini adalah membuat keputusan. Atau
dalam englishnya, sedap sikit. Life is about making choices. Dan setiap
keputusan ini akan menyebabkan manusia untuk berubah atau berhijrah.
Perubahan manusia boleh jadi dari buruk ke baik. Dari baik
ke buruk. Dari baik biasa-biasa menjadi lebih-lebih baik dan sebaliknya. Ini
semua akan terjadi setelah manusia membuat suatu pilihan. Dan hakikatnya, kuasa
memilih ini Allah yang beri kepada kita, manusia. Di mana manusia dikurniakan
akal untuk kita berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.
So, nak dikaitkan dengan pengalaman ana di sungai, dan ikhwah
masuk air. Ana teringat satu tazkirah dari seorang akh. Dia cakap pasal
momentum. Okay masuk fizik pulak. Fizik? Apa tu? Hahah.
Momentum kita semasa di dalam air sama ke tak dengan semasa
di luar air? Persoalan yang akh tu utarakan lebih kurang macam ni… adakah kita
bermain air atau berenang atau berendam-rendam dalam air itu sebagai daie?
Bermain dengan mindset kita sebagai daie? Ada tak mindset sebagai abid semasa
kita bermain? Masih ingatkah kita dengan isu ummah sewaktu kita bermain?
Hangus
Perubahan manusia dari baik ke arah yang lebih baik sumpah
mencabar. Sebaliknya, perubahan dari baik ke jahat tidaklah sesukar mana.
Bahagian mana yang susah tu?
Istiqamah. Momentum!
Banyak faktor yang somehow mempengaruhi keupayaan kita untuk istiqamah. Atau mengekalkan momentum tarbiyah kita. Mungkin kerana waqi' berbeza. Orang-orang berbeza. Biah tidak solehah. Atau terlalu solehah sampai rasa tepu. Tapi, kita perlu cuba sedaya-upaya untuk kekalkan momentum tersebut. Bagaimana? Back to Allah of course.
Senang sahaja untuk seseorang itu istiqamah dalam perkara-perkara
jahiliyah. Tapi sangatlah sukar untuk istiqamah dalam perkara-perkara kebaikan.
Perkara-perkara yang inshaAllah mendekatkan diri kita kepada Allah swt.
Sesiapa yang menghendaki
(kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang
Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan
baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang
hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki
akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha
yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya,
diberi pahala akan amal usahanya.
[Al-Isra’, 17 : 18-19]
Nah, Allah memang dah cakap.
Kalau kita hendakkan akhirat, surely kita kena berusaha. Usaha di sini bukanlah
sekadar kita buat sekali dua sahaja. Tapi, berkali-kali. Sampai kita
benar-benar ikhlas.
Saat kita masuk ke dalam kancah tarbiyah dan dakwah, banyak
perkara yang kita kena tinggalkan. Aktiviti-aktiviti lama kita, masa lapang,
perangai-perangai yang tak patut dan banyak lagi. Butuh kepada pengorbanan.
=.=
Dapat muayashah dengan
mutarabbi
Berbunga hati rasa
Alhamdulillah,
Allah bagi
mutarabbi yang menyenangkan hati
:)