Wednesday, January 15, 2014

The End


Orang selalu berkata
mengucap dua kalimah syahadah
di saat nafas terakhir
itulah husnul khatimah

Aku terfikir
mampukah aku?

Layakkah aku untuk mengucap dua kalimah syahadah
tatkala tugas Syahadatul Haq aku pun tak selesai?




Aku impikan kematian
di saat aku mengecap taqwa terhadap Ilahi

Aku impikan kematian
di saat amalku memuncak ke langit

Aku impikan kematian 
di saat Allah redha terhadapku dan aku redha terhadapNya

Aku impikan kematian
pada ketika ibu dan ayahku meredhai dan mengakui aku sebagai anak yang soleh

Aku impikan kematian
tatkala aku sudahpun mengumpul bekalan secukupnya

Aku impikan kematian
yang menghidupkan hati-hati di luar sana

Aku impikan kematian
tanpa hisab dek syahid di jalanNya

Aku impikan kematian
di saat tugasku sudahpun selesai

Aku impikan kematian
yang menjadi pintu yang membawaku bertemu Ilahi

Mengapakah aku impikan sebegini?
Kerna benarnya firmanNya

Setiap yang bernyawa
pasti akan merasai kematian

-END-








=.=
Wahai Tuhan kami,
matikanlah kami di dalam husnulkhatimah
dan jangalah matikan kami
di dalam su'ulkhatimah

4 comments:

Miss Xyz said...

Syahadatul Haq? Enlighten me please?

anamuzakkar =.= said...

Miss Xyz :

Syahadatul Haq tu "Penyaksian terhadap kebenaran"

Boleh baca di sini
inshaAllah membantu

http://engineeringminda.blogspot.com/2013/11/syahadatul-haq-1-sebuah-pengenalan.html

Nur said...

Mudah-mudahan, saat kita dipanggil menghadap Ilahi adalah saat kita yang paling tinggi taqwanya; saat di mana Dia benar-benar redha dengan kita.

Ameen.

Abg terompah said...

best kot sajak ni. T_T

btw, tajuk dia menakutkan. sebab "The End" takut mendengar pengakhiran apakah ini.

Tapi, last2 ada Fahrul Wanz. hikhok.

-END-