Saturday, December 1, 2012

heyy, pemuda !

Ku lihat di luar jendela
hujan
kadang deras, kadang renyai-renyai
terdengar kicauan burung
girang bermain-main berterbangan
tenang hatiku, tenteram
merenung ciptaan Ilahi
Sang Pencipta segala

Ana akui, ana tak pandai nak berpuisi. Hurmm. Terasa diri ini perlu terus menulis. Harus istiqamah. Entah kenapa, tapi harus terus menulis. Amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang berterusan kan. Eheh.

Oh ombak ilham, hempaslah pantai fikiran ku yang tenang ini.

Merepek kerepek rempeyek. Ahha. Di kala musim cuti melanda seiring musim durian, berkumandanglah soalan-soalan yang sudahpun teradaptasi di telinga ini menanyakan "Cuti buat apa?". Kerap juga bibir ini gatal-gatal menanyakan perkara yang sama kepada orang lain =.= 

Masa lapang. Apa itu masa lapang ? Daie tak seharusnya tahu apa itu masa lapang. Kalau anda tahu, jangan terjun gaung ye akhi-akhi yang dicintai. Huh. Masa lapang itulah musuh kita ikhwah. Musuh orang muda. Ada orang kata 'masa lapang + pemuda = maksiat'. Hurmm. Setuju setuju setuju. 

Rasulullah SAW kita yang terchenta pun pernah cakap bahawa nikmat yang sering memperdayakan manusia ialah masa lapang dan kesihatan tubuh badan. Ini satu lagi, sihat tubuh badan. Rasanya sihat-sihat je orang muda sekarang. Malah ramai. So, ramailah yang berisiko terpedaya. Oh tidak :O  Sila tutup mulut anda. 


Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.


Gulp. Jom muhasabah. Kita samakah dengan pemuda yang Akhi Fathi Yakan cakap ? "Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula.Sila menangis bergelen-gelen sambil berguling-guling. 


Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar.
Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera;
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang;
Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan;
Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;


Pemuda memakmurkan alam. Apa maksudnya itu ? Khalifah lerr. Daa. Kita ni khalifah ! Lupa ke ? Inilah function kita yang Allah dah setkan. Dari awal penciptaan lagi. Tapi sedarkah anda ? Tin-tin kosong je yang ramai kat dunia ni. Pemuda ramai tetapi seperti kucing-kucing yang banyak berjalan-jalan tapi tak diendahkan. Sama ada takut dengan orang ataupun mengganas cakar orang. Syish kebab punya kucing. Eheh. Pemuda zaman sekarang, i mean bukan zaman moden dan era pencakar langit ni sahaja. Pemuda-pemuda 40-an hingga 80-an pun lebih kurang dua darab lima je. Heh. Abang Fathi Yakan cakap, pemuda ialah sumber tenaga Islam, tapi mereka sendiri telah dipergunakan oleh pihak lain. Untuk apa? Untuk selain Islam lah. Jelaslah kelihatan sekarang, apakah yang orang-orang muda sekarang berjuang dan berkorban untuk apa. Untuk hiburan, untuk teknologi, untuk pelajaran sekular, untuk pangkat, untuk populariti. Hampagas. Konklusi, untuk dunia.


Orang-orang yang beriman berperang dijalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang dijalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (An Nisaa':76) 

Food for thoughts. Apa yang kita perjuangkan or perangkan sekarang di dunia ni di jalan siapa wahai pemuda-pemuda ? Kita claim kita beriman tapi kita tak sanggup untuk berkorban di jalan Allah. Bukan nak cakap jihad, ramai je pemuda-pemuda sekarang tidak sedar pun mereka Islam. Oh. Mungkin sedar ketika mengisi borang dan hari raya aidilfitri dan aidiladha. Yang ok sikit, ketika solat jumaat. So berimankah kita ?

fuhh...bergaya =.=


Wahai pemuda ! Eh, syabab cam best jugak. 
Wahai syabab ! Ayuhlah kita sama-sama berpatah balik kepada asal tujuan kejadian kita. 
Janganlah jadi seperti tin-tin biskut yang sudahpun dibelasah isinya. 
Janganlah jadi syabab yang hensem kacak bergaya di luar dan di mata wanita tapi hambar di mata Allah. 
Janganlah jadi syabab yang jumud yang fikir bahawa dakwah ni untuk pakcik2 dan ostad2 je.
Janganlah jadi syabab yang hebat dan bersinar-sinar di gelanggang-gelanggang sukan tapi tak nampak batang hidung langsung di gelanggang-gelanggang ibadah.
Janganlah jadi syabab yang statik 

Jadi, apa kita perlu buat wahai syabab? Kalau kita tak buat kerja-kerja ni, siapa yang nak buat? Okay, ustaz pun boleh kan. Berapa ramai sangatlah ustaz nak dibandingkan dengan doktor dan ahli muzik. Ewah. Cukupkah ustaz-ustaz sahaja yang berjuang di jalan Allah. Allah dah janjikan ganjarannya wahai syabab. Malah Allah dah janjikan kemenangan pun. Tinggal kita nak join ke tak je. Just that. Lagi bergaya player-player bola yang beraksi di padang daripada orang-orang yang menonton match bola di kedai-kedai mamak. Eheh.









=.=
Alhamdulillah
Allah takdirkan ana solat sebelah pakcik bilal
Allah gerakkan hati beliau untuk menegur ana
Allah gerakkan hati ana untuk bertaaruf dgn pakcik tu
Hidayah Allah dtg dari mana2 je
Awesome !

2 comments:

Inspector Saahab said...

dah ajak pakcik tu join uskab ? koff koff

Muhammad PeacemakerIslam said...

Suka part ni.

Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Suka berkongsi tafsir fi zilal berkenaan surah as saff.Rasanya lagi bergelen gelen kita menangis.
huh.